Ada orang belanja Maq

Assalammualaikum

Lamanya tak membebel diblog . Bukan dah tak berminat tapi kehendak dunia sebenar lebih tinggi berbanding dunia alam maya ni .

Blogging memerlukan satu suasana yg tenang dan tenteram , barulah idea cantik je dicurahkan . Tapi rasanya jika keadaan agak serabut ,elok abaikan je blog sekejap , bukan apa , dikhuatiri maklumat yg nak disampaikan tersasar dari tujuan asal . Hehe sekarang ni waktu anak asuhan maq sedang diulit mimpi , makanya jarini pun layak menari kemari .

Semalam 10 mei katanya hari ibu . Tapi pada maq ,harini pun hari ibu , hari bapa . Esok pun juga . Esok punya esok pun serupa  . Setiap hari ialah hari ibu ,hari bapa .Yelah selagi kita punya ibu dan ayah . Selagi itulah mereka layak dirai kan . Bukan sahaja pada ucapan , tapi pada perbuatan serta pada tanggungjawab. Tak perlu menetapkan tarikh tertentu yg direka oleh mereka itu .


Walau bagaimana pun , apa bila anak anak mula menghargai ibunya dan ayahnya , sekali lagi maq menerima hadiah , semalam .

Anak anak belanja maq dan ayah mereka makan hidangan makan malam dalam packge 10 jenis lauk disebuah restoran makanan laut ala Thai ! Subhana allah  mengah , tapi Alhamdulillah lah sebab rezki ini datang dari Allah melalui perit jerih mereka berkerja  . . .berpeluh peluh kami ber 5 nak bereskan hidangan tersebut . Mohon jangan buat selalu ye anak anak maq . Perut maq agak hodoh selepas habiskan  semua makanan . :)

Dan dirumah pulak , maq terima satulah hadiah dari puteri sulung maq , iaitu ...





Dan bila maq cakap , untuk apa habiskan duit mereka untuk semua ni , simpan lagi bagus , tapi kata mereka ...

Kami tak kesah habiskan duit semata mata untuk emak kami . Dan emak jangan risau , ada sahaja rezeki Allah akan ganti untuk kami kalau kami dah kongsikan rezeki kami kepada emak dan ayah . Love you emak ...


Dan maq cuma mampu terdiam dan bersyukur . Walaupun mereka bukan graduan lepasan Universiti ,atau seorang pensyarah mahu pun  seorang doktor pakar , dengan gaji tak tinggi , mereka masih punya perasaan hargai kedua ibubapa mereka . Setiap bulan ada saja wang saku untuk kami , hadiah hadiah , makan makan dan kasih sayang .

Sebenarnya yg last tu yg amat maq dan semua ibu ibu diseluruh dunia mahukan , bukan wang ringgit ataupun harta benda . Mohon Allah peliharakan kesejahteraan keluarga kita dan peroleh zuriat yg menyelamatkan kita didunia dan akhirat ... amin

Berkecahnya ....

Popular Posts