Skip to main content

Solat solat sunat

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian dari group whatsapp yang mungkin boleh beri sedikit lagi ilmu kepada kita semua. Yang belum tahu akan dapat tahu dan yang dah tahu akan bertambah tambah pengetahuannya, inshaAllah.

Solat sunat Rawatib adalah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan selepas menunaikan solat fardhu.

Oleh itu, solat sunat Rawatib juga dikenali sebagai solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan solat sunat Ba’diyyah (selepas).

Solat sunat Rawatib boleh menampung kekurangan ketika melakukan solat fardhu. Ia secara langsung melengkapkan solat fardhu kita.

Berikut di bawah menunjukkan jumlah rakaat bagi setiap solat sunat Rawatib.

(Qabliyyah/Sebelum)
Subuh : 2
Zohor : 2
Asar : 2 atau 4
Maghrib : Tiada
Isyak : 2

(Ba’diyyah/Selepas)
Subuh : Tiada
Zohor : 2
Asar : Tiada
Maghrib : 2
Isyak : 2

Tiada solat sunat selepas solat fardhu Subuh. Begitu juga adalah haram mengerjakan solat sunat selepas solat Asar hingga terbenam matahari.

Walau bagaimanapun, solat sunat yang lain seperti Tahiyyatul Masjid, solat gerhana, solat qada’, solat jenazah dan sebagainya masih boleh dilakukan pada waktu yang dilarang itu.

Cara-cara mengerjakan solat sunat Rawatib adalah seperti berikut:

#1 – Niat Menurut Solat
#2 – Tidak Memerlukan Azan Dan Iqamat
#3 – Dilakukan Bersendirian Atau Tidak Berjemaah
#4 – Bacaannya Tidak Dinyaringkan
#5 – Jika Lebih Daripada 2 Rakaat, Tiap-Tiap Dua Rakaat Mestilah Dengan Satu Salam
#6 – Sebaik-Baiknya, Solat Sunat Ba’diyyah Dilakukan Di Tempat Yang Lain Dari Tempat Solat Fardhu Yang Dilakukan Sebelumnya.


Fadhilat solat sunat Rawatib ini ada dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ibnu Umar r.a berkata;

“Pernah saya solat bersama Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sesudah Zohor dan dua rakaat sesudah solat Jumaat dan dua rakaat sesudah Isyak.”Riwayat Bukhari dan Muslim

Solat sunat sebelum Subuh juga ada disebut fadhilatnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. Daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda;

“Dua rakaat fajar (solat sunat yang dikerjakan sebelum Subuh) itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” Riwayat Muslim

Solat sunat Qabliyyah bagi waktu Zohor dinamakan juga sebagai sunat Muakkad iaitu sunat yang amat kuat.

Berikut adalah niat solat sunat Rawatib bagi setiap waktu solat fardhu;

#1 – SUBUH
Niat Solat Fajar Sebelum Subuh

“Sahaja aku solat sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Taala.”

#2 – ZOHOR
Niat Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Zohor

“Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat Solat Sunat Dua Rakaat Selepas Zohor

“Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala.”

#3 – ASAR
Niat Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Solat Asar

“Sahaja aku solat sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah Taala.”

#4 – MAGHRIB
Niat Solat Sunat Dua Rakaat Sesudah Maghrib

“Sahaja aku solat sunat sesudah Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.”

#5 – ISYAK
Niat Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Solat Isyak

“Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat Solat Sunat Dua Rakaat Selepas Solat Isyak

“Sahaja aku solat sunat sesudah Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.”


Semuga beri manfaat kita bersama.


Sekadar hiasan.

Comments

Mimie said…
Alhamdulillah perkongsian yang bagus. Peringatan untuk semua
Maqnie said…
Inshaallah. Semuga Allah terima semua amalan kita ,aamiin..

POPULAR POSTS

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana para jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda. Ianya ialah , *memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki *memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki *menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki *memakai wangian bagi lelaki dan perempuan *memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku *membunuh haiwan *nikah atau menikahkan *mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar *bersetubuh / bercumbu cumbuan *merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur. Kata ustaz :  Dalam ihram , yang dilarang, -gunting rambut , -cabut rambut , -cukur rambut. Atau dengan kata lain kita bua

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah. Dalam rehat yang penuh kerehatan dah masuk hari ke enam.  Maq baru tahu kisah ini. Rupanya selama ini ada keturunan Rasulullah di Batu Pahat ini.  Malangnya Wali Allah itu sudah pun meninggal 10 tahun yang lalu. Habib Syed Ali bin Ja'far Alaydrus. Dalam seminggu ni maq dah selongkar hampir kesemua  google dan youtube yang berkisah mengenai arwah habib ni. Allahhu sayang nya maq tak tahu semua tu sebelum ni. Menurut penjaga makam arwah habib,  wali Allah memang takkan dikenali oleh orangramai ketika hayatnya, mereka hanya akan terkenal setelah mereka meninggal dunia. SubhanAllah.. Keturunan Rasulullah ini mempunyai ilmu yang tinggi. Wali Allah ini mempunya syafaat yang Allah izinkan untuknya. Hidup serba sederhana dan sangat merendah diri dan beliau sangat memuliakan tetamunya. Bila dah tonton banyak video  mengenai beliau, timbul rasa malu dalam diri maq. Allahhuakhbar. Hamba Allah yang punya banyak ilmu,  puny

Tanda Ikan Sudah Masak

Assalamualaikum. Bila ada anak perempuan , serba sedikit hal "kedapuran" mereka kena ambil tahu jugak. Pernah satu hari anak maq tanya :  mak , apa tanda ikan yang kita masak tu dah cukup masak? Maq : " pertama tengok biji mata ikan tu ,kalau dah terjengil keluar ,itulah tanda ikan tu dah cukup masak. Kedua tengok pada bahagian ekor ( lihat gambar atas ) kalau isi ikan tu sudah merekah dari tulangnya ,itulah tanda ikan itu dah masak sempurna. Tapi dalam gambar tu ,ikan tu dah macam terlebih masak ,heee  Tips ini bagi memasak ikan ikan kecil sahaja . Kalau ikan yang besar  tipsnya lain pulak.  Apa pun bagi yang sedang berjinak jinak nak duduk dapur ,mudah mudahan tips ini berguna . Inshaa Allah.

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi - ada sebuah warung untuk para pengunjung  dan 

Sakit yang sakit

Assalamualaikum. Hari ini masuklah hari ke 3 maq kena makan ubat. Ada dua jenis ubat , satu ,ubat lembut urat dan kedua ubat tahan sakit. Kedua nya ditemani dengan krim panas. Semua ubat yang disenaraikan itu merupakan ubat apabila otot pinggang  cedera. Kata doktor otot akan membengkak akibat diurut ketika ianya sedang sakit. Okey ,semua ini silap maq. Pada hari pertama maq sakit pinggang ,maq masih boleh aktif lagi. Semua aktiviti rumah tangga dan mengasuh maq masih mampu buat. Sehinggalah pada : hari Jumaat (15/9/2017) pinggang maq dah mula rasa ketat. Nak pusing kiri sakit,bongkok sakit,pusing kanan pun sakit, berdiri jek selesa tapi sampai bila maq nak berdiri? Untuk melegakan sakit maq tampal ni. Lihat gambar bawah. Tapi pada hari sabtu (16/9/2017) maq dah mula rasa pedih pedih dipinggang , seperti ada sesuatu yang dah melekat kat pinggang sehinggakan maq terpaksa cari tukang urut datang kerumah. Ya , hari itu jugak ! Petang sabtu tu jugaklah maq pun diurut sa

ILTIQA’ SAKINAIN

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang tu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Baris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Surat 190 Surah At Tauba

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Assalamualaikum. Banyak kawasan istirehat di daerah Batu Pahat ni tapi ada beberapa tempat yang maq belum pergi. Antaranya Bukit Tanjung ( Tanjung Hill ). Kenapa maq tak pernah pergi sedangkan kawasan tu terletak hanya 1kilometer dari kampung halaman maq ( Pekan Koris) 1- kawasan tanjung ni jauh jaraknya dari jalanraya utama.  Untuk kesini kena naik motosikal atau kereta. Zaman maq muda muda mana ada kereta dan motosikal, basikal pun tak punya. Yang ku punya hanya cinta.. Huhu melalut sudah.. 2-  Dulu dulu, disini merupakan kawasan tentera tentera buat latihan,jadi agak mustahil ibubapa maq nak lepaskan anak dara sulung dia kesini.  Bahaya! 3 - ada kawasan perkuburan lama kat sini.  Bila sebut kawasan kubur, sebagai remaja masa tu, kami lebih kepada seram.  Padahal kuburlah tempat terakhir kita disemadikan nanti. Semalam sempat maq cari lokasi tersebut.  Tanjung Hill atau Bukit Tanjung. Tapi maq tak naik pun atas bukit tu sebab keadaan terlalu sunyi, cuma ada, 2/3 orang

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Assalamualaikum. Ini hanya perkongsian pengalaman maq. Biarpun kejadian dah hampir setahun berlaku.  Maq hanya berkongsi untuk kebaikan.  Semoga beri manfaat buat readers.  Maq tahu readers maq ramai yang positive. Harap harap post kali ini boleh membantu. Masa pergi umrah, Apakah cenderahati dari maq untuk mereka yang di Malaysia? Sebetulnya untuk memikirkan benda yang maq kena beli sebagai cenderahati, memang bingung. Sebabnya ramai sangat!! Alhamdulillah  keluarga kami besar! Ketika berada di Madinah ,maq cuma mampu beli 3 pasang jubah hitam untuk 3 puteri maq. Sepasang 60.00rials dan maq rasa tu yang paling murah kot sebab di Madinah, jahitan dan kain dia berkualiti.  Kupiah benang kait  untuk encik suami dan anak menantu kesayangan yang berharga 15 rials sekeping. Ternyata ketika maq pergi Madinah,  semua orang kata harga barang barang adalah tinggi! So maq kata mungkin cukuplah beli itu dulu untuk cenderahati. Namun bila lihat duit yang berbaki didalam purse,  hati be

Mak Tam

Assalamualaikum. Yau Mak Tam. Sejak berkahwin, baru tahun 2018 inilah maq kenal dan masak sayur ini. Sebelum ini maq fikir ianya suku sakat adik beradik daun salad yang cuma layak dimakan mentah. Rupanya bila digoreng bersama ikan bilis atau udang kecil , memang sedap! Masa encik suami bawa balik untuk pertamakalinya yau mak tam ini. Beliau kata:  ada "mak tam " kat dapur. Masa tu dalam fikiran maq ,"mak tam " tu ibu saudara maq ! Kemudian maq tanya ," abang jumpa mak tam kat mana?" Encik suami terpingga pingga ! Pergilah dapur tengok dulu ,katanya sambil gelak . Maq pun pergilah ke dapur , ada bungkusan sayur diatas kabinet tu , dan .. Laa sayur niii.. Hahaha cakaplah yau mak tam ! Ni cakap mak tam , saya ingat isteri pak tam kat dapur tadi ! Tak pernah pernah datang rumah kita , terus ke dapur orang tua tu ! Biasakan mesti duduk ruang tamu dulu hahaha. Encik suami gelak, maq pun gelak bingung !😅 Semenjak dari haritu , encik suami dah kerap beli yau

Kenapa Pilih Amway?

Assalamualaikum.  Selepas  3 tahun jadi surirumah fulltime,  tetiba maq pilih perniagaan online sebagai usaha tambah pendapatan maq. Dan kenapa maq pilih produk  Amway  sebagai item untuk dijual? Bawah ni ada jawapannya. Tapi ini adalah apa yang "team kami" jelaskan, bukan penjelasan maq sorang ye.  MENGAPA SAYA MEMILIH AMWAY. Bagi mereka yang menolak Amway tanpa usul periksa, bagi mereka yang mengatakan Amway itu, Amway ini dan bagi mereka yang memberikan seribu satu alasan, sila baca apa yang ingin saya tuliskan di sini. Anda akan mendapat gambaran sepintas lalu apa yang ada dengan Amway!! Anda hebat sekiranya dapat menghabiskan tulisan saya ini. Jom kita terjah!! SYARIKAT Amway merupakan satu syarikat jualan langsung yang terkemuka di dunia yang telah bertapak sejak tahun 1959 melalui Pengasas Bersama Rich deVos dan Jay Van Andell. Amway mula membuka pasaran di Malaysia sejak tahun 1976 dan sekarang telah bertahan di Malaysia lebih dari 40 tahun. Satu syarikat yang cukup k