Usaha ,Doa & Tawakkal

 

Bismillah,

Ada orang kata ,kenapa nak takut dengan krisis ekonomi & isu global?Kenapa nak takut takda makanan,risau takda minyak?


Kata mereka lagi, "Kitakan orang muslim,kita ada Allah untuk kita berserah pada Nya tentang masa depan.Tak payah kalut nak buat persiapan apa apa ,fokus amal ibadah je selagi boleh..."


Ye betul lah tu.Tapi asasnya sekarang ,kalau cuma asik berzikir tapi anak anak kebuluran takda simpan stock makanan ,takda simpan stock air bersih,sanggup ke nak tengok keluarga sendiri kelaparan?


Memang kita muslim.Rezeki kita telah diaturkan sejak azali lagi.Namun Nabi juga telah ajar kita ,jangan cepat berputus asa.Usaha ,doa dan tawakkal.So selagi sumber makanan tu masih dijual dan masih mampu dibeli dengan bajet yang kita ada,kenapa kita tidak berusaha membeli nya  siap siap?


Bukan kena beli satu kontena pun tapi cukuplah beli mana termampu.Semua itu kita namakannya usaha.Kemudian teruskan berdoa supaya ekonomi global kembali pulih. Andai tak dapat nak pulih malahan semakin teruk? Barulah kita bertawakkal.Serah semua kepada Allah SWT ,setelah kita  berusaha dan berdoa.

Hasbunallah waneq mal waqeel...





Ye,beliau kata malam ni ,Selasa 7/4/2026.



Kita tunggu dan lihat hari esok.Apakah kesudahan episod ini...

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Berkorban Apa Sahaja

Himpunan Doa Arafah 2025

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Santai Petang Di Kuala Lumpur

Jangan tunggu lama lama