Skip to main content

Sabar Dan Tenang Saja

 

Bangku taman.

Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging.

Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya.


Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.  



Bismillah,


Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial.


Katanya;

"kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun"


Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu, 

**Mereka perlukan perhatian seorang ibu,biarpun sekadar memerhati dari jauh.

**Mereka juga perlukan kata nasihat dari emak biarpun dia seorang pakar motivasi yang bijak pandai.

**Mereka masih perlukan kasih sayang biarpun kasih sayang tu tak perlu dilafaskan setiap masa.


Tadi sempatlah Maq  tonton live ustaz Naim Saadon.Kata ustaz pulak ;


"bila anak anak kita dah besar ,dah dewasa,dah berkerjaya, ibu ayah tak payah lah nak claim kat diaorang tentang penat lelah kita masa membesarkan mereka dulu dulu.


Sebagai ibubapa,kita dah tunaikan tanggungjawab membesarkan mereka dengan baik tu pun dah syukur.


Kalau nak claim jugak? Claim nanti kat Allah di akhirat.


Kat sana bukan je boleh claim,anak anak pun boleh tonton macamana perit getirnya ibubapa mereka berusaha nak jadikan anaknya itu seorang manusia yang baik,yang sihat,yang sama level kehidupannya seperti oranglain biarpun ibubapanya kurang mampu.."


So guys,jangan sedih kalau korang kena abaikan oleh anak anak.Tak perlu mengungkit ungkit,tak perlu dikata tak kenang jasa.Mereka dah pun berjaya.Biarlah mereka nak hidup selesa. Biarkan je lah.Relakanlah apa pun yang sudah pun berlalu.


Jangan kecewa, jangan dimarah.Banyakkan bersabar dengan karenah anak anak yang dah dewasa.Cukuplah korang dah bertahun tahun tahan sabar sewaktu membesarkan mereka.Sekarang korang cuma perlu sabar menahan diri korang pulak.


Tanggungjawab korang sebagai emakbapak dah pun selesai.Nanti sampai masa mereka pulak akan jadi emakbapak yang sama macam kita dan mungkin akan mengadap karenah anak anak yang serupa macam mereka? siapa tahu?


🗣️ : Biarkan mereka ber"lemak lemak" dulu kat atas dunia ni guys, haha korang manfaatkan je usia yang masih tersisa itu untuk sesuatu yang dinamakan bahagia melayan diri sendiri.

Comments

  1. Masyallah, tersentuh sangat bila baca perkongsian Madammaq kali ni. Betul kata Ustaz Naim Saadon tu, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dah terlaksana bila anak-anak dah membesar dengan baik dan berjaya. Bab terasa atau rasa diabaikan tu, memang lumrah hati orang tua... tapi bila kita fikir semula dari sudut redha dan pasrah pada Allah, hati terasa lebih tenang & lapang. Terima kasih Madammaq atas peringatan yang sangat bermanfaat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama kasih.Maq cuma kongsi apa yang ustaz pesankan sahaja.Moga beri manfaat bersama ❤

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Hilangkan Rasa Lenguh

Bismillah, Ustaz Nik Bakri telah berkongsi kepada acik acik yang kerap diuji lenguh lenguh bahagian badan. Dibawah ini adalah antara yang ustaz ijazahkan kepada penonton dan jemaah yang bertanya. Mula mula , **baca surah  Al Fatihah 1x **baca selawat 3x **Baca ayat ni, **Kemudian ,tepuk tepuk ditempat yang lenguh itu. Inshaallah boleh diamalkan sebagai rawatan harian untuk diri sendiri. Dah tua tua ni memang mudah kena sakit sakit badan ,pening kepala dan macam macam lagi penyakit.Minta kat Allah kesembuhan.Makan ubat itu hanya ikhtiar.  Moga beri manfaat.