Bismillah, Sebelum tidur ,masuk kejap blog kawan kawan blogger yang masih aktif blogging.Tahniah buat mereka yang masih seronok berkongsi moment dan info menarik.Maq dah jarang dah berblog. Bukan malas eah tapi masa maq sekarangni sangatlah terhad. Bila dah umur lebih 50 dan jadi babysitter semula,dia punya letih memang lain macam.Walaupun hanya melayan sorang baby je. Contohnya dalam video atas ni, diajaknya kita main lari lari,aduhhaii,boleh terpele'ot lutut ni lahai... Maq ingat lagi,masa memuda dulu bangun pukul 5.45 pagi.Sekarang ni dah level wargaemas ,pukul 4.00 ~4.30am dah kena bangun,buat rutin harian yang orang orang usia senja selalu buat. Itu nanti berjaga sampailah pukul 10.00malam. Kalau ada rezki dapatlah lelapkan mata sekejap sementara tunggu azan zohor,kalau baby tak mahu tidur,jawapnya sampai ke malamlah mata ini celik.Kadang sampai terlelap sambil duduk. Maq suruh baby kecik tu tidur tapi baby tua pulak yang lena. Inilah peneman maq & encik suami sekarang n...
Blog Peribadi Maq