Skip to main content

Posts

Bila babysitter menjahit

Assalamualaikum Bila nak datangnya Shawal , kadang tu kita hampir je lupa yang Ramadhan masih disamping .namun berianya nak sambut Shawal mengalahkan sambutan Ramadhan yang mana bulan keberkatan buat seluruh umat manusia.Lumrah kehidupan, sering aja menyingkap yang belum pasti tapi yang disisi tak di ambil peduli. Allah huakbar .. Bila babysitter menjahit ? perkara lucu yang buat ada  rasa sedikit tertekan malahan kecewa pun ada . Hehehe sendiri cari pasal ! Pada bulan Shawal TAHUN LEPAS ,ibu maq ada beli sejumlah kain langsir dikawasan Nilai 3 . Ketika itu beliau pergi beraya dirumah adiknya disana. Seperti tahun yang sebelumnya ,setiapkali beli langsir ,maq lah tukang jahitnya. Okey ..nak dijadikan cerita ,biar pun masa tu maq bakal mengasuh 2 orang baby yang bakal lahir , maq sanggup . Kononnya sambil sambil . Lagipun ada masa lagi setahun kan ! Kawan Mat Jenin suka berangan angan..heee Bila masuk tahun 2016 ( tahun baru ) maq cuma mengasuh .seorang baby dan 2 ora...

Tanggungjawab dan Nafkah

Assalamualaikum Seringkali menjadi kekeliruan dikalangan masyarakat melayu muslim kita . Anak lelaki yang sudah berkahwin , mana lebih perlu mereka  utamakan,  isterinya  kah atau ibunya kah ? Keduanya dikaitkan dengan tanggungjawab dan nafkah. Ramai keliru dengan 2 perkataan diatas. Mana satu yang wajib didahulukan. Ada diantaranya tak nak jadi anak derhaka dan tak nak pula jadi suami yg tidak ambil kisah hal keluarga.Walau bagaimana pun terdapat persamaan diantara keduanya. Antara TANGGUNGJAWAB & NAFKAH , keduanya wajib dilaksanakan oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin. Tanggungjawab buat ibu. Nafkah buat isteri. Sesungguhnya anak LELAKI  yang sudah menjadi suami orang , tanggungjawab kat ibu masih wajib  dijalankan . Jangan nanti dah dapat isteri comel , 24 jam  melayan kehendak isteri , sedangkan tanggungjawab kat ibu sendiri pula  terabai. Apa pun semua ini peringatan buat diri sendiri sebenarnya. Si isteri layak mengingatk...

Haiwan sebagai petunjuk

Assalamualaikum Masuk sudah ramadhan ke 14 ,esok dah hari ke  15 ! Lajunya masa berjalan. Rasanya baru beberapa hari bangun sahur. Fenomena di Malaysia dalam bukan puasa ini sudah seringkali kita lihat . Bazar makanan yang merata rata tempat. Harga ayam yang naik , pusat beli belah yang meriah dikunjungi , kuih muih raya  yang berbagai jenis sudah dipasarkan . Tukang jahit sudah tak senang duduk sejak 2 bulan lepas . Dan banyak lagi yang kerap sangat kita lihat . Padahal masih dibulan puasa ,namun sambutan bulan shawal dah terlebih dari bulan ramadhan . Macamana tu ? Kuala Lumpur ,Malaysia ! Baru baru ni dikejutkan dengan kehadiran burung unta  berlari laju dihighway MRM . Dan hari ni , seekor kuda hitam pula kelihatan berlari . Apa yang menariknya ,kedua haiwan ini memilih lorong  kanan untuk meneruskan perjalanannya .  Berlari sekencang boleh tanpa teragak agak dan tidak mengganggu lalu lintas yang sangat sibuk itu. Biarpun kehadiran haiwan haiwan...

fikir fikirkanlah

Assalamualaikum Ramadhan ke 10 ? Alhamdulillh ,masih diberi kesempatan menjalani ibadah dalam meraikan keindahan bulan mulia ni . Harini maq nak kongsikan satu perangai pelik orang kita , yang sering maq tengok didepan mata kepala sendiri. Apakah dia perangai pelik orang kita ? Bila kawan berniaga , yang beli selalu nak harga kawan kawan, harga adik beradik , harga orang kampung. Macam perniagaan tu perniagaan yang dapat modal dari harta Ahmad Albab. Bila kawan jual makanan pulak  , yang beli tu sibok nak  minta kawan belanja , beli 1 nak 2 , bayar sikit , bawa balik lebih . Macam bahan memasak tu dapat free kat pasar. Bila kawan  pergi melancung , minta kawan belikan ole ole , macam kita ada tambah share dlm bajet dia pergi tu. Kalau sorang mungkin takda masaalah ,kalau semua kawan kawan fb nak ? Cancel lah trip.. Cuba fikir elok , bila masanya kawan tu nak dapat untung ? Nak enjoy melancung , nak pusing duit untuk buat modal niaga ? Kenapa tak fikirka...

Bila maq jumpa kesilapan sendiri

Assalamualaikum Ahad dan hari ni hari maq berkerja. Cuma bezanya kali ini the babies datang sebelah petang . Dalam pukul 1.30 petang . Ini disebabkan  mama mereka sudah bertukar kerja baru . Yang ada 2 shif ( 6am-2pm ) ( 2pm -9pm ) beralih angin katanya ,moga dipermudahkan amiin.. Apapun tak salah jika mencuba banyak kerja biarpun dalam bidang yang sama .  Dalam hidup ni ,pengalaman itu sangat perlu . Dan bila pengalaman banyak ,kita taklah jadi seperti katak dibawah tempurung ! Berbalik pada pengalaman. Kalau kita kerap kali berjumpa dengan perangai orang yang serupa ,yang hampir sama ,yang seakan akan sama . Apakah harus kita salahkan orang orang yang kita jumpa itu ? Dan berkata * alaaa dah kerap sangat jumpa manusia perangai macam ni ,dah masak noooh . Lihat je keliling ,bersepah perangai macam ni dimana mana , makin lama makin kenal dah * Dalam susunan ayat diatas,jelas sepertinya kita menyalahkan orang sekeliling yang berperangai hampir serupa ,yang pada kit...

Ayam merah versi MaQ

Assalamualaikum Hari hari lauk ayam? Sampai dah  tak tahu nak masak apa lagi . Kalau anak anak maq,mereka lebih kepada masakakan  goreng ,goreng dan goreng . Kadang tu ,tukang goreng pun jemu tapi tukang makan sedap aje katanya . Okey ,harini maq ada resepi yang nak kongsi pasal menu ayam . Iaitu ayam masak merah versi maQ . Nak try ? Bahan utama mestilah ayam. Anggaran setengah ekor . Basuh bersih macam selalu anda membasuh la ye . Guna tepung ke , guna garam ke ,guna limau ke ,jangan guna klorok sudah . Bahan bahan : Bawang besar 2 biji Bawang putih  3 ulas Serai 3 batang Halia 1 inci Ketumbar 3 sudu makan Jintan halus 1 sudu makan Jintan kasar 1 sudu makan ( semua ni belender lumat dengan sedikit air ) Cili kisar 2 senduk ,atau ikut suka nak pedas meletop macamana yang anda suka . Katanya kalau tak pedas nanti tak rock ,wallah hualam. Cara cara : -panaskan kuali yg berisi minyak -tumiskan bahan blender dan cili kisar -dah terbit miny...

Pengasuh tu siapa ?

Assalamualaikum , Selamat pagi . Bila maq joined group pengasuh difb baru baru ni , rupanya ramai lagi orang kita yang tak faham tugasan pengasuh. Pada maq sebenarnya lah kan, tugas pengasuh hanyalah  fokus pada keperluan makan minum, keselamatan , kebersihan anak anak yang dijaga ketika parent mereka keluar bekerja. Maaf nak beritahu disini : -Pengasuh bukan maid yg kena cuci baju , kena masak utk sarapan, lunch ,teatime dan dinner setiap hari untuk anak anda. Zaman sekarang semua barang mahal , so parent yg  berakal ,mereka tau nak buat macamana demi anak mereka. Jangan harapkan kudrat pengasuh 200%  ,yg dijaga tu anak anda ,bukan anak pengasuh . Jangan buat buat lupa pulak -Pengasuh bukan emak bapak kita yang menjaga cucu , kalau orang tua kita mereka sanggup jaga sampai berhari hari tak balik rumah  pun takpe . Maklumlah cucu sendiri , sayangnya kemain lagi. -Pengasuh jugak ada suami , ada anak anak yg jugak perlukan perhatian makan minum dari seorang...