Kesalahan dalam berdoa
Assalamualaikum ..
Sedikit perkongsian buat rujukan kita bersama.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
TANYALAH USTAZ TV9
(Ustaz Salahuddin Muhammad)
KESALAHAN DALAM BERDOA.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Antara kesalahan berdoa kerana tidak memuji kebesaran Allah,tidak berselawat kepada Nabi(doa yg tidak diawali dgn selawat,doanya akan tertahan)serta berdoa dgn hati yg lalai.
ADAKAH BERDOSA,JIKA DIA TIDAK TAHU TATACARA BERDOA?
Org jahil yg tetap hendak berdoa, itu hak Allah utk menerima doanya kerana Allah suka org jahil yg hendak bertaubat dan Allah sangat suka org yg suka berdoa.
Org jahil yg tidak inginkan kebenaran (bodoh sombong) ia berdosa jika berdoa tidak kena dgn caranya (tidak menerima apa yg diajarkan dan suka² mengikut cara sendiri)
Menjadi kesalahan berdoa sehingga meninggikan suara.
Jangan berdoa perkara² yg buruk utk diri sendiri dan jangan berdoa keburukan utk anak²,jangan berdoa kecelakan harta kita,jangan doa² yg tidak baik kerana takut doa yg tidak baik itu terkena pada waktu yg Allah kabulkan doa.
SAPU MUKA KETIKA BERDOA.
Nabi apabila mengangkat tangan sehingga Nabi menyapukan mukanya (hadis daif) .
Kata Imam Nawawi pandangan dalam Mazhaf As~Syafie.
1)Boleh tidak sapu muka.
2)Boleh tidak angkat tangan dan tidak sapu muka.
3)Boleh angkat tangan dan boleh sapu muka.
BOLEH MEMILIH MANA² PANDANGAN.
DALAM MAJLIS KETIKA DIBACAKAN DOA,ADA YG TIDAK AMBIL PEDULI DGN DOA YG DIBACAKAN,BOLEHKAH USTAZ?
Kita kena menghayati setiap doa yg dibaca. Org yg lalai tidak akan diangkat doanya.Berdoalah dgn yakin dan yakin doa akan dimakbulkan Allah. Kata Nabi tidaklah sesuatu kaum yg tidak mulakan sesuatu majlis dgn zikir (doa) atau Al~Fatihah melainkan mereka seperti bangkai dan berada dalam penyesalan.
Jangan tergesa~gesa minta doa dimakbulkan oleh Allah.Ketika ziarah org sakit,doakan kebaikan kepadanya.
BAGAIMANA JIKA BERDOA DGN PERASAAN PENUH MENGHARAP DAN RASA SAYU SEHINGGA MENANGIS BERLEBIHAN?
Menangis tidak salah ketika berdoa kerana air mata itu adalah air mata penyesalan.
Jika menangis yg dibuat~buat atau main² tidak dibolehkan.Menangis dihadapan org dgn sengaja utk menunjuk~nunjuk juga tidak boleh.
Dalam berdoa kena sabar,sabar dgn ketetapan Allah kerana Allah tengok apa yg hambaNya minta dan bangun malam,mintalah pada Allah.
BERDOA KENA YAKIN DAN BERSUNGGUH~SUNGGUH...TIDAK BOLEH BERSIKAP WAS²...JANGAN ADA PERKATAAN ALLAH NAK TERIMA,TERIMALAH TIDAK TERIMA TAK PE..
(tidak boleh berdoa sebegini) ☝
BERDOA JANGAN SAMPAI MENGGANGGU ORANG LAIN YG SEDANG SOLAT...
#InSyaaAllah_Aammiin
#BiarTahuJanganKeliru
Maq Copypaste dari group Pengetahuan AlQuran. Perkongsian dari Puan Zarina Lyn 😊
sekadar hiasan*