Biskut 3 Bahan
Bismillah,
Biskut kegemaran maq sejak pertamakali cuba pada tahun 2019. Hanya menggunakan 3 bahan iaitu,
500gram tepung jagung
½ cawan susu pekat manis
250gram margerin/butter
Memula campurkan susu dengan margerin, pukul sampai kembang. Kemudian masuk kan tepung jagung berperingkat peringkat sampai habis. Terap ikut suka korang. Bakar ikut suhu oven memasing. Bagi oven maq 20 minit masak ,pada suhu 150°.
Maq saja try warna pink rose tu. Biskut tu khas untuk buat makan sendiri,kudapan waktu moreh nanti.
Korang kena cuba resepi ni, sedap tau!