Batas Berchatting
Assalamualaikum ..
Whats app !
Ianya merupakan salah 1 application paling popular dan menjadi keperluan dihampir seluruh penduduk di dunia ini. Selain berhubung dengan sembang sembang, whatsapp juga antara cara perniaga perniaga online berniaga .
Okey itu semua orang sudah tahu ! Dan galeri whatsapp juga merupakan galeri yang save gambar paling banyak dalam handphone kita . Betul ke bohong ? Waallah hualam
Harini hari ke 8 maq deaktif whatsapp . Kenapa ? Maq online whats app guna tablet , Adeh , letih lah asyik kena update tiap bulan dan kalau lambat nanti whatsapp maq diblock ! Lama lama maq give up , biarpun pakar gadjet ada beri tunjuk ajar supaya setting whats app di playstore , tapi keputusan maq muktamad , merajuk dan uninstall whatsapp tu . Konon nya marah dan sentaplah ni heheee ..
Dalam whats app banyak yang maq nak kongsikan diblog ni. Antaranya ialah perbualan antara suami orang dan isteri orang. Jika anda ditemukan digroup whatsapp sekolah atau group ex pekerja atau apa apa group sekali pun . Tolong hargai pasangan anda. Antara aktiviti yang maq tak selesa , ada antaranya bukan saja chat digroup tapi sambung pula diwhatsapp personal. Atas alasan nak sembang bertanya khabar. Sekali dua mungkin tak mengapa tapi janganlah sampai kepada 'calling calling' , sangat sangat tidak selesa bagi pihak maq. Biarpun pasangan kita seorang yang 'sporting ' dan ' under standing ' tapi tolong hargai perasaannya juga.
Bukan kata sombong atau apa , tapi bila dianggap kawan group whats app , biarlah kita bersembang digroup . Tanya khabar digroup , tanya perkembangan terkini digroup dan paling tidak bukan seorang je kawan kita tahu perkembamgan kita ,malahan semua kawan kawan akan tahu. Barulah adil namanya .
Maq memang tak biasa buat panggilan atau terima panggilan dari orang lelaki . Kecuali atas urusan penting ,maq boleh jawab . Tapi jika hanya sembang kosong ,tolonglah hentikannya . Sebab..
' saya tidak selesa '
Hormati lah perasaan pasangan masing masing . Apa mereka rasa bila dapat tahu pasangannya berhubung dengan kawan sekolah berlainan jantina hanya untuk sembang kosong . Alasan sekali sekala jangan pakai ,jika kerap nanti jadi selalu . Tak elok timbulkan syak wasangka dihati orang ,takut jadi fitnah!
Entah berapa lama maq mampu bertahan tanpa whats app,maq pun tak pasti . Apa yang maq rasa sekarang ,bila takda whatsapp , suara burung berkicau sangat jelas dikeliling rumah . Dan kicauan itu sungguh mendamaikan jiwa .
( Alhamdulillah )