Bismillah,
Semalam maq ada jumpa satu posting kat fb berkaitan bulu jagung yang ada dijual dipasaraya.Pemilik fb tu bertanyakan soalan,apa fungsi bulu jagung sampai boleh dijual dipasaraya?
Ada beberapa orang netizen balas dengan berbagai komen yang menarik.
Ada yang kata di Korea ,pengusaha buat teh bulu jagung dan dipacking dalam uncang.Macam teh uncang yang biasa kita jumpa dipasaran dinegara kita.Mereka jadikan teh bulu jagung sebagai minuman herba.
Ada yang lain beritahu,bulu jagung banyak khasiatnya.Tapi ramai yang tak tahu,mereka ambil jagungnya sahaja ,bulunya dibuang.
Tapi Maq tertarik dengan 2 komen dalam posting tersebut.So Maq pun salin dan tampal dalam blog ini.Kalaulah ianya bermanfaat, biarlah komen mereka jadi jariah dan beri kebaikan yang berpanjangan.
![]() |
| Photo dari google |
⭐⭐Netizen 1- Selalunya orang beli bulu jagung bukan untuk makan macam sayur, tapi untuk buat air teh. Manfaatnya,
1. Untuk kencing yang lawas - paling famous. Orang yang susah kencing, kencing tak lawas, kencing kotor, memang bagus minum.
2. Untuk darah tinggi & kencing manis - membantu buang air lebih dalam badan.
3. Untuk bengkak kaki - buang lebihan air
4. Untuk batu karang kecil - bantu cuci buah pinggang
Cara nya ,ambil segenggam bulu jagung tu, basuh, rebus dengan 3 cawan air sampai jadi 1 cawan. Lepas tu tapis, minum suam-suam. Boleh letak madu sikit kalau nak sedap.
⭐⭐Netizen 2-air rebusannya bagus untuk cuci buah pinggang. Saya bekas pesakit buah pinggang tahap 2.Saya amalkan minum ini alhamdulillah Allah bagi kesembuhan.
Bahan bahan rebusan:
Barli
Bulu jagung
Kundur Cina
(boleh tambah gula melaka sikit untuk bagi ada rasa supaya senang nak telan)
Guys,korang yang ada masalah seperti yang dinyatakan dalam komen tu dah boleh lah cuba.Mana tau berhasil.Tapi korang kena jugak pastikan yang bulu jagung itu betul betul bebas dari racun serangga.Nak lagi bagus,tanam sendiri pokok jagung dan dapat hasil boleh la minum air bulu jagung & makan jagung rebus.
Maq ada cari kat shopee bulu jagung ni.Ha ah la ada dijual.Tapi seller ni dari luar negara.Tengok pada harga boleh tahan jugak kan.
Eah!! jomlah balik kampung kita tanam jagung!Macam dah boleh buat duit dengan bulu jagung ni guysssss.. 😂


Comments
Post a Comment