Skip to main content

Bau Minyak Wangi Dipusara Abah



Bismillah,

Sentiasa bersangka baik dengan Allah.Itu ayat yang maq selalu pesan kepada diri maq sendiri.


22 Ramadhan 1445H


Sengaja nak kongsi pengalaman peribadi.Bagi yang sudi baca , andai terjumpa kebaikan bolehlah buat tauladan tapi kalau jumpa benda tu tak beri manfaat,abaikan saje ye.


Kisah ni belaku pada bulan Syaaban 1445H yang lepas ni.Ada satu malam tu tetiba maq rasa rindu kat arwah abah,lepas subuh  ajaklah  encik suami  ziarah abah dirumah barunya.


Pukul 7.00pagi kami dah gerak keluar rumah.Berhenti sekejap untuk bersarapan di Taman Banang Jaya, saja nak menyibok  dengan orang orang taman tu nak pergi kerja.


Dan tepat pukul 8.00 pagi, kami dah sampai di kawasan perkuburan islam Koris.


Bila masuk je dikawasan perkuburan tu ,maq rasa macam tenang semacam,bila keluar dari kereta, bau wangi bunga semerbak menusuk lubang hidung,rasa macam dispray dengan perfume ,bau bunga bungaan  yang sangat tenang.


Embun pagi masih ada lagi sesikit ,


Angin pagi tiup bermalas malasan gitu,


Dedaun pokok nangka ditengah tengah tanah perkuburan tu pun seperti melambai lambai ,mengalu alukan kehadiran kami berdua.


Cahaya matahari pulak masih malu malu mengintai kami dicelah celah pucuk pelepah kelapa sawit.


Kalini takda pulak kedengaran suara monyet bergaduh berkejaran meniti pelepah sawet ataupun suara anjing anjing menyalak.


Memang sunyi giler awaaakkk!!


Padahal selalu jugak maq kesini waktu pepagi macamni tapi kawasan tu biasa² aje .Pernahla sekali dua tu merasa pengalaman "pelik" tapi  tak pulak sama macam pengalaman  pada pagi 6/3/2024 tu.


Korang tau,masa tu semua bunga berkembang, paling syok mata maq lihat bunga bunga yg kembang kembang tu semua  warnanya putih !


Masyaallah..maq memang suka bunga² warna putih ! lagi menghairankan ,ada pokok tu daunnya banyak yang layu tapi bunganya kembang mekar, berkuntum kuntum.


Lama juga maq perhati keindahan depan mata masa tu.Indahnya ciptaan Allah.


Masyaallah tabarakallah..


Terkilan satu hal je ,kenapalah maq tak rakam detik indah tu.Mungkin sebab maq terpegun dengan keindahan yang tak dijangka.Hati tua ni lantas berbisik perlahan,


"terima kasih untuk semua ini yaa Allah.."


Tenang gila saat tu. Allah je tahu apa yang maq suka dan suasana yang maq perlu.


Ye awakkkk ,maq memang suka bunga putih ,bau wangi yang lembut lembut tu sungguh mendamaikan, maq juga suka kan ketenangan sejak dua menjak kebelakangan ini*** faktor usia.


Alhamdulillah..thankssss Allah ..


Sampai je disisi pusara abah , macam biasa bacaan doa buat semua ahli disitu.Ramai juga ahli keluarga kami yang dah "berpindah" ke taman syurga dikawasan ini,makanya tak salah pun kalau maq bagi sedikit "hadiah" buat roh mereka ,surah surah & doa untuk mereka semua.


Encik suami pun  macam biasa juga ,rutin dia - lepas baca doa ,dia akan tolong basuhkan kepok pusara abah guna air dari kalbat yg ada disitu.Beliau akan lap kepok dengan tuala yang dibawa dari rumah.Tujuannya nak bersihkan lumut² yang mudah membiak dikepok.Kemas rumput2 liar yang tumbuh,padahal tiap bulan anak anak abah ada datang ziarah dan bersihkan pusara abah tapi rumput tumbuh tetap meriah,lumut tetap melata.


Tetiba....


Sedang  baca surah yasin, maq terhidu bau wangi,bau seakan macam minyak wangi, macam bau attar tapi sangat soft baunya,bau yang memukau hingga hilang fokus maq.


Maq cuba pandang keliling takda orang pun dikawasan tu,angin pun takda lagi bertiup macam sebelumnya.Lama juga bau tu berlegar legar ,semakin lama makin kuat.


Allahhu...hati terus jadi sebak,maq nangis tanpa rasa malu,airmata turun laju..maq stop baca yasin. Ulang ulang sebut nama Allah dengan nada pelahan, hinggalah hati ni rasa tenang semula.


Bau yang tadi tu buat maq rasa seperti ada ' 'kehadiran'  disebelah maq dan akhirnya ia hilang kira kira dalam 7-8 minit macamtu.Dan maq pun sambung semula baca surah yasin hinggalah habis.


Abah...

Ani rindu.Anak abah yang pertama ini rindu abah.Apa yang Ani buat selama  ini adalah kerana Ani sayang abah dan juga atas niat kerana Allah taala.Takda niat yang lain.

Abah,

Percayalah anak abah yang tidak berpelajaran tinggi ,bukan seorang ustazah ,bukan seorang doktor pakar,bukan juga seorang usahawan yang berjaya ini ,dia ada caranya tersendiri untuk bahagiakan abah di alam "sana".Maaf abah sebab Ani tak dapat nak mewahkan abah semasa hayat abah masih ada.Apa yang ada hanya doa untuk abah.Moga Allah terima segala doa untuk abah.


Sebenarnya fokus kami suami isteri pada usia tersisa waktu sekarang ini ialah;


"Selagi diberikan masa ,mewahkan diri dengan apa juga kebaikan, kayakan jiwa dengan sabar,niatkan semua hal yang dilakukan adalah kerana Allah taala.Bukan sebab nak tarik perhatian dunia atau sebab nak kelihatan hebat."


Thank you Allah ,love you 😭


** sebelum gerak balik ,maq beritau encik suami, 


"sayang nak tau tak,kat kawasan sini banyak kubur orang baik baik"

Dan encik suami pun terpinga pinga dengar ayat maq.Yelah dia pastinya hairan ,tetiba je kan maq  cakap macamtu.


Bila maq tanya : sayang ada bau apa apa tak? 

Beliau jawab takda pun...

maq :  ok ,k..takpa,jom kita balik.


Doa buat semua ahli disitu  ,


 اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ ...


Aamiin Allahhumma Aamiin


Sempat juga maq rakamkan gambar dekat bawah ni sebagai pelepas rindu nanti.Dengan ingatan pada diri,


 " satu masa nanti aku juga akan berada di penempatan seperti ini ..."



Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...