Memori Sepanjang Shawal 2026

 

Bismillah,

Pagini balang kuih semua dah diletak atas meja makan.Ini bermakna beberapa hari je lagi shawal akan pergi.


Kuih kuih raya tu minta dihabiskan sebab tu maq letak atas meja makan.Ini adalah skill.

Okeylah maq nak kongsi sedikit gambar kenangan kami sekeluarga sepanjang bulan shawal 2026.Bermula dari shawal pertama hinggalah ke minggu terakhir shawal.


Raya pertama berkumpul di rumah keluarga di Kampung Koris ,Senggarang 

Bersama ibu,
Waktu ni Family along belum sampai lagi,bergambar mana yang ada dulu.

Malam raya ke 2,
ziarah ke rumah mak Uteh & Ayah Teh.Lepastu ke rumah arwah maktok tapi takdan nak bergambar sebab ralit tengok sepupu sepupu bakar bunga api & mercun

Anak² perempuan,Cucu² perempuan & cicit perempuan Puan Jamilah ( ibu Maq )4 generasi tuuu.

Suasana kampung yang damai, tenang & hangat

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin

Gambar dibawah ni antara tetamu yang datang berkunjung kerumah Maq.Mana mana yang sempat kami berfoto bersama.

Hari raya ke 2,sebahagian dari ahli keluarga sebelah ibu.Yang lain ontheway..

Hari raya ke 5 ,sebahagian dari ahli keluarga sebelah arwah abah.Terima kasih sudi datang.

4/4/2026 Menerima Kunjungan kumpulan marhaban dari jemaah lelaki masjid Taman Bukit Perdana dan jiran tetangga.

4/4/2026 - kunjungan dari kumpulan marhaban wanita biro Taman Bukit Perdana.

kunjungan 2 Baby Q.
Anak anak asuhan  yang pernah jadi kawan gaduh maq 10 tahun dulu.Raya kalini mereka datang bersama 2 orang adik baru mereka.
(2026 - Qasdina 13 tahun ,Qisya 11 tahun )
Post lama tentang mereka 💕

Kunjungan sorang lagi anak asuhan maq yang maq pernah jaga sejak dia berumur 2 bulan hingga 6 tahun.

Berhenti mengasuh sebab mereka sekeluarga berpindah ke Kluang.

Aine ( gadis yang duduk sebelah maq )

Cute 😍

Gambar lama
 (Aine yang pakai tudung )

Hari raya ke 3 kami pergi beraya kerumah abang ipar di Parit Yusuf,Muar.Dan beberapa buah rumah ahli keluarga lain belah encik suami.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah atas semua nikmat.


Sebenarnya tahun ni boleh kata kunjungan tetamu ramainya diluar jangkaan.Yang jauh pun sanggup datang untuk eratkan silaturahim dan ukhwah.


Alhamdulillah.


Gambar gambar yang diatas tu pun hasil dari perkongsian ahli keluarga.Sebab maq sendiri tak sempat nak pegang fon ketika tetamu datang berkunjung.


Sekarang ni baru maq sedar.Macam ramai orang kata ,

"hari raya itu tetamu akan pergi ke rumah rumah yang ada orang orang tua je dulu..."


Okey fine.Maq dah mula faham....😌


Paling sedih, rumah adik beradik kat Pasir Gudang pun maq belum dapat jejakan kaki lagi untuk ziarah dan beraya.

Mujur orang Johor sambut raya aidil fitri sampai ke raya aidil adha ,ada masa lagi nak pergi ni hahaha


Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Berkorban Apa Sahaja

Himpunan Doa Arafah 2025

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Santai Petang Di Kuala Lumpur

Jangan tunggu lama lama