Ahli syurga meraikan malam jumaat


Assalammualaikum

Malam tadi dengan keizinan Allah swt , rumah maq telah dikunjungi kumpulan yasin kanak kanak dan remaja yg dibimbing oleh ustazah Normah . Ustazah Normah ialah antara tenaga pengajar kelas al-Quran yg beroperasi di tempat tinggal maq .

Alhamdulillah bersyukur sangat sangat kerana ahli ahli syurga ini dapat mengalunkan bacaan demi bacaan ayat ayat suci alQuran dengan fasih dan tajuid yg betul . Mereka mendoa ,mereka mengamin , mereka membacanya . Semua tu buat maq sangat  terharu dan rasa sangat bersyukur . Kerana diluar sana , ramai lagi kanak kanak seusia mereka yg tak reti baca al Quran , tak tahu apa itu surah yasin ,apa itu zikir zikir dalam bacaan tahlil . Bukan salah mereka , tapi mereka dibelenggu  oleh ketidak bertanggungjawabnya seorang nakhoda dalam keluarga mereka . Ye , ada golongan yg tidak menganggap belajar alQuran itu wajib , penting dan sangat perlu.

waallahhualam ...





Alhamdulillah .. pelapis ummah yg menceriakan malam jumaat yg penuh keberkatan. Semoga Allah permudahkan semua urusan dunia dan urusan akhirat anak anak ini dan ahli keluarga mereka, dan tak lupa juga ahli keluarga kita semua . Amiin ya Robbal a'alamin ... insyaAllah .

Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Usaha ,Doa & Tawakkal

Memori Sepanjang Shawal 2026

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026