Skip to main content

Kisah 'Saya'

 

sekadar hiasan.

Bismillah,


Saya ada pengalaman lebih 2 tahun sakit lutut. Masa memula kena tu,saya rasa pelipat lutut rasa ketat,rasa berat nak melangkah.Tapi belum rasa sakit cuma rasa sengal sengal.


Waktu tu saya sedang uruskan jenazah arwah Abah dibilik mayat HSNI.Abah meninggal selepas waktu asar dan jenazah abah diuruskan pada waktu hampir Maghrib .


Masa saya buat surat pengesahan kematian dan permohonan mandi jenazah, kat luar hujan turun kejap lebat ,kejap gerimis.Dan tidak berhenti.


Masatu saya dan suami je ada disitu.Ustaz dan petugas je yang buat manakala saya disuruh talipon van jenazah dikawasan berhampiran bandar Batu Pahat.Bila Azan maghrib ,akhirnya saya dapat van untuk bawa jenazah abah balik kampung.


Masa solat maghrib kat surau hospital pun saya makin rasa ketat pada pelipat lutut tapi saya buat degil je,solat je macam biasa.


Selepas siap solat maghrib, urusan mandi jenazah pun settle ,so kami berdua & van jenazah terus gerak ke kampung kami.


Hujan waktu tu masih turun dan agak lebat dan petang tu petang Jumaat masuk ke malam Sabtu. Laluan jalanraya agak sibuk bila waktu hujan. Banyak kenderaan dijalanraya antara sebabnya esok hari Sabtu,Johorean cuti.


Kereta kami pun dipandu pelahan sebab kami follow van jenazah.Masa ni kaki dah berdenyut tapi saya buat buat tak rasa.Cuma sesekali saya akan gosok gosok tempat yang sakit tu.Kepala otak berpusing pusing mikir urusan urusan yang seterusnya yang tak pernah saya alami seumur hidup.Ini pengalaman pertama saya uruskan kematian.


Sampai dirumah kampung, ramai sedara mara dah tunggu.Saya pakai sehelai sepinggang dengan jubah dan tudung yang lembab sebab kena hujan masa maghrib sebelum tu.Betis kaki pulak on off berdenyut.Dan malam tu saya tak boleh nak lelapkan mata sebab temankan abah 'tidur dirumah kampung' buat kali terakhir.


Setelah selesai urusan pengkebumian abah pada keesokan harinya dan pada hari hari yang seterusnya saya buat tak kisah lagi pasal kaki saya yang sakit tu.Bagi saya tanggungjawab untuk keluarga lebih penting dari diri saya sendiri. 


Saya ada emak yang dah mula melalui fasa dalam eddah 4 bulan 10 hari,saya juga ada cucu yang umur 3 bulan lebih yang sejak lahir memang stay dengan saya.


Bagi saya,malam dan siang tu sama je.Tidur macam tak tidur.Mungkin ayam tidur pun lebih lena dari saya.So takda istilah tidur tidur ayam bagi pihak saya masa itu.


Emak saya berhajat buat kenduri beberapa hari berturut so kami pun ulang alik dari Bukit Perdana ke kampung untuk uruskan kenduri. Bersama dengan bawa cucu kesana sini dan dengan lutut saya yang sakit lagi.Akhirnya lutut semakin bengkak tapi saya buat buat tak rasa semua tu,lady gagah la kononnya ek?


Bila dah masuk seminggu,lutut makin membengkak sampai tak boleh nak duduk bersila tapi masa tu saya langsung tak fikir utk ikhtiar nak berubat ke klinik ke apa sebab terlalu busy urus keluarga.


Emak saya tinggal beberapa hari dirumah saya kerana senang nak buat kenduri dikampung nanti.Sebelum tu emak dan abah duduk di Jb ,mereka mengusahakan perniagaan kedai makan.


10 hari lepas abah meninggal ,saya,adik perempuan saya dan pasangan kami pergi umrah pulak.Sepatutnya bulan 8/2022 kami dah gerak tapi penerbangan terpaksa ditangguh ke bulan 10/2022.


Saya yakin aturan Allah adalah yang terbaik, Allah nak kami uruskan urusan terakhir abah kat dunia ni terlebih dahulu baru dijemput ke rumah Nya.Masyaallah.


Hari ke dua dekat Makkah,kaki saya yang lutut sakit tu ,tetiba cramp. Mungkin perjalanan darah pada saluran darah dah tak stabil ,tekanan demi tekanan belaku pada saluran darah.Dah lebih 10 hari saya menahan lutut sakit tu ,akhirnya ia pun jadi serius.


Malam tu tapak kaki saya kebas! lutut saya bengkak! mujur masih mampu bergerak.Boleh ke masjid,boleh ziarah turun bas naik bas, padahal memang tengah sakit namatey! 🤫


Bila dah sampai ke rumah Allah, saya teruskan semangat ,sebab saya tau,inilah peluang saya sebagai tetamu Nya, entah bila saya boleh ke Makkah lagi.Mungkin saja itu kali terakhir?


Di Madinah saya diuji demam dan lutut membengkak dalam satu pakej  yang sama. Kehulu ke hilir seret kerusi lipat.Sampai ada mak mak arab marah sebab saya dah block saff solat mereka.


Sorry madams,masa tu saya tak terfikir pasal saff solat anda,yang saya tahu ,kaki saya sakit,saya demam,saya nak solat sebelah adik saya! 🥲


Bila dah balik Malaysia,kaki masih bengkak, tapak kaki masih kebas.Dan demam pun beransur kebah bila dapat jumpa semula cucu² dan anak².


Masa pun berlalu seperti biasa...


Dan selepas 3 bulan semua tu berlalu, satu hari tu saya ambil keputusan untuk berbekam sebab dah tak tahan kaki dan badan kerap sakit sakit.Bila jumpa perawat bekam tu,dia cakap ,saya sepertinya kena slip disc! 


Guys!! Saya slip disc dan saya jaga emak dalam eddah, uruskan cucu yang masih bayi dan saya juga pergi umrah & ziarah dalam keadaan sakit tapi saya tahankan sakit itu! 😢


Lastly apa usaha saya?


Saya ke klinik dan doktor bagi suntik tahan sakit dan beberapa jenis ubat.Lepas tu pergi klinik lain ,doktor tu pulak bagi susu untuk sendi,ubat tahan sakit tapi doktor kata jelly lutut saya habis! Argh..semua tak berhasil!Padahal saya slip disc la doc!


Saya dah berurut,sapu minyak panas tapi tak lama lepas tu rasa sakit semula sebab buat renyah.


Guys , duduk sakit, berjalan sakit,nak duduk kaki tak boleh bengkok ,kena sentiasa tegak macam kaki orang patah kena simen tu.Jaga cucu sambil dibantu suami & anak bongsu.Allahhu seksanya saya rasa masa tu.


Jujur cakap,siapa yang pernah kena slip disc dia akan faham sakitnya macam apa,yes guys ,macam nak mati! eh,macam saya pernah mati ek?Apakah ada orang tahu sakit saya tu??


Ye ada...tapi mereka tak boleh nak bayangkan  sakit tu macamana sebab saya mampu buat kerja kerja hakiki saya dengan lancar biarpun dalam keadaan sakit dan kadang saya menangis sebab tak tahan terlalu sakit.


Solat kat atas kerusi pun sakit guys.Saya solat duduk atas lantai,awal sampai akhir.Setiap kali solat saya doa,saya nangis,doa,nangis,doa lagi nangis lagi.


Hinggalah pada satu hari,Allah beri hint. Tergerak hati saya nak bukak youtube.Usaha seterusnya nak cari cara urut kaki dan lutut yang sakit.Dan saya jumpa satu video dari negara jiran.Tajuk  "rawatan urat terjepit"


Nah ! Allah tunjukkkan, perawat tu buat kat pesakit dia ,saya tiru.Tapi siapa yang tolong urut? saya sendiri lah.Memang 100% tiru video tu.Dan bukan sekali tapi setiap hari saya urut cara perawat tu buat.Ikhtiar saya dengan cara kaki saya dilunjurkan ke dinding dan guna minyak urut dan sedikit minyak angin.


Bagi saya,bila buat sendiri,saya akan tau mana tempat perlu diurut kuat dan mana tempat boleh diurut secara perlahan saja.Kalau suruh orang lain urutkan,dia main belasah je urut tempat yang dia suka sebab kesakitan tu dia tak rasa.


Alhamdulillah,semua belaku dengan izin Allah.


Cucu saya pun sekarang dah umur 4 tahun lebih, emak saya pulak dah selesa dengan kehidupan baru dia tanpa Abah.


Sekarang ini ,walaupun lutut saya belum ok 100% tapi bila Allah beri saya semangat untuk buat apa yang saya mampu buat sekarang, syukur alhamdulillah.


Cumanya yang penting saya juga kena jaga pemakanan.Sebab asid urik kalau peratusnya dah tinggi,badan pun akan sakit sakit ,sendi pun sakit sakit jugak.Bila asid urik tinggi,ia juga ' bff' dengan gout.So hati hati guys,sakit badan bukan sebab kita penat atau badan masuk angin je tapi mungkin sebab saraf atau sebab kadar peratus asid urik dah tinggi.


Guys ,saya itu adalah Maqnie-Harap Maklom ❤


Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana setiap jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda (dam). Larangan larangan tersebut adalah , *memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki *memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki *menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki *memakai wangian bagi lelaki dan perempuan *memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku *membunuh haiwan *nikah atau menikahkan *mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar *bersetubuh / bercumbu cumbuan *merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur. Ok baik,kita ulang semula kenyataan ini. Dalam ihram perbuatan yang dilarang, ...

Susu Cair Ganti Santan

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi .  Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pi...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Assalamualaikum. Banyak kawasan istirehat di daerah Batu Pahat ni tapi ada beberapa tempat yang maq belum pergi. Antaranya Bukit Tanjung ( Tanjung Hill ). Kenapa maq tak pernah pergi sedangkan kawasan tu terletak hanya 1kilometer dari kampung halaman maq ( Pekan Koris) 1- kawasan tanjung ni jauh jaraknya dari jalanraya utama.  Untuk kesini kena naik motosikal atau kereta. Zaman maq muda muda mana ada kereta dan motosikal, basikal pun tak punya. Yang ku punya hanya cinta.. Huhu melalut sudah.. 2-  Dulu dulu, disini merupakan kawasan tentera tentera buat latihan,jadi agak mustahil ibubapa maq nak lepaskan anak dara sulung dia kesini.  Bahaya! 3 - ada kawasan perkuburan lama kat sini.  Bila sebut kawasan kubur, sebagai remaja masa tu, kami lebih kepada seram.  Padahal kuburlah tempat terakhir kita disemadikan nanti. Semalam sempat maq cari lokasi tersebut.  Tanjung Hill atau Bukit Tanjung. Tapi maq tak naik pun atas bukit tu sebab keadaan terla...

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah. Dalam rehat yang penuh kerehatan dah masuk hari enam rupanya. Maq baru tahu pasal kisah yang selama ini ada keturunan Rasulullah di Batu Pahat. Dan Wali Allah itu sudah pun meninggal 10 tahun yang lalu. Habib Syed Ali bin Ja'far Alaydrus. Dalam seminggu ni maq dah selongkar hampir kesemua  google dan youtube yang berkisah mengenai arwah habib ni. Allahhu sayang nya maq tak tahu semua tu sebelum ni. Menurut penjaga makam arwah habib,  wali Allah memang takkan dikenali oleh orangramai ketika hayatnya, mereka hanya akan terkenal setelah mereka meninggal dunia. SubhanAllah.. Keturunan Rasulullah ini mempunyai ilmu yang tinggi. Wali Allah ini mempunyai syafaat yang Allah izinkan untuknya. Hidup serba sederhana dan sangat merendah diri dan beliau sangat memuliakan tetamunya. Bila dah tonton banyak video  mengenai beliau, timbul rasa malu dalam diri maq. Beliau hamba Allah yang punya banyak ilmu,  punya syafaat, y...

Doa Amalan Neelofa

Assalamualaikum. Maq jumpa doa atas ini kat twitter. Budak budak twitter seronok mengedit doa ini. Macam macam pattern mereka edit doa yang agak panjang ini. Mereka kata Lofa amalkan doa tersebut, siapa yang tak percaya , diaorang suruh masuk instagram  naurashares.   . Dan , ye memang  betul ada! Ok , benda baik tak salah dikongsi... Nota maq : berdoalah yang baik baik kerana ia adalah sesuatu yang menghasilkan hal yang baik.Apa yang kita dapat dalam hidup ini datangnya dari doa kita yang dimakbulkan Allah  dan doa dari orang lain untuk kita yang juga dimakbulkan Allah, Inshaallah ❤

Umrah nak beli cenderahati apa?

Assalamualaikum. Ini hanya perkongsian pengalaman maq. Biarpun kejadian dah hampir setahun berlaku.  Maq hanya berkongsi untuk kebaikan.  Semoga beri manfaat buat readers.  Maq tahu readers maq ramai yang positive. Harap harap post kali ini boleh membantu. Masa pergi umrah, Apakah cenderahati dari maq untuk mereka yang di Malaysia? Sebetulnya untuk memikirkan benda yang maq kena beli sebagai cenderahati, memang bingung. Sebabnya ramai sangat!! Alhamdulillah  keluarga kami besar! Ketika berada di Madinah ,maq cuma mampu beli 3 pasang jubah hitam untuk 3 puteri maq. Sepasang 60.00rials dan maq rasa tu yang paling murah kot sebab di Madinah, jahitan dan kain dia berkualiti.  Kupiah benang kait  untuk encik suami dan anak menantu kesayangan yang berharga 15 rials sekeping. Ternyata ketika maq pergi Madinah,  semua orang kata harga barang barang adalah tinggi! So maq kata mungkin cukuplah beli itu dulu untuk cenderahati. Namun bila lihat duit yang be...