Kek Coklat kukus Cara Maqnie


Assalaumualaikum

Harini maq nak kongsi resepi kek kukus coklat yang pada maq sangat mudah dimasak . Dimasak dengan cara mengukus , so simple !

Bahan bahan  :

1cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbok koko
( dua bahan ini diayak )

2biji telur ayam
1cawan gula pasir
1sudu teh vanila esen
1cawan minyak masak
1cawan susu cair

( semua bahan diblender kecuali bahan yg telah diayak  )

Bahan yang diblender dimasukkan dalam bahan yang telah diayak . Kacau adunan hingga sebati . 

Sapu acuan dengan sedikit minyak masak .

Tuang adunan kedalam acuan , kukus selama 30 minit . Jika anda guna acuan yang besar , masak selama 1 jam . 30 minit tu untuk acuan macam maq pakai dibawah ni .

* Bekas segiempat tupperware *


Bekas ini boleh digunakan untuk mengukus makanan .


Untuk adunan diatas ,maq dapat 2 biji kek kukus dengan bekas ini . Anda biasa lihat bekas macam nikan ? Biasanya tupperware datangkan satu set dengan 2 pcs .


Maq guna kukusan periuk nasi keluaran panasonic yang boleh memasak dengan pelbagai cara masakan . Mengukus dengan periuk elektrik ini ,ianya dapat hasilkan kek yang sama rata masaknya , sebab suhu dia sama , jangan blackout sudah .



Masak serata kan ? Yummy ..


Hasilnya !! Alhamdulillah, lembut dan gebu


Sungguh maq cakap ,memang sedap ! Sangat mudah untuk menyediakannya ! 

Dan bukan je orang perempuan boleh masak  ,orang lelaki ( ayah ayah )  kalau sesekali nak buat kejutan buat isteri tersayang , cubalah buat kek cokelat kukus maq ini . Mesti isteri anda tersenyum  sambil masukkan cebisan kek kedalam mulut . Ketika tu ,kalau ayah ayah ada permintaan , cepat cepat lah cakap .. hehehehe in sha allah , isteri anda akan kata ..boleh jeeee banggggggg ..

Try tau ! Selamat mencuba ^^

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Himpunan Doa Arafah 2025

Berkorban Apa Sahaja

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Ujian Waktu Cuti Panjang