Rambut Gugur Ketika Ihram?



Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum.

Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana setiap jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda (dam).

Larangan larangan tersebut adalah ,


*memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki

*memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki

*menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki

*memakai wangian bagi lelaki dan perempuan

*memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku

*membunuh haiwan

*nikah atau menikahkan

*mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar

*bersetubuh / bercumbu cumbuan

*merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram


Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur.



Ok baik,kita ulang semula kenyataan ini.

Dalam ihram perbuatan yang dilarang,

menggunting rambut📌
mencabut rambut📌
mencukur rambut📌

Atau dengan kata lain kita yang buat dengan sengaja untuk rambut itu jatuh atau gugur.


Maka untuk jenis rambut yang senang jatuh atau gugur,ia tidak menjadi masalah sebab ia gugur dengan kejadian yang tidak disengajakan.

Dan tidak dikenakan dam.



*Jika ada hal yang buat anda rasa ragu ragu semasa dalam ihram,sila ajukan masalah itu kepada mutawif/mutawiffah yang membimbing anda waktu itu.

Jangan bertanya kepada jemaah lain kerana mereka juga jemaah seperti anda.




waallahua'lam..

Comments

  1. dulu mase pergi, dalam ihram - saya pernah nak try cabut jerawat dekat kening,tetiba ade bulu kening jatuh... tahu itu tak sengaja tapi saya bayarkan jerlah dam.. anggap sedekah

    ReplyDelete
  2. Aboya: ye, bila kena dam, anggap je kita bersedekah itu lagi terpuji.

    ReplyDelete
  3. a.. faham2.. hee~ saya tengah kumpul ilmu untuk ke sana jika Dia izinkan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga semua persiapan Atie kesana berjalan lancar dan dipermudahkan ye..

    ReplyDelete
  5. Asalam terima kasih infor ni ya

    ReplyDelete
  6. Jika semasa ambil wudhuk ketika dalam ihram..tak sengaja tercabut sehelai anak rambut..dikira mcm mana tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Mangsa Perang Adalah Mangsa Keadaan