Skip to main content

Si Bongsu Manja Maq

 



Assalamualaikum ...


Anak bongsu  maqnie buat kejutan.Pulang dari sekolah dengan wajah yang murung.Airmatanya mengalir dipipi.


Maqnie terkejut.Laa dah kenapa ??


Dia hanya mampu merenung maq dalam linangan airmatanya tanpa bersuara. 


Ditunjukkan jari ke hidung .

Laa kenapa  ? hidung berdarah  ??? 


Dia gelengkan kepala.


susah nak bernafas .. jawapnya perlahan.


sebab apa  ?? 

Selsema  ...dia jawap perlahan dan air mata nya masih menitis-nitis di pipi jatuh ke karpet rumah.



demam ea? maq soal dia lagi.


A'ah ..tadi masa kat perhimpunan , badan aida tetibe sakit ,lepas tu terus rasa sejuk macam nak demam.

so ni demam ke ?? maq banyak tanya ...


Dia mengganggukkan kepala sambil menangis . 


Dah pergilah tidur ,petang tak payah la sekolah agama ,nanti maq SMS kat orang van.Pergi tukar baju tu dulu.


Dia terus menyalin baju sekolahnya dan tidur.


Petang selepas suami maq pulang dari menziarah ibunya dikampung kami bawa si bungsu ke poliklinik berhampiran.

Nak ke klinik swasta nanti kena charge mahal  hahaha so pergi lah ke klinik kerajaan ,takde charge apa-apa pun.

Alhamdulillah ..

Waktu sampai ke klinik pukul 5.35 pm ,makanya kuranglah pengunjung ,akhirnya tiadalah penantian yg kerap terjadi KKBP.



Waktu pemeriksaan ,doktor kata suhunya 39darjah.


ye suhu panas yang tinggi dan doktor pesan suruh mandi lepas balik rumah nanti.Diberi ubat sebanyak 4 jenis termasuk cecair untuk berkumur kerana tekak aida sudah bengkak.


Aida dapat cuti sehari lagi dan dapat ubat banyak.Yang sebenarnya Aida terkejut sebab kena bersekolah pada hari AHAD  buat pertama kali dalam hidupnya barangkali hehehe


Semuga cepat sembuh ye Manja...


Comments

Popular posts from this blog

Jadi Mangsa Keadaan - Perang

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan. **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

10 Malam Terakhir Dalam Kenangan

Gambar sekadar gurauan  26 Ramadhan 1447H Bismillah, Lama sangat blog ni sunyi.All out untuk ramadhan guys hehehe konon konon lah kot. Padahal tuan badan busy dengan tanggungjawab hakiki.Itu yang pasti. "Allahhumma Balighna lailatul qod" Malam ni dah masuk malam ke 27 ramadhan bagi umat islam di Malaysia. Dulukan masa zaman maq memuda dulu  ,orang tua kami bercerita,10 malam terakhir kalau jumpa hal pelik pelik itulah tanda kehadiran lailatul qodar.Mintalah apa pun,pasti maqbul. Pernah satu malam tu,maq tolong abah mengecat anjung rumah.Rasanya umur antara 12/13/14 tahun kot,lupa dah. Dalam pukul 10 macam tu,tengah ralit sapu cat, tetiba sekor lipan besar yang warna hitam kemerah merahan lalu betul betul depan maq.Lipan tu berhenti dan terdiam depan maq dalam beberapa saat. Maq pulak sejenis budak yang tak geli pun lipan (maklomlah budak kampung tulin) cuma maq tak nak dia mengigit je.Tapi yang lawaknya tetiba dalam otak  muda maq boleh pulak terfikir , " eh,tah tah inil...

Tukar Jenama Ubat Darah Tinggi

  Bismillah, Sehingga hari ini, Maq masih lagi ambil ubat untuk stabilkan tekanan darah tinggi. Semalam masa ambil ubat difarmasi KK Batu Pahat,ubat darah tinggi maq telah bertukar jenama lain. Jika sebelum ni maq makan ubat yang ni, Tapi semalam, farmasi dah tukar ubat keluaran kilang lain pulak.Macam ni haa rupa ubat dan kotaknya, Nama pun dah lain.Bila ditanya ahli farmasi,apakah ini ubat baru? Beliau jawab , "masih ubat yang sama tapi dari kilang yang berlainan..." Okey, jadinya tadi sebelum makan ubat ,maq buat siasatan di google.Ini maklumat yang maq dapat. Perindopril adalah perencat ACE yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensil),penyakit arteri koronari yang stabil dan kegagalan jantung. Ia merendahkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan jantung, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Kesan sampingan yang biasa termasuk batuk kering ,pening dan sakit kepala. Masa sahur tadi maq dah makan sebiji ,so kita tunggu hasilnya.Kalau sebelum...

Mee Kuning Halal Toyyiban

Assalamualaikum. Alhamdulillah.. Mee kuning NuMee Gardenia akan dijual mulai 15/5 di kebanyakan outlet jualan roti gardenia. Yang pertama di Malaysia yang di pasteur utk membunuh bakteria. Hanya simpan pada suhu bilik. Di buat di kilang baru serba moden. Halalan toyyiban..tak perlu bimbang lagi dengan pihak pihak yang guna nama bunyi keislaman utk perdayakan pengguna islam. - sumber group whatsapp 

10K KWSP Diluluskan

  Assalamualaikum. Ramai seronok bila PM umumkan wang KWSP boleh dikeluarkan lagi dalam pengeluaran khas KWSP RM 10,000. RM 10 Ribu bukan jumlah yang sedikit bagi mereka yang berpendapatan sederhana & rendah. Banyak boleh dilakukan dengan RM10ribu tu. Lebih lagi dalam zaman terdesak sekarang ni. Zaman dimana semua harga barang NAIK. Dengan RM10K  tu banyak benda boleh buat. Dulu, waktu maq baru memasuki alam remaja ,lepas  SPM maq pernah bekerja disalah sebuah syarikat pengeluar pakaian dibandar Batu Pahat. Bila tengok pada slip gaji rupanya ada dibuat pemotongan KWSP , padahal masa tu gaji baru RM4.00 sehari. Allahhu kecil sangat gajinya kat tapi gaji yang rm4.00 sehari tu boleh bantu orang tua lagi ko.  Lagilah maq anak sulong, bila hari gaji mesti nak ajak adik adik pergi makan kat bandar. Tak taulah boleh pulak cukup tu ,padahal rm4.00x26 hari ,tolak kwsp ,baki berapa rm sangat lah kan. Tapi balik makan boleh lagi pergi shopping. Keberkatan tu kena ada ,insha...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Suami You Kan Tak Kerja,Dia Buat Apa je Dirumah?

  Beliau ♥️ Bismillah, Kongsi sikit kisah keluarga sendiri.Nak cakap pasal keluarga oranglain tak boleh ,kita bukan duduk serumah pun dengan mereka ,so jangan nak memandai. Pernah satu hari.Waktu maq hadiri majlis kenduri kawin sorang sahabat.Sesaorang telah bertanya;  " suami you kan dah tak kerja ,so dia buat apa je kat rumah tu? "  i is :  telinga berdesing ,jantung dupdap dan hati seperti nak retak.Dalam minda ni berselirat urat mikir,ngkau ni takda soalan lain ke nak tanya? kenapa tanya pasal suami i??! Tapi maq beri jawapan dengan tenang.So sahabat maq pun berpuasati dengan jawapan yang maq beri.Padahal jawapan tu hanya⅒ je dari aktiviti harian encik suami. Yang sebenarnya aktiviti beliau padat.Ini list hakiki yang encik suami buat hari hari.Dari celik mata sampai beliau masuk tidur.       ------------------------------------------------------- 5.00 am - Mandi & siap siap untuk ke masjid 5.30 am - Dah gerak ke masjid 6.30 am - Basuh kain baju...

Permintaan Aida

Assalammualaikum.. Harini Jumaat. Anak anak tak ke sekolah.Walaupun anak maq yg bercuti ni cuma dua orang tapi pepagi lagi dah riuh rendah rumah kecik maq ini. Kalau si Aida sibuk dengan search  hanset baru digoogle.Manakala si Etty pula asik melayan kan aja karenah adiknya yang sorang tu.Itu belum lagi pegang duit ( bekerja ) dah ada macam macam angan dia . Tapi bila  suasana riuh rendah jadi makin kacau bilau tiba tiba Aida menjerit ! Katanya ... '' MAK !! AIDA NAK ADIKKKKK !!! " ahhh sudahhhh....  Agaknya dia search adik kat google tapi tak jumpa ke?? Masyaallah bukan memain permintaan ni !?  Dah macam takde benda lain dia nak mintak ek?  Maq tahun ni dah 45 tahun ... Ingatkan malas dah nak belai baby kecik kecik ni.Yang ada ni pun dah cukup bagi maq rasanya.  Anak sendiri , anak asuhan.Maq pun baru tolak 2 permintaan orang nak hantar anak baru baru ni.Bukan sombong atau memilih.Tapi dalam usia 45 ni , rasanya tiba dah waktu mencari ker...

Jangan jadi pokok pisang

Assalamualaikum Salam jumaat yang penuh kebarokatan .  Syukur jika kita masih lagi menjadi manusia yang dipandang mulia oleh manusia disekeliling apatah lagi disisi Allah .Amat berduka cita bila mana kita menjadi manusia yang terpinggir oleh masyarakat dan orang ramai hanya kerana perangai tak elok milik kita . Oleh dengan itu , hargai setiap penghargaan dan penghormatan yang diberi oleh manusia kepada kita . Dan elakkan perangai pokok pisang , kerana .. Kerana perangai seperti yang diatas itu ,bukan saja kita dipandang rendah ,tetapi setiap hari kita akan dibenci oleh manusia lain hanya kerana kita punya jantung tetapi "tiada hati ".  Na'uzunilla hii min zaliQ . Pesanan ini buat diri maQ sendiri juga . Selamat Beramal ~