Skip to main content

Kad kena telan mesin Atm


Assalamualaikum.

Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm.



Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah.



Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ?


Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ?

Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu.

Maq : dah tu abang  nak buat apa?

Encik suami : buat kad baru ,kad dalam mesin tu bank dah block .

Maq : kena bayar ?

Encik suami : biasalah , kena bayar rm 12 .

Maq : wah , kalau 10 orang kena macam ni , dah rm 120 bank dapat ?

Aduh sekali lagi maq dah ' over thinking' .

Encik suami : kena bayar sebab buat kad ,kalau nak tunggu minggu depan , tak payah bayar apa apa .

Maq : oh macam tu ya .. No akaun tukar tak?

Encik suami : nombor akaun masih nombor yang sama, kad je tukar baru.

Maq : ooh, oklah kalau macamtu. ( sambil jeling kaunter nombor 8 yang tak bersalah apa apa tu )

10 minit tunggu , akhirnya encik suami dah boleh keluarkan duit beliau yang tersangkut tadi. Alhamdulillah . Tapi bukan dimesin yang rosak tu ya , dimesin lain.



Kalau anda perasan ,kat kaunter nombor 8 tu ,pelanggannya seorang perempuan yang juga senasib dengan encik suami. Dia lagi banyak nak kena buat sebab dia pengguna kad Maybank tetapi kad kena telan dimesin Ambank. Kesian tau , dia nak balik kampung ,urgent katanya. Nak bagi emak dia duit ,tapi kena pulak kes macam tu. Maq cuba tenangkan beliau, kata maq :


 " sabar ya Puan ,mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku pagi pagi Jumaat yang indah ini , insha Allah , duit awak kat dalam tu selamat..."



Dan dia tersenyum sambil pandang tepat ke muka maq. Tapi hati dia maq tak tahu ,mungkin saja dia terkilan sebab tak dapat balik kampung jumpa emaknya dan tak dapat nak bagikan duit belanja untuk emaknya pada hari Jumaat kali ini . Allah hu ..

"Rosak" dan telah telan banyak kad hari ini.

Maq cuba untuk bayangkan kalau orang yang sedang memerlukan duit sangat sangat masa tu , tapi kad kredit kena telan oleh mesin Atm yang rosak , dan dia cuma ada duit dalam Kad bank tu aja!Bagaimanakah kesudahannya kalau alasan dia kena tunggu "orang yang uruskan mesin" tu datang? kemudian baru boleh dapat kad ? Adeh , takda cara lain kah?


Nota maq : Maha suci Allah yang mentadbirkan sekelian alam. Amalkan doa tiap awal pagi, sebelum mulakan tugas harian, mohon tiap urusan dipermudahkan.


Insha Allah dengan izinNya.



Comments

  1. Saya nak tanya...kalau kad kena telan...bt baru kita dapat ke no acc lama tu??

    ReplyDelete
  2. Kad je tukar ,no acc masih no lama.

    ReplyDelete
  3. Nk tnye ...kad sy ditelan juga tpi bila pegi caounter masalah dye sama mcm suami puan so klo sy nk gi buat kad bru bwk kad ic shj ke sbb sy buat kad tu mengguna kan surat dri sekolah sbb kad tu kad biasiswa ...? Tq

    ReplyDelete
  4. Saya cadangkan awak bawa je mykad awak tu ke bank berhampiran.Nanti pegawai bank akan bantu selesaikan masalah awak tu. Semoga dipermudahkan urusannya..wc

    ReplyDelete
  5. Tido pun xdapat sebab kad di telan mesin atm
    Kenak tunggu isnin baru dapat buat kad baru..

    ReplyDelete
  6. Saya baru je tadi kad kene telan dengan mesin cdm

    ReplyDelete
  7. Sama lah, baru jak kena telan kad bsn suami saya, di mesin Bank rakyat... Masalah betul..

    ReplyDelete
  8. Lebihkan berhati hati lebih lagi bila nak keluarkan duit pada hari cuti atau awal pagi. Masani pekerja bank langsung tak dapat nak bantu Sebab mereka belum masuk waktu bertugas..

    ReplyDelete
  9. Bila nk call cust service jer mesti line busy suruh bersabar buat panggilan d jam yg lain tapi benda sama harap bersabar nk buat mcm mana ehh takut kad bank tu jatuh kat tangan org lain habis duit dalam akuan tu sbb tidak d block

    ReplyDelete
  10. Itulah masalahnya. Kena tunggu dilain masa. Hati siapa pun takkan tenang bila kad dah ditelan mesin atm. Doa je agar duit dlm akaun anda selamat. Dan jangan ambil masa lama utk pergi ke bank tu semula.

    ReplyDelete
  11. Takutnya saya dengan keadaan begini. Aduhai... macamanalah kalau kita benar-benar perlukan duit masa tu kalau pihak bank tak mahu buka mesin ATM. Syukurlah boleh dapat kad baru. Walaupun kena bayar...

    ReplyDelete
  12. betul tu Amie. Semoga kita semua dijauhkan dari masalah ni.Aaminn..

    ReplyDelete
  13. -_- baru saja kena tadi bank mybank telan kad ambank.. Dugaaan sangat..

    ReplyDelete
  14. Zyen - bersabarlah bila diduga. Ingat satu je,Allah duga sbb DIA nak bagi kita pahala lebih lagi.( Pahala sbb bersabar )

    ReplyDelete
  15. Kad BSN...mesin CIMB yg telan...mesin tu pulak tiada penjaga...duk dlm stesen minyak..nk buat macamana ye?.

    ReplyDelete
  16. pergi bsn bank ,buat kad baru ,block kad lama tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...

Nasihat doktor Arman Shah

Assalamualaikum. Hari ini, hari ke 7 perintah kawal pergerakan wabak Covid19 di Malaysia. Saja maq kongsi kata nasihat kat bawah ini supaya sikit sebanyak ianya boleh buat kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada setakat ini. Dan harap harap kata kata kat beliau ini dapat mendidik kita dalam meneruskan kelansungan hidup selepas ini.  Insyaallah  , Mudah mudahan. Sekadar hiasan.  BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA.......❗❗ (Diharap sudilah membaca sampai habis) Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan. Di musim perintah berkurung ini, saya melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini. Beringatlah tuan tuan..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA  semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan. Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown. Vaksin Cov...