Skip to main content

Posts

12 April 2026 - Shawal VS Perang

  Bismillah, Harini bersamaan 23 shawal 1447H/2026M. Seminggu lagi shawal nak pergi meninggalkan kita dengan 1001 kenangan. Harini juga telah dikhabarkan bahawa rundingan damai Amerika Syarikat - Iran di Pakistan berakhir tanpa persetujuan. Ini juga bermakna perang antara mereka masih "bernyawa".Biarpun shawal dah nak pergi seminggu je lagi.Mereka apa peduli. Eh,perang berkaitan ke ek dengan shawal?Tak pun tapi mereka berkaitan dengan suasana dunia diambang kehancuran.Itu saja.Yang lemah akan terus ditindas dan yang kuat terus buat hal yang hujungnya nanti hanya cerita yang sia sia. Harini juga ,kita sebagai penduduk bumi milik Allah jangan mengalah dengan nafsu.Teruskan usaha untuk perbaiki mutu iman dan amal. Sekian terima kasih. **Orang lain tak akan peduli kisah suka duka kita sebab jalan hidup manusia tak sama. Tolong pegang peribahasa lama ini , Orang tamak selalu rugi!

10 April 2026 - Cerita Perang & Isu Global

  Tuan Mojtaba Khamenei berpesan kepada Negara-Negara Teluk:   Pada saat ini, saya katakan kepada jiran kami, Kalian sedang menyaksikan sebuah perubahan. Perhatikanlah, fahamilah dengan baik, dan pastikan kalian di tempat betul. Waspadalah terhadap penipuan iblis . Kami masih menanti respon dari kalian agar kami dapat menunjukkan persaudaraan dan niat baik kami kepada kalian. Hal ini tidak akan terjadi kecuali jika kalian meninggalkan para penguasa yang sombong, yang  mengeksploitasi kalian. Dengan nama Allah, kami tidak akan membiarkan mereka yang menyerang negara kami begitu saja. Kami pasti akan menuntut  atas setiap penderitaan yang kalian timpakan,serta atas darah para syuhada dan para syahid yang gugur dalam perang ini, dan kami mengembangkan pengelolaan Selat Hormuz. Kami tidak pernah dan tidak mencari perang, namun kami tidak akan menyerahkan hak-hak sah kami dengan mudah.Kami menganggap Front Perlawanan secara keseluruhan sebagai satu kesatuan. Sumber : Ek...

8 April 2026 - isu semasa

  Bismillah, Pejabat Perdana Menteri Israel berkata bahawa cadangan gencatan senjata selama dua minggu tidak terpakai ke Lubnan, bercanggah dengan kenyataan awal Shehbaz Sharif, yang mengatakan Lubnan termasuk dalam perjanjian itu.    TERKINI IRAN MENANG & TRUMP MENYERAH KEPADA SEMUA TUNTUTAN ✅ Amerika berjanji untuk tidak melakukan pencerobohan ✅ Kawalan Selat Hormuz diberikan kepada Iran ✅ Iran dibenarkan memperkayakan uranium ✅ Semua sekatan utama dan sekunder ditarik balik ✅ Semua resolusi Majlis Keselamatan dan Lembaga Gabenor dihentikan ✅ Amerika membayar pampasan kepada Iran ✅ Pengunduran semua tentera tempur Amerika dari rantau tersebut ✅ Penghentian perang di semua medan, termasuk terhadap Hez. di Lubnan. Kita ?Tunggu & lihat  Sumber : Eco Preppers Malaysia ,telegram

Usaha ,Doa & Tawakkal

  Bismillah, Ada orang kata ,kenapa nak takut dengan krisis ekonomi & isu global?Kenapa nak takut takda makanan,risau takda minyak? Kata mereka lagi, "Kitakan orang muslim,kita ada Allah untuk kita berserah pada Nya tentang masa depan.Tak payah kalut nak buat persiapan apa apa ,fokus amal ibadah je selagi boleh..." Ye betul lah tu.Tapi asasnya sekarang ,kalau cuma asik berzikir tapi anak anak kebuluran takda simpan stock makanan ,takda simpan stock air bersih,sanggup ke nak tengok keluarga sendiri kelaparan? Memang kita muslim.Rezeki kita telah diaturkan sejak azali lagi.Namun Nabi juga telah ajar kita ,jangan cepat berputus asa.Usaha ,doa dan tawakkal.So selagi sumber makanan tu masih dijual dan masih mampu dibeli dengan bajet yang kita ada,kenapa kita tidak berusaha membeli nya  siap siap? Bukan kena beli satu kontena pun tapi cukuplah beli mana termampu.Semua itu kita namakannya usaha.Kemudian teruskan berdoa supaya ekonomi global kembali pulih. Andai tak dapat nak pul...

Kita Perlu Bersiap Sedia

  Kata kata nasihat PMX Bismillah, Dari hari ke sehari ,masyarakat dunia semakin tertekan dengan pelbagai krisis global. Pak menteri pun ramai dah berpesan pesan kepada rakyat jelata termasuklah Perdana Menteri Malaysia ,Dato Seri Anuar Ibrahim. **klik gambar untuk bacaan lebih jelas. Di group prepper pun ,masing masing semakin rancak berkongsi maklumat tentang prep.  Antara barang yang disebut ,simpan beras,air bersih,makanan makanan kering,tenaga solar,ubat²an dan ada banyak lagi isu isu yang dibincangkan. Apa pun maq hanyalah seorang " silent reader" .Siapalah saya untuk berkata kata didalam kelompok prepper yang hebat hebat disitu. Sekarang ini perbincangan tentang basikal sedang di update.Bila stock minyak negara hanya tinggal beberapa masa sahaja lagi,dan kapal Malaysia yang berjaya melalui selat hormuz itu tidak bawa minyak untuk Malaysian,maka para prepper ambil jalan penyelesaian untuk aktiviti harian dengan berbasikal. Guys,bila dapat info bersedia,maka usahakannya....

20 Tips Hati Tenang

  Kata kata nasihat*** Bismillah, 1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai. 2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekadar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja. 3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna. 4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna. 5. Banyakkan senyum . Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya. 6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakan semula emosi negatif sendiri. 7. Sentiasa menjadi insan pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada ...

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. "Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji tuan tuan." Inilah antara kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( masjid ditempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Di khabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab krisis perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak. Di Pakistan - pelajar dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat terpaksa berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak diesel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang bahagia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jum...