Posts

Showing posts from August, 2024

2024 Tahun Pergi Pantai

Image
Bismillah , Macam tak percaya tapi itu lah kenyataannya. Rupanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini,banyak pantai yang maq dah pergi..Antara yang sempat dirakamkan ada dibawah,jom scroll. Bawah ini gambar 24/8/2024-Santai santai diPantai Punggur ,Rengit,Johor .Sambil bersantai makan kerepek dari Azhar food,Sedap... Bawah ni pula memori 4/8/2024 - menikmati keindahan Pantai Puteri ,Melaka. Bawah ni kenangan 26/7/2024-Melihat matahari terbenam di Pantai Sri Menanti,Muar. Bawah ni pula 20/7/2024 - santai santai di pantai Minyak Beku ,Batu Pahat. Walaupun hanya pergi ke pantai pantai yang berdekatan saja namun ia amat bermakna bagi maq untuk rehatkan minda . Sebenarnya ada banyak lagi pantai yang kami bertiga dah pergi dalam tahun 2024 ni.Cumanya takda gambar yang boleh disimpan disini. Sekarang maq dah tak berapa rajin nak ambil gambar.Semenjak dah bercucu ni terasa malu pula nak pegang fon ditempat ramai orang. Bak kata anak anak ,semua ini faktor usia. Antara pantai lain yang kami da

Pantai Puteri ,Melaka

Image
  Bismillah, 10 Ogos ,tanpa dirancang ,tetiba lepas makan malam kami diajak ke Melaka oleh encik suami.Kami tu bermaksud maq dan anak bongsu. Kaki maq yang sakit lepas jalan jauh ke Perak belum sembuh lagi tapi naluri membuak nak ikut suami ke Melaka.Hmm memang spisis suka berjalan kan. Keesokkannya ,11 Ogos,kami pun gerak ke Melaka pada pukul 7.00pagi. Sewaktu sampai ditepi Pantai Puteri ,cuaca dah mendung,angin bertiup kuat dan ombak berlari kencang mengejar pesisir pantai.. Redup dan berangin.Pandang laut dapat pahala. Dibawah ni antara kenangan kami sewaktu di Pantai Puteri tempohari. Gambar atas & bawah : berkembang kembangan kain tudung ditiup angin laut  Berkelah cara maq : 1- beli je makanan yang biasa dijual dikediaman kami.Contoh haritu ,encik suami beli nasi lemak  3 bungkus,sebelum tu kami rebus telur siap siap sebelum tidur. 2-beli atau bawa air mineral & air manis.Kami beli kopi wonda dekat 7E je.Beli juga kuih muih yang sesuai,maq pilih karipap, ok beli karipap 3

Ziarah Maktok Di Perak

Image
  Cerita awal bulan Ogos haritu,baru harini ada masa nak share.Bukan apa,sekadar nak simpan kenangan peribadi maq bersama keluarga. Bismillah, 3 & 4 Ogos 2024,Alhamdulillah, maq dan encik suami bersama ibu serta adik beradik maq, diberi rezeki masa untuk ke negeri Perak .Kami pergi selama 2 hari 1malam. Tujuan utama adalah untuk ziarah maktok kami yang diuji ,patah tulang peha.Masa kami ziarah tu, maktok dah hampir sebulan terlantar sakit. Ada perkembangan positif bagi kesihatan maktok, cumanya maktok masih belum mampu duduk dengan sempurna dan maktok masih mengharapkan bantuan ahli keluarga untuk semua hal peribadinya. Ipoh dan gunung batu kapur berpisah tiada. Gambar atas : sinilah tempat maktok kami sekarang.Dirumah pak lang di Ipoh.Berpunca dari maktok kebas kaki dan tak dapat melangkah,akhirnya terjatuh di bilik air ,akibatnya tulang peha maktok pecah dan patah. Mengikut kata doktor dengan usia maktok sekarang ,tiada apa apa pembedahan mampu dilakukan.So selama rawatan belum h