Bismillah,
Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial.
Katanya;
"kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun"
Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,
**Mereka perlukan perhatian seorang ibu,biarpun sekadar memerhati dari jauh.
**Mereka juga perlukan kata nasihat dari emak biarpun dia seorang pakar motivasi yang bijak pandai.
**Mereka masih perlukan kasih sayang biarpun kasih sayang tu tak perlu dilafaskan setiap masa.
Tadi sempatlah Maq tonton live ustaz Naim Saadon.Kata ustaz pulak ;
"bila anak anak kita dah besar ,dah dewasa,dah berkerjaya, ibu ayah tak payah lah nak claim kat diaorang tentang penat lelah kita masa membesarkan mereka dulu dulu.
Sebagai ibubapa,kita dah tunaikan tanggungjawab membesarkan mereka dengan baik tu pun dah syukur.
Kalau nak claim jugak? Claim nanti kat Allah di akhirat.
Kat sana bukan je boleh claim,anak anak pun boleh tonton macamana perit getirnya ibubapa mereka berusaha nak jadikan anaknya itu seorang manusia yang baik,yang sihat,yang sama level kehidupannya seperti oranglain biarpun ibubapanya kurang mampu.."
So guys,jangan sedih kalau korang kena abaikan oleh anak anak.Tak perlu mengungkit ungkit,tak perlu dikata tak kenang jasa.Mereka dah pun berjaya.Biarlah mereka nak hidup selesa. Biarkan je lah.Relakanlah apa pun yang sudah pun berlalu.
Jangan kecewa, jangan dimarah.Banyakkan bersabar dengan karenah anak anak yang dah dewasa.Cukuplah korang dah bertahun tahun tahan sabar sewaktu membesarkan mereka.Sekarang korang cuma perlu sabar menahan diri korang pulak.
Tanggungjawab korang sebagai emakbapak dah pun selesai.Nanti sampai masa mereka pulak akan jadi emakbapak yang sama macam kita dan mungkin akan mengadap karenah anak anak yang serupa macam mereka? siapa tahu?
🗣️ : Biarkan mereka ber"lemak lemak" dulu kat atas dunia ni guys, haha korang manfaatkan je usia yang masih tersisa itu untuk sesuatu yang dinamakan bahagia melayan diri sendiri.

Masyallah, tersentuh sangat bila baca perkongsian Madammaq kali ni. Betul kata Ustaz Naim Saadon tu, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dah terlaksana bila anak-anak dah membesar dengan baik dan berjaya. Bab terasa atau rasa diabaikan tu, memang lumrah hati orang tua... tapi bila kita fikir semula dari sudut redha dan pasrah pada Allah, hati terasa lebih tenang & lapang. Terima kasih Madammaq atas peringatan yang sangat bermanfaat ni
ReplyDeleteSama sama kasih.Maq cuma kongsi apa yang ustaz pesankan sahaja.Moga beri manfaat bersama ❤
Delete