![]() |
| Masjid Dato Bentara. |
Bismillah,
Semalam maq join kursus asas haji untuk minggu ke 8.Orang Batu Pahat memang lambat sikit sebab kami mula kursus pun lambat.
Maq nak kongsi apa yang pembimbing kursus kongsikan semalam.Ianya berkaitan bertahallul bercukur /bergunting bagi jemaah lelaki haji dan umrah.
Jemaah perempuan dah confirm bertahallul cara bergunting sahaja so korang dah boleh bertenang tenang sekarang ye..
Macamni,kata ustaz ,orang lelaki kalau nak dapat ganjaran pahala sebanyak jumlah rambut yang ada dikepala,adalah lebih afdal bercukur. Kerana pahala dihapuskan dan derajat akan dinaikkan sebanyak jumlah rambut yang gugur selepas dicukur.
Adapun ikut pengalaman maq 2 kali pergi umrah ,apa yang mutawwif waktu tu jelaskan, lelaki gunting je sedikit rambut sebagai syarat bertahallul nanti bila free boleh ke kedai untuk bercukur pulak.
Tapi ikut penjelasan ustaz kursus asas haji semalam.Jika rambut sudah digunting ,ganjaran pahala dan naik derajat tu mengikut jumlah yang digunting itu sahaja.Gunting 5 helai so 5 dosa dah gugur dan naik derajatnya 5.Bukan tak sah tapi ianya amat rugi.
Kenapa rugi?Peluang bertahallul itu bukan boleh dapat dilakukan selalu.Hanya waktu lakukan haji dan umrah sahaja.Tapi bila dah ada peluang dan disebabkan kurangnya ilmu dan kurang dapat penjelasan tepat dari mutawwif,sunnah jadi sia sia.
So pesan beliau semalam,selepas saie,jemaah lelaki tak perlu gunting rambut tapi terus ke kedai gunting untuk bercukur semua rambut.
Jangan lambat kan bercukur tu sebab tujuan jemaah bertahallul adalah untuk membebaskan mereka dari 13 pantang larang ihram.Karang bila dilambat lambatkan nanti terlanggar pulak pantang larang ihram ,tak memasal kena bayar dam pulak.Haaa buat cepat bercukur tu,jangan leceh!
Pahala bertahallul (mencukur rambut atau mengunting selepas selesai ibadah haji atau umrah) adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam.
Nabi Muhammad SAW sendiri mendoakan tiga kali untuk mereka yang bertahallul dengan mencukur rambut (botak), dan sekali untuk yang mengunting rambut.
Hadis daripada Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda:
“Ya Allah, rahmatilah orang yang mencukur rambut mereka.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan orang yang menguntingkan rambut mereka?”
Baginda ulangi doa untuk yang mencukur sebanyak tiga kali, dan hanya sekali untuk mereka yang mengunting rambut.
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Guys,sebab tu maq join kursus asas haji.Banyak ilmu yang boleh diperolehi.Jika sebelum ni dada kita ada 30% je ilmu ,bila dapat join kursus asas haji inshaallah up sikit level ilmu kita tu.
Lepastu bila dah dapat ilmu jangan pulak diperam, silalah kongsi kongsikan pada mereka yang ada dilingkungan hidup kita.
Biar tahu jangan keliru ❤
Waallahua'lam.

Comments
Post a Comment