Skip to main content

Pengasuh tu siapa ?



Assalamualaikum ,
Selamat pagi . Bila maq joined group pengasuh difb baru baru ni , rupanya ramai lagi orang kita yang tak faham tugasan pengasuh. Pada maq sebenarnya lah kan, tugas pengasuh hanyalah  fokus pada keperluan makan minum, keselamatan , kebersihan anak anak yang dijaga ketika parent mereka keluar bekerja. Maaf nak beritahu disini :

-Pengasuh bukan maid yg kena cuci baju , kena masak utk sarapan, lunch ,teatime dan dinner setiap hari untuk anak anda. Zaman sekarang semua barang mahal , so parent yg  berakal ,mereka tau nak buat macamana demi anak mereka. Jangan harapkan kudrat pengasuh 200%  ,yg dijaga tu anak anda ,bukan anak pengasuh . Jangan buat buat lupa pulak

-Pengasuh bukan emak bapak kita yang menjaga cucu , kalau orang tua kita mereka sanggup jaga sampai berhari hari tak balik rumah  pun takpe . Maklumlah cucu sendiri , sayangnya kemain lagi.

-Pengasuh jugak ada suami , ada anak anak yg jugak perlukan perhatian makan minum dari seorang isteri / seorang ibu. Pengasuh  pun ada ibubapa yang perlu diziarahi setiap minggu atau setiap bulan . Walaupun tugasan mereka tiada istilah   M.C    ( cuti sakit ) , mereka juga layak ada cuti .

-Pengasuh bukan datangnya  dari kelompok orang yang berada ,kebanyakkan mereka terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Niat nak bantu suami tambah pendapatan keluarga . So janganlah bebankan mereka lagi dengan kehadiran anak anda. Anda permudahkan urusan pengasuh , Allah permudahkan urusan anda nanti ,janji Allah itu pasti.

-Pengasuh jugak manusia yang jika kerja lebih dari 10 jam, dia perlukan rehat yg cukup .lagi2 pengasuh yg punya ada anak kecil, siang adalah malam dan malamnya adalah siang. Kerja ,kerja dan kerja.

-Pengasuh ,parent kena banyak berbincang ,jangan cari punca masaalah  tapi cari jalan utk selesaikan masaalah . Yang pengasuh jaga itu anak anda dan yang dijaga pengasuh itu juga adalah punca  rezeki pengasuh ,so untuk dapatkan rezeki yg barokah , jujurlah biarpun sakit sikit.



- anak kita adalah amanah Allah buat kita. Merekalah harta kita didunia dan diakhirat nanti.

- pengasuh merupakan orang perantaraan antara anda dengan anak. Permudahkan urusan mereka supaya mereka mudah nak uruskan anak anda.

- anda , pengasuh dan anak adalah team yg sangat perlu diberi perhatian dalam masa anda mencari  rezeki Allah, pastikan ketiga tiganya berada dalam keadaan yang memuaskan.

- bawa bincang jika ada yang perlu ,itu lebih baik. Kenapa maq suruh lebih kepada bawa bincang? Sebab ketidak puashati sesaorang pengasuh atau parent ,ianya bakal menjejaskan keselamatan anak kecil yang tidak tahu apa apa tu . Selalunya merekalah yang menjadi mangsa keadaan . Tak maulah macam tu ye ..

Anda rasa bayaran anda itu setimpal dengan apa yang anak anda alami setakat ini ? Fikir fikirkan lah .


"Cakap berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mengasuh selama hampir 20 tahun " kalau salah maaf kan maq :)

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana setiap jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda (dam). Larangan larangan tersebut adalah , *memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki *memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki *menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki *memakai wangian bagi lelaki dan perempuan *memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku *membunuh haiwan *nikah atau menikahkan *mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar *bersetubuh / bercumbu cumbuan *merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur. Ok baik,kita ulang semula kenyataan ini. Dalam ihram perbuatan yang dilarang, ...

Susu Cair Ganti Santan

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi .  Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pi...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Assalamualaikum. Banyak kawasan istirehat di daerah Batu Pahat ni tapi ada beberapa tempat yang maq belum pergi. Antaranya Bukit Tanjung ( Tanjung Hill ). Kenapa maq tak pernah pergi sedangkan kawasan tu terletak hanya 1kilometer dari kampung halaman maq ( Pekan Koris) 1- kawasan tanjung ni jauh jaraknya dari jalanraya utama.  Untuk kesini kena naik motosikal atau kereta. Zaman maq muda muda mana ada kereta dan motosikal, basikal pun tak punya. Yang ku punya hanya cinta.. Huhu melalut sudah.. 2-  Dulu dulu, disini merupakan kawasan tentera tentera buat latihan,jadi agak mustahil ibubapa maq nak lepaskan anak dara sulung dia kesini.  Bahaya! 3 - ada kawasan perkuburan lama kat sini.  Bila sebut kawasan kubur, sebagai remaja masa tu, kami lebih kepada seram.  Padahal kuburlah tempat terakhir kita disemadikan nanti. Semalam sempat maq cari lokasi tersebut.  Tanjung Hill atau Bukit Tanjung. Tapi maq tak naik pun atas bukit tu sebab keadaan terla...

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah. Dalam rehat yang penuh kerehatan dah masuk hari enam rupanya. Maq baru tahu pasal kisah yang selama ini ada keturunan Rasulullah di Batu Pahat. Dan Wali Allah itu sudah pun meninggal 10 tahun yang lalu. Habib Syed Ali bin Ja'far Alaydrus. Dalam seminggu ni maq dah selongkar hampir kesemua  google dan youtube yang berkisah mengenai arwah habib ni. Allahhu sayang nya maq tak tahu semua tu sebelum ni. Menurut penjaga makam arwah habib,  wali Allah memang takkan dikenali oleh orangramai ketika hayatnya, mereka hanya akan terkenal setelah mereka meninggal dunia. SubhanAllah.. Keturunan Rasulullah ini mempunyai ilmu yang tinggi. Wali Allah ini mempunyai syafaat yang Allah izinkan untuknya. Hidup serba sederhana dan sangat merendah diri dan beliau sangat memuliakan tetamunya. Bila dah tonton banyak video  mengenai beliau, timbul rasa malu dalam diri maq. Beliau hamba Allah yang punya banyak ilmu,  punya syafaat, y...

Doa Amalan Neelofa

Assalamualaikum. Maq jumpa doa atas ni kat twitter. Budak budak twitter seronok mengedit doa ini. Macam macam pattern mereka edit doa yang agak panjang ini. Mereka kata Lofa amalkan doa tersebut, siapa yang tak percaya , diaorang suruh masuk instagram  naurashares.   . Dan , ye memang  betul ada! Ok , benda baik tak salah dikongsi... Nota maq : berdoalah yang baik baik kerana ia adalah sesuatu yang sangat baik.Apa yang kita dapat dalam hidup ini datangnya dari doa kita dan doa dari orang lain untuk kita. Inshaallah ❤

Umrah nak beli cenderahati apa?

Assalamualaikum. Ini hanya perkongsian pengalaman maq. Biarpun kejadian dah hampir setahun berlaku.  Maq hanya berkongsi untuk kebaikan.  Semoga beri manfaat buat readers.  Maq tahu readers maq ramai yang positive. Harap harap post kali ini boleh membantu. Masa pergi umrah, Apakah cenderahati dari maq untuk mereka yang di Malaysia? Sebetulnya untuk memikirkan benda yang maq kena beli sebagai cenderahati, memang bingung. Sebabnya ramai sangat!! Alhamdulillah  keluarga kami besar! Ketika berada di Madinah ,maq cuma mampu beli 3 pasang jubah hitam untuk 3 puteri maq. Sepasang 60.00rials dan maq rasa tu yang paling murah kot sebab di Madinah, jahitan dan kain dia berkualiti.  Kupiah benang kait  untuk encik suami dan anak menantu kesayangan yang berharga 15 rials sekeping. Ternyata ketika maq pergi Madinah,  semua orang kata harga barang barang adalah tinggi! So maq kata mungkin cukuplah beli itu dulu untuk cenderahati. Namun bila lihat duit yang be...