Skip to main content

Cara Nak Kawal Tenang

 

Menarik ayat dalam gambar ini.


Bismillah,

Biarpun umur Maq dah semakin lanjut,kadang kala masih perlu diingatkan bahawa tak semua yang Maq katakan adalah betul 100%.


Biasanya level mak mak ni banyak sangat tips nya,arahannya ,pantang larangnya.Macam dia je sorang yang serba tahu.Biarpun bercakap atas dasar pengalaman, tapi tak semua pengalaman itu baik untuk dikongsikan kepada oranglain.


Maq dulu pun macam gitulah.Bila dengan anak anak ada je yang tak kena dimata Maq.Kadang anak anak pun naik bosan nak dengar.Sedangkan mereka sekarang dah berada dalam kehidupan era mereka.Maq kena paham perubahan tu.Dulu budak,sekarang mereka dah jadi 'emak orang'. Zaman mereka pun dah tak selari dengan zaman Maq dulu dulu.


Yang lawaknya bila apa yang Maq katakan tidak diikut, hati tua ni mula lah nak jadi celaru ,asiklah rasa tak tenang.Padahal anak anak yang ditegur tu okey je.Mereka tak ambil hati atau terasa pun.


Itulah mak mak,selalu sangat 'over thingking' kan.Kalau boleh anak tu nak dijaga sebaik baiknya dari sejak lahir sampai lah bila bila.


Andai satu masa nanti,anda jadi 'mak mak' ,jadilah emak yang memahami situasi bukan jenis menekan nekan kat anak anak.Malu kat Allah.


Sekarang baru maq paham,kalau nak tenang,jangan cuba paham semua perkara.Sesekali tu, kalau buat buat bodoh pun comel jugak kan, hehehe..

Comments

Popular posts from this blog

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Santai Di Pantai Perpat Hari Malaysia

  Bismillah, 16 September yang lepas kami ke Pantai Perpat sebab pada hari itu semua orang Malaysia cuti kecuali mereka yang berkerja keras dan terpaksa berkerja. Apa pun,mungkin sebab udara Batu Pahat masih berjerebu dan masih pada level tak sihat, semasa kami sampai dipantai itu pengunjung tak ramai seperti biasa.Sangat kurang tapi masih ada. Tujuan asal cuma nak melepak santai santai dan menikmati keindahan alam dan menghayati kehebatan ciptaan Allah swt. Santai santai jer. Agak agak apakah yang difikirkan oleh orang pakai topi tu ek? Pengawal peribadi emak dan ayah.Senyuman nya ada,senjatanya takda.Silatnya jauh sekali.So emak Ayah kot yang jadi pengawal peribadi dia ! 😂 Jadilah seperti kayu bakau.Dah mati pun masih boleh berdiri tegak .Ini peribahasa baharu.😂 Kerusi lipat ini memang akan setia menemani kami walau kemana kami pergi.Terima kasih kepada 'mereka' kerana berani kena duduk oleh Maqnie 🤣 Indah ,biarpun nampak seperti ego.Hahaha tetiber nak salahkan kayu yang d...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Cara Mudah Dan Ringkas Buat Solat Hajat

  Bismillah, Kalini kita belajar bagaimana cara bacaan dan doa bagi solat hajat yang mudah dan ringkas. Sebenarnya ada banyak cara mudah yang boleh dipraktik kan tapi maq kongsi cara yang bawah ni sebab ianya mudah untuk difahami. Semoga perkongsian ini beri manfaat. Niat dan Bacaan  Amalan selepas solat Doa selepas solat Sumber :Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kenapa nak buat solat hajat ? Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibni Abi Afwa Al islami r.a, beliau berkata,  Pada suatu hari,Rasulullah keluar dan menuju kepada kami,lalu bersabda ; Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍ...

Bandar Muar Waktu Malam

Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema.  Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,jangan kena kat keluarga kami yang lain. Awal awal lagi maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu disebabkan kami tak sihat. Takut menjangkit. Maq risau terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung,kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,siapa tahan wey. Bosan tau...

Rakyat diburu saman

 Assalamualaikum. Bila wabak C19 dah melebihi setahun menular dinegara kita ,kerajaan semakin hari semakin bertindak tegas keatas orang ramai demi memantau keperihatinan mereka terhadap bahayanya virus C19 ini. Bermula dengan denda rm300.00 kalau melanggar S.O.P disusuli rm 1000.00 dan kini rm 10 ,000 pulak berkuat kuasa. Ikut S.O.P norma baharu. - pakai topeng muka kalau nak keluar rumah - nak masuk ke sesebuah permis kena scan code mysejahtera dan wajib periksa suhu badan. - berkumpul beramai ramai dilarang.  - jaga jarak bila berada dalam keadaan yang ramai orang. - peniaga ada masa ditetapkan untuk berniaga. - senantiasa bersihkan tangan dengan sanitizer. setahun  kita dah amalkan ini. Tapi sebab ada sesetengah dikalangan kita terlalu ego dan lebih pentingkan diri sendiri ,akhirnya wang ringgit jadi habuan saman. Bayangkan rm 10,000 kalau diberi sedekah kepada keluarga asnab yang terlalu ramai diluar sana kan boleh memberi kebahagian kepada mereka. Lagi lagi bulan Ram...

Vaksin Meningococcal Digantung

  The Meningitis Requirement Is No Longer Required & Has Been Suspended For Umrah Jumaat 8 Syaaban 1446H. Bismillah, Harini maq terjumpa kenyataan diatas tu dari Page rasmi facebook haramain . Vaksin Meningococcal digantungkan untuk umrah. Maksudnya tak diwajibkan ambil buat masa terdekat ini. Sahih ke ni? Mana link ? hahaha ayat ni wajib maq jumpa bila layan facebook.Hebat facebooker zaman now.Maju sangat, semua nak backup dengan link.Silap silap scammer pulak yang bagi link nanti ,lagi haru. Nauzubillahimiznaliq.. Dan korang atau ahli keluarga korang atau jiran tetangga korang yang merancang nak ke Arab Saudi tu bolehlah confirmkan dengan agensi yang telah di daftar, betul ke tak berita ni?Dah lah caj ambil vaksin tu mahal.Untuk kebaikan confirmkan dulu.Setahu maq ambil vaksin Covid19 je yang free.Itu pun masa tahun 2021 ,sekarang tak pasti lagi kondisinya bagaimana.😆 Rasanya ramai dah bakal jemaah haji musim 1446 mula ambil vaksin meningococcal sebabnya sebelum ni kalau nak...

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌