Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2024

Biskut 3 Bahan

Bismillah, Biskut kegemaran maq sejak pertamakali cuba pada tahun 2019.Hanya menggunakan 3 bahan iaitu, 500gram tepung jagung ½ cawan susu pekat manis 250gram margerin/butter Memula campurkan susu dengan margerin, pukul sampai kembang.Kemudian masuk kan tepung jagung berperingkat peringkat sampai habis.Terap ikut suka korang. Maq saja try warna pink rose ,hahaha itu khas  untuk buat makan sendiri,kudapan waktu moreh. Korang kena cuba, sedap tau!

Doa Akhir Ramadhan

 Bismillah, *Ya Allah...janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami. *Ya Allah.. janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. *Ya Allah.. janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami. *Ya Allah.. janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami. *Ya Allah...janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak jejak ke Syurga untuk kami. *Ya Allah...janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami. *Ya Allah...lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dlm Ramadhan mahupun selepas Ramadhan. *Ya Allah...sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami. *Ya Allah..Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa. Jadikanlah kami c

Sekolah,Ramadhan dan Shawal 2024

Bismillah, Tahun 2024 adalah tahun cabaran buat semua orang, terutama orang Malaysia.Kenapa maq kata macamtu? Beberapa minggu sebelum puasa ,ibubapa dah mulai sibuk nak siap sedia hal persekolahan anak anak. Mungkin maq dah tak merasai lagi momen tu tapi bila lihat anak sendiri, jiran tetangga,sedara mara mula update pasal daftar sekolah dan macam macam persediaan untuk ke sekolah, maq pernah rasakan suasana perit getirnya. Anak sorang dua mungkin tak terasa sangat, bagaimana yang ada 3/4/5 orang anak?sekolah rendah ,sekolah menengah,sekolah agama?pengangkutan mereka pergi balik? hantar anak taska? bayaran pengasuh?Hantar kelas mengaji Quran ,kelas itu ,kelas ini. Masyaallah...duit,duit,duit.. Kita tak boleh nak cakap apa melainkan bersabarlah dan buatlah mana mampu dan mana yang perlu dahulu.Nak elak macamana pun hal tu tetap kena hadap.Semoga Allah permudahkan semua urusannya. Ainul Mardhiah dah 6 tahun* Cari ilmu itu ibadah, so maq doakan semoga semua usaha ibubapa untuk persediaan

Jadi Babysitter Semula

Bismillah, Selepas berhenti jaga cucu pada bulan April 2023 ,suasana rumah sangat sunyi. Bisnes pun dah semakin berkurang apataknya ,semua orang dok pakat boikot amway ,hahaha puas lah leader leader beritahu amway bukan produk israel ,masyarakat apa kesah ,boikot tetap boikot!  Maq percaya pada rezeki ,bagi maq , setiap orang ada hak nak buat apa yang mereka suka ,selagi tak langgar hukum islam dan undang undang negara ,ikut suka korangla.Nak cakap apa pun kena berbalik pada rukun iman yang ke 6,percaya pada Qada dan Qadar Allah.Berat apa pun ujian , rezeki kita mustahil akan bertukar dengan rezeki oranglain.Yakin akan itu ! Julai 2023, maq dapat misscall dari nombor yang tidak dikenali.Waktu tu maq sedang mendapatkan pemeriksaan doktor so memang maq tak dapat nak jawablah kan.Ye,maq buat pemeriksaan ujian darah untuk masalah kolestrol tinggi dan darah tinggi (jumpa doktor 6 bulan sekali ) Tak lama lepas tu , aplikasi whatsapp pulak masuk pesanan, rupanya seorang penduduk taman maq sed

Bau Minyak Attar Dipusara Abah

Bismillah, Sentiasa bersangka baik dengan Allah.Itu ayat yang maq selalu pesan kepada diri maq sendiri. 22 Ramadhan 1445H Sengaja nak kongsi pengalaman peribadi.Bagi yang sudi baca , andai terjumpa kebaikan bolehlah buat tauladan tapi kalau jumpa benda tu tak beri manfaat,abaikan saje ye. Kisah ni belaku pada bulan Syaaban 1445H yang lepas ni.Ada satu malam tu tetiba maq rasa rindu kat abah,lepas subuh  ajakla  encik suami  ziarah abah dirumah baru. Pukul 7.00pagi kami dah gerak keluar rumah.Berhenti sekejap untuk bersarapan di Taman Banang Jaya, sesaing saing dengan orang orang taman tu nak pergi kerja. Dan tepat pukul 8.00 pagi, kami dah sampai di kawasan perkuburan islam Koris. Bila masuk je dikawasan perkuburan tu ,maq rasa macam tenang semacam,bila keluar dari kereta, bau wangi bunga semerbak menusuk lubang hidung,rasa macam dispray dengan perfume ,bau bunga bungaan  yang sangat tenang. Embun pagi masih ada lagi sesikit , Angin pagi tiup bermalas malasan gitu, Dedaun pokok nangka