Darurat Dan Jangan Panik




Assalamaualaikum.

Negara dikejutkan dengan berita perkenan isytihar darurat oleh Yang Dipertuan Agong.




Teks pengumuman dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini ,Dato sri Muhyiddin Yasin. 


Apa darurat yang dimaksudkan beliau? Bawah ni antara copypaste yang berlegar legar di group group whatsapp hari ini. Jom kita baca.


TERKINI- Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021)


📌Proklamasi darurat dipersembah kepada Agong semalam - PM Muhyiddin


📌Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak - PM Muhyiddin


📌Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius - PM Muhyiddin


📌Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi - PM Muhyiddin


📌Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan - PM Muhyiddin


📌Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat - PM Muhyiddin


📌Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam - PM Muhyiddin


📌Darurat: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan - PM Muhyiddin


📌Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat - PM Muhyiddin


📌PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya - PM Muhyiddin


📌Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah COVID-19 -- PM Muhyiddin


📌Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan - PM Muhyiddin


okay, dah puashati dengan darurat kali ini? jom teruskan kehidupan ini dengan tenang. Allah ada..♥️



Jangan panik !

Comments

  1. Semoga pandemik ini segera berakhir

    ReplyDelete
  2. WP,Aamiin ya robbal a'lamiin..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam.
    Menjunjung titah perintah Tuanku.
    Patik pacal yang hina tidak akan ingkar perintah.
    Mudah-mudahan semua rakyat jelata bersatu hati memerangi wabak durjana ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026