Skip to main content

Ainul sebelas bulan


Assalamualaikum.

4hb March 2019 - cucu pertama maq ,sudah pun berusia 11bulan. Alhamdulillah , makin hari ,ainul semakin bertambah aktif , ceria dan tok mak semakin penat melayan ,haha tok mak dah tua dah ainul ,tak boleh dah nak aktif lebih.  Senyum lebih lebih boleh la hehehe .

Bila lagi sebulan dah nak setahun umur Ainul , terasa sangat sangat pantas masa berlalu. Alhamdulillah , ainul anak yang senang dididik .
Sebelas bulan :

*gigi atas bawah dah berlumba lumba nak keluar.

*Ainul dah taknak makan bubur nasi , lebih suka meratah ayam ,ikan ,labu manis ,karot , kentang goreng dan karipap ! Ya karipap tapi Inti kena buang lah 😂

Sekarang ni pun  dia dah mula belajar berdiri tapi masih takut takut nak melangkah. Cuma berani bila ada sokongan dari permainannya tu. Macam dalam video bawah ni.



Ainul semakin lasak sekarang. Beberapakali jatuh bila dia cuba bermain dicelah celah perabut rumah maq. Muka pun ada je calar balarnya. Apa yang lawaknya tentang ainul ni , macam macam permainan mama dia bawa kerumah ini untuk  dibuat main , tapi ainul tetap nak main senduk , penyapu , mangkok ,periuk ,bakul baju ,baldi , besen mandi , bawah meja , bakul sampah ,bilik air , dan macam macam lagi !


Dan yang terkini dia sudah belajar belajar nak masuk dalam kabinet pinggan mangkok pulak,😂. Alhamdulillah ,masih belum boleh lepas sebab saiz badan ainul tu besar dan kabinet tok mak tak cukup ruangnya  .. hehe.

Antara permainan permainan ainul yang mama bawa kerumah tok mak.

Semoga Ainul menjadi hamba Tuhan yang solehah ,yang boleh berbakti kepada mama dan papa dia satu masa nanti. Aamiin..

Comments

  1. alhamdulillah tahniah untuk semua dan ainul. nama anak saya ainulhayat aufa. hehe ada persamaan ainul jugak ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..t.kasih. semoga Ainul kita menjadi anak yang berjaya dikehidupan dunia dan akhirat..aamiin :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercukur Sah Tapi Rugi

  Masjid Dato Bentara. Bismillah, Semalam maq join kursus asas haji untuk minggu ke 8.Orang Batu Pahat memang lambat sikit sebab kami mula kursus pun lambat. Maq nak kongsi apa yang pembimbing kursus kongsikan semalam.Ianya berkaitan bertahallul bercukur /bergunting bagi jemaah lelaki haji dan umrah. Jemaah perempuan dah confirm bertahallul cara bergunting sahaja so korang dah boleh bertenang tenang sekarang ye. Dan jemaah lelaki yang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bercukur pun dah boleh tenang tenang. Entri ini fokus pada jemaah yang nak bertahallul cara bercukur sahaja ( botak ). Ok macamni.Semalam kata ustaz pebimbing KAH ,orang lelaki kalau nak dapatkan ganjaran pahala sebanyak jumlah rambut yang ada dikepala,adalah lebih afdal bercukur.Kerana dosa dihapuskan dan derajat akan dinaikkan sebanyak jumlah rambut yang gugur selepas dicukur. Kalau ikut pengalaman maq semasa 2 kali pergi umrah ,apa yang mutawwif kami waktu tu jelaskan, jemaah lelaki boleh gunting dahulu sedik...

Kisah 'Saya'

  sekadar hiasan. Bismillah, Saya ada pengalaman lebih 2 tahun sakit lutut. Masa memula kena tu,saya rasa pelipat lutut rasa ketat,rasa berat nak melangkah.Tapi belum rasa sakit cuma rasa sengal sengal. Waktu tu saya sedang uruskan jenazah arwah Abah dibilik mayat HSNI.Abah meninggal selepas waktu asar dan jenazah abah diuruskan pada waktu hampir Maghrib . Masa saya buat surat pengesahan kematian dan permohonan mandi jenazah, kat luar hujan turun kejap lebat ,kejap gerimis.Dan ianya berulang ulang dan tidak berhenti. Masatu saya dan suami je ada disitu.Ustaz dan petugas je yang buat proses mandikan manakala saya disuruh talipon mana mana van jenazah dikawasan berhampiran bandar Batu Pahat yang boleh berurusan pada waktu tu.Bila Azan maghrib ,akhirnya saya berjaya dapatkan van untuk membawa jenazah abah balik ke rumah kampung. Masa solat maghrib kat surau hospital pun saya makin rasa ketat pada pelipat lutut tapi saya buat degil je,solat je macam biasa. Selepas siap solat maghrib, u...

Healing Di Pantai Minyak Beku

  Bismillah, 'Healing' ke Pantai Minyak Beku pada Sabtu 21/11/2026.Lepas solat asar kami bertiga gerak ke pantai ini semata mata nak lihat keindahan alam ciptaan Allah. Pantai. Awan hitam yang berarak. Langit petang yang indah. Cahaya Matahari yang semakin samar. Perahu dan bot bot nelayan. Air laut & ombak kecil. Batu batan berbagai rupa dan bentuk. Pohon pohon ditiup angin pantai. Burung burung gagak. Pengunjung. Kaki kaki pancing. Masyaallah,indahnya ciptaanMu yaa Allah. Bila dah nak masuk waktu maghrib,kami pun siap sedia untuk balik. Nak 'healing' ni,tak perlu pun kena pergi jejauh. Melihat dengan rasa syukur pada alam semulajadi yang berhampiran sahaja pun dah satu nikmat. Bertarung dengan kenderaan lain yang banyak diatas jalanraya yang sesak untuk satu perjalanan yang jauh bukannya dapat merehatkan minda ,malah makin buat jiwa jadi semakin stress.Tak caya cuba!  Dah,jom kita balik!

Selawat Sampai Kiamat

  Bismillah, Harini Jumaat 20hb November 2026.Ye,semua orang yang masih hidup sudah tahu yang hari ini adalah hari Jumaat. So? So,takda yang terlebih afdhal dilakukan oleh lelaki islam dan wanita islam bila hari Jumaat selain dengan berselawat keatas junjungan nabi Muhamad SAW ,ahli keluarga baginda dan sahabat sahabat baginda dengan sebanyak selawat yang mampu. Jom berselawat kejap. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Guys,korang tau tak.Amalan wajib korang seperti contoh solat,puasa,sedekah,pergi haji atau umrah dan yang lain lain tu belum tentu Allah terima 100% tapi kalau korang berselawat dengan keadaan terpaksa sekali pun ,Allah janji Allah akan terima.Malahan diganda dengan 1 selawat bersamaan 10 ganjaran pahala.Nak tak? gambar dari telegram ❤ Kenapa Maq kerap sangat ulang point suruh berselawat dalam blog ini? Semua dengan izin Allah,Guys.Maq pun tak tahu kenapa.Yang Maq tau,Maq akan sentiasa bertanya dengan orang yang Maq sayang; "you dah selawat...

Brisk walk 24 November 2026

  Jalan Rahmat,Batu Pahat. Bismillah, Ini trek baru kami brisk walk sekarang.Jalan tepi Parit Dhobi tu dah tak lalu lagi. Kenapa? Kadang kadang ada anjing berkeliaran disitu.Mungkin anjing anjing tu ikut tuannya brisk walk jugak kot. So minggu ni kami try kat Dataran pulak.Sekali tu nak jadikan cerita ,ada 4 ekor anjing berkeliaran pada hari kedua kami brisk walk disitu. Aduhhai... Merata rata dah haiwan ni sekarang ek.Antara alasan maq dan encik suami tidak brisk walk ditaman kami pun disebabkan banyak anjing berkeliaran disitu.Pernah ada kes orang jogging 'dikerjakan' anjing.Kami pun rasa seram! Mercu tanda Bandar Batu Pahat. Satu je maq pelik ,pagi tadi belum pun pukul 7.30 pagi tapi orang orang dah mula kurang dikawasan dataran ini.Kereta pun tak banyak yang parkir tepi jalan tu.Kenapa ek?Harap harap tidak hal buruk belaku. Maq tanya kat encik suami,kenapa agaknya harini sepi? Apakah ada yang dikejar anjing? Tapi kata beliau mungkin mereka dikejar masa. Melawak pulak dia ny...

Dulu ,Sekarang Dan Fake

  Bismillah, Gambar diatas ini adalah hasil kami jalan jalan hari ini. Bermula dari bulan Mei 2026.Harini 21hb November 2026.Hasilnya belum  nampak ketara sangat sebabnya tengah syok berjalan jalan,diuji dengan jerebu yang paras bahaya pada bulan September dan Oktober .So terpaksalah 'skip' selama hampir lebih 5-6 minggu. Gambar bawah ini pulak ,rekod masa mula mula belajar berjalan jalan satu masa dahulu. Semoga usaha untuk kesihatan diri ini Allah beri kan kami pahala.Aamiin. ❤ Dan gambar dibawah ini adalah 'fake result' sebab maq lupa nak stopkan aktiviti kat aplikasi brisk walk tu.Luncur je naik motor sampai rumah.Kehkehkeh sorry 😂

Khasiat Bulu Jagung

  Bismillah, Semalam maq ada jumpa satu posting kat fb berkaitan bulu jagung yang ada dijual dipasaraya.Pemilik fb tu bertanyakan soalan,apa fungsi bulu jagung sampai boleh dijual dipasaraya? Ada beberapa orang netizen balas dengan berbagai komen yang menarik. Ada yang kata di Korea ,pengusaha buat teh bulu jagung dan dipacking dalam uncang.Macam teh uncang yang biasa kita jumpa dipasaran dinegara kita.Mereka jadikan teh bulu jagung sebagai minuman herba. Ada yang lain beritahu,bulu jagung banyak khasiatnya.Tapi ramai yang tak tahu,mereka ambil jagungnya sahaja ,bulunya dibuang. Tapi Maq tertarik dengan 2 komen dalam posting tersebut.So Maq pun salin dan tampal dalam blog ini.Kalaulah ianya bermanfaat, biarlah komen mereka jadi jariah dan beri kebaikan yang berpanjangan. Photo dari google ⭐⭐Netizen 1- Selalunya orang beli bulu jagung bukan untuk makan macam sayur, tapi untuk buat air teh. Manfaatnya, 1. Untuk kencing yang lawas - paling famous. Orang yang susah kencing, kencing tak...

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena.. 

Segmen 24 jam bloglist Mialiana.com

Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 1 Disember 2018 , iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga hari esok, 10.00 pagi 2 Disember 2018 . Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2018 . ** jom support Mia Liana....

Mula Buat Pilihan

Assalamualaikum. Malaysia  itu Negaraku. Tak banyak nak sembang pasal Malaysia hari ini. Sebagai warganegara yang telah disah taraf , maq hari hari doakan supaya Malaysia dan semua bangsa yang ada didalam lingkungannya dilindungi  dengan sebaik baik perlindungan dari Allah swt. Inshaa Allah.. Eh itu bukan point entri maq kali ini lah.  Harini nak beritahu ,kalau nak support bangsa sendiri. Nak gunakan produk tanpa rasa was was dan kalau nak makan masakkan yang menyelerakan. Trylah hasil keluaran bangsa sendiri. Bak kata mat mat motor : " support member lah bossku.." Okey , maq done support lah ni ! Tukar bahan masakan popular  maq dengan produk Faiza ! Ni baru permulaan. Selain serbuk kari ikan dan daging ,tepung gandum ,beehoon pun dari keluaran yang sama. Kesemua yang maq guna setakat ni alhamdulillah ,tidak menghampakan setiap kali memasak. " sedap tak bang kari ikan tu ?"- pertanyaan tidak berbayar dari maq untuk encik suami. " fuh. Sed...