Assalamualaikum.
Salam Maal Hijrah 1444.
Bila maq check ada entri yang dikomen tapi bila masuk kat blog takda pulak, hati terus lah jadi celaru .Kenapalah blog nak buat magik pulak ni, rasa macam tak lawak okey..
Lepas beberapa lama bila maq perati,laaa rupanya komen tu disorokkan dulu.Bagi owner blog luluskan barulah publish ..adeh,maq pun satu ,benda mudah macam itu pun tak reti reti nak paham hehehehe..
Bukan apa, sebelum ni maq memang takda pun setting nak sorokkan komen komen tu . Mungkin banyak sangat kot komen yang berunsur tak sihat diberi so blogspot pun settinglah elok elok bagi suasana jadi tenang & damai gitu.
**cewah padahal memandai mandai je maqnie ni hehe
Bytheway terima kasih la kat sahabat blog yang rajin beri komen kat blog maqnie ni.Contohnya Wak Warisan Petani & Dana serta tukang tukang komen yang sudi mengomen kat blog maq.
Thanks ye,nanti bebila maq belanja minum cendol kat Batu Pahat hehe.
okey dah boleh rasa lega dah ni.Problem dah tak jadi masalah lagi.Alhamdulillah..
Eh sebelum tu,jomlah kita doa sesama.Moga moga Allah makbulkan semua hajat kita.
Aamiin Allahhumma Aamiin..
Comments
Kita print komen yang sesuai dan bukan spam sahaja
Aamiin doa2nya