Skip to main content

Hikmah 10 terawal dan terakhir


Assalamualaikum.
Harini Rabu 30hb Ogos 2017 masihi bersamaan 7hb Zulhijjah 1438 Hijrah. Hujung bulan September nanti masuk sudah tahun baru Hijrah (bulan Muharam) 1439.

Dapatkah masa menunggu kita?

10 hari pertama pada bulan Zulhijjah adalah masa terbaik untuk tambah amalan? Ya Betul.

Kalau kita lihat pada bulan Ramadhan , 10 malam terakhir adalah malam malam dimana umat islam bersungguh sungguh mencari pahala kerana antara malam malam tersebut akan belakunya malam lailatul qadar, selain mereka meraih pahala dari berpuasa , sedekah ( bayar zakat fitrah) dan solat solat wajib dan solat sunat terawih.

Begitu juga dalam bulan Zulhijjah. Ditanah suci Mekah manusia berpusu pusu mengerjakan ibadah haji , di serata dunia , muslim dan muslimah berpuasa ,bersedekah daging qurban , bertakbir dan bertahmid ,zikir serta melakukan solat wajib dan juga solat solat sunat. Allah hu , dan apa yang lagi indah dengan adanya hari Arafah. Dimana tahun ini ianya jatuh pada 31 Ogos 2017 , lepas waktu Asar.



Muslim dan muslimah dinasihatkan agar memanjatkan doa , berdoalah bersungguh sungguh kepada Allah , mintalah yang baik baik demi kehidupan didunia dan diakhirat. Beruntunglah bagi mereka yang dapat melakuan semua amalan pada tarikh tersebut. Ya , sebagai hamba ,kita layaknya berusaha.

1439 Hijrah? Ya ,insha Allah bakal menyusul beberapa minggu lagi. Sudahkah kita sedar bahawa zaman umat Muhamad sudah pada zaman penghujungnya? Atau kita masih merasakan umur kita  akan diteruskan sehingga seribu tahun lagi?

Orang lain tak dapat ubah kita. Untuk satu peningkatan dalam hidup kearah lebih baik dan lebih barokah. Hanya kita yang layak mengubah diri kita sendiri.Sebab ?

Hanya kita je yang tahu berapa lama kita sudah lupakan AlQuran . Berapa lama kita dah leka dengan nikmat Allah kat atas dunia ini. Berapa kerap kita dengar muzik berbanding kita layan ceramah agama? Berapa kali dah kita mengumpat saudara muslim kita? Berapa banyak fitnah sudah kita reka? MasyaAllah ( bertanya juga maq pada diri sendiri ) ampunkan aku ya Allah , 😭

Ya ,hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Orang lain tak tahu . Kenapa ? Sebab Allah dah jaga aib kita. Sehingga kita sangka kita takda buat dosa dan orang lain pun sangka hal yang serupa. Astaghfirullah halazim.

SubhanAllah.
Alhamdulillah,
Laillahhaillallah ,
Allah huakhbar.

Nota maq : tua bukanlah tiket untuk mati..





Popular posts from this blog

10 Malam Terakhir Dalam Kenangan

Gambar sekadar gurauan  26 Ramadhan 1447H Bismillah, Lama sangat blog sunyi.All out untuk ramadhan guys hehehe kononnya lah kot.Padahal tuan badan busy dengan tanggungjawab hakiki.Itu yang pasti. "Allahhumma Balighna lailatul qod" Malam ni malam ke 27 ramadhan bagi umat islam di Malaysia. Dulukan masa zaman maq memuda dulu  ,orang tua kami bercerita,10 malam terakhir kalau jumpa hal pelik pelik itulah tanda kehadiran lailatul qodar.Mintalah apa pun,pasti maqbul. Pernah satu malam tu,maq tolong abah mengecat anjung rumah.Rasanya umur antara 12/13 tahun kot,lupa dah. Dalam pukul 10 macam tu,tengah ralit sapu cat, tetiba sekor lipan besar yang warna hitam kemerah merahan lalu betul betul depan maq. Maq pulak sejenis budak yang tak geli pun lipan (maq budak kampung tulin) cuma maq tak nak digigit je.Tapi yang lawaknya tetiba dalam otak  muda maq boleh pulak terfikir , " eh,tah tah inilah jelmaan malam lailatul qodar tu.Kalau betul lah kan ,aku tak nak mintak lebih lebih,aku ...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Kisah Anak Anak Maq Berpuasa

Bismillah, Harini Jumaat. Semoga segala usaha kita hari ini diberi keberkatan dan berjalan lancar. Diam tak diam sudah hampir seminggu bulan sya'baan 1440H. Mana yang belum habis bayar puasa tahun lepas tu cepat cepatlah buat qada'. Tak elok melambatkan bayar hutang tau. Tapi kata anak bongsu maq : " eee ..leceh betul lah puasa kalau  orang lain tak puasa , dugaan tu kuat sangat,kadang tak daya nak menahan . Lagi lagi kawan sekolah tu. Sedap dia je makan minum depan kita. Dah elak macamana pun tetap nampak dia orang makan minum. Makk..esok Aida puasa tau.." *dengan nada perlahan Aida beritahu ,esok dia nak bayar hutang puasa tahun lepas.. Maq cuma senyum bila dia mengeluh gitu.Nak tergelak pun ada Itulah pandangan orang yang terlalu muda dalam rumah maq ini. Maq cuma nak dengar je apa pendapat dia. Ternyata dia  masih jenis yang banyak alasan . Padahal nanti bila dia dah kerja ,lagi besar dia punya dugaan bayar puasa. Dan masa tu dia nak salahkan siapa? Orang jual...

Jangan Terlalu Beratkan Minda Semata Untuk Dunia

  Gambar sekadar hiasan** Bismillah... Diam tak diam syaaban dah nak pergi ,ramadhan pulak bakal jadi pengganti. Harap harap tahun ni dapatlah kita bertemu dengan ramadhan 1447. Terlalu banyak spikulasi berkaitan ramadhan pada tahun 2026 ini. Disemua laman sosial,pakar pakar sibuk mengulas pelbagai isu semasa dan isu mendatang. Terkini,manusia global meramalkan dalam bulan ramadhan 2026 nanti banyak isu akan belaku.Mereka cerita pasal perang WW3 ,pasal krisis makanan,pasal kemunculan  imam Mahadi  ,pasal blackout /dukhon dan semua itu telah pun menjadi perbualan hangat didalam group group warganegara Malaysia khususnya. Sebagai salah sorang warganegara dinegara ini, maq taknak ulas semua hal yang di spikulasikan itu.Bagi pihak maq,semua boleh laku jika Allah izinkan.Andai Allah tak izinkan,semua takkan belaku. Hidup ini memang sentiasa diuji.Makanya kenapa nak fikir hal yang belum pasti? Adalah lebih baik rebut peluang dalam janji janji Allah.Sebab nanti,hujung hujung pad...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Senaman Bersesuaian Penyakit

  tekan gambar untuk penerangan yang lebih jelas Bismillah, Rupanya setiap penyakit ada kesesuaian dalam lakukan senaman dan pergerakan harian kita.Kalau tengok pada gambar, setiap senaman ada dijelaskan berkaitan penyakit penyakit tertentu. Sengaja dikongsikan diblog untuk tambah tambah ilmu dunia sesama kita.Semoga beri manfaat.Moga jadi pahala kepada pemilik gambar. Credit to owner 💕

Pantai Puteri,Melaka 2022

 Assalamualaikum. Semalam 1 Rejab 1443H.Waktu sedang sarapan ,encik suami ajak keluar.Dia kata pukul 9 .00 dah boleh gerak dan jangan lupa bawa kain telekung & sejadah. Haa..ni petunjuk bahawa kami akan jalan jauh.Bukan sejam dua jalan jalannya tu maq rasa. ok, sepantas kilat maq&aida bersiap. Dan tepat pukul 9.00 kami bertiga gerak keluar dari rumah. Kemana ? Bila dah masuk ke lebuh AMJ ,Maq syak kami akan ke Melaka ! Tapi kemana? Encik suami : Yang ,cari arah jalan ke Pantai Puteri.. Maq pun buka map google.1 jam 45 minit ,kami pun sampailah ke distinasi yang encik suami nak tu.Perjalanan tak jauh sangat tapi kesesakan lalu lintas dah melambatkan masa .Takpa ,janji dah selamat sampai. Alhamdulillah... ***Assalamualaikum orang Pantai Puteri ,orang Bee Pee nak tumpang menikmati keindahan disini kejap ya...*** Ceh ,mukaddimah dia .. sangat damai & tenang... Apa yang ada di Pantai Puteri? Pantai yang bersih✅ kawasan pantai yang panjang&luas✅ Air laut boleh mandi manda...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Muslim Malaysia Beruntung

  Bismillah, Harini hari Jumaat bersamaan 9 Zulhijjah 1446H.Beruntung sangat kita ni jadi umat islam di Malaysia. Semalam -  muslim di Malaysia dapat berpuasa sunat tarwiyah dan dalam masa yang sama jemaah haji di Saudi melakukan wukuf di Arafah ,berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan. Inshaallah adalah tu terselit sesikit doa doa yang dipanjatkan untuk orang muslim di Malaysia kan.  Biarpun kita tak lakukan haji tahun ni. Kita pun masih boleh berdoa waktu mereka disana juga berdoa.Moga Allah makbulkan semua doa kita dan doa tetamu² Allah itu ...Aamiin. Ibadah puasa sunat tarwiyah tak habis macam tu je,lepas maghrib kita sambung lagi dengan bacaan surah Al Khafi , selawat dan baca doa lagi. Sebab malam tadi malam Jumaat. Masyaallah semua itu merupakan aktiviti yang menjadi rutin setiap orang islam di Malaysia bila tibanya malam Jumaat kan? Tapi malam Jumaat kalini sangat istimewa sebab kita baca surah khafi dan berselawat serta berzikir pada malam Jumaat ,termasuk pulak...