Skip to main content

Celik Faraid




Assalamualaikum.

Tiba tiba negara kita digemparkan lagi dengan isu masyarakat. Harta peninggalan telah jadi bahan bualan warganet.

Abaikan masalah keluarga tersebut kerana insyaallah Allah akan bantu mereka nanti.  Kita orang luar hanya layak mendoakan yang baik baik saja untuk mereka.

Apa yang maq nak kongsikan kali ini.Dalam kisah yang belaku  beberapa hari ini, ada sedikit ilmu yang kita sama sama boleh pelajari.Tak kesahlah kita ada harta atau tidak untuk ditinggalkan,yang penting ilmu mengenainya kita ada.

Sekadar nasihat


Sedikit perkongsian dari seorang warganet mengenai Faraid.


  Suami meninggal ?Meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki?

Ibu dapat 1/6.
Isteri dapat 1/8.
Anak lelaki dapat baki keseluruhan.
Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki.

Walaupun anak lelaki itu bawah umur. Walaupun anak lelaki itu masih kecil.Walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.Dia tetap ada hak faraid dia.Isteri pula ada hak untuk uruskan harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya.

Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit?Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid?

Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu :

1)Belanja pengebumian.

2)Selesaikan hutang hutang si mati.

3)Badal haji jika belum menunaikan haji.

4)Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris).

5)Laksanakan hibah jika ada.

6)Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri terlebih dahulu.

7)Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka.


Dah tolak semua di atas bakinya barulah boleh difaraid.

Bahagian anak bawah umur,ibunya boleh je jadi pentadbir dan pemegang amanah. 


Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian,makan minum,urusan persekolahan dan sebagainya.Tak semestinya kena tunggu 18 tahun baru boleh digunakan harta harta tu.


Umur 18 tahun tu untuk proses tukarnama dari nama pentadbir kepada nama anak .Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.

Sesungguhnya ,Perebutan harta pusaka itu benar.

Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.

Persengketaan dan salah faham tentang harta pusaka itu benar.

Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.

Campurtangan dari waris waris yang tidak berkenaan itu juga benar.

Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya.Maka jangan tunggu dah terhantuk baru nak tergadah.Belajarlah dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.


“Sesungguhnya orang orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Surah An-Nisa : ayat 10)

Sumber : facebook

Nota maq : bukan saja saja sesuatu hal itu berlaku,  semuanya dengan izinNya. Sebagai warganet kita tak perlu lah terlalu beria menyalahkan dia ,dia dan dia. Ambil sesuatu yang positif didalamnya, itu lebih baik. Semoga semuanya baik baik aja sikit masa lagi


Aamiin...  ❤

Comments

  1. Salam kenal Madam Maq..
    Kes faraid ini jelas dan perkongsian begini mudah difahami.

    ReplyDelete
  2. TErima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. Yang penting kita kena celik ilmu. Ramai lagi yang masih tidak faham tentang faraid ni sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam LZ, terima kasih sudi komen. Moga moga perkongsian ini dapat membantu kita dlm urusan mendatang. Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Sama sama Ejulz. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Betul tu Ana,masyarakat kena tahu sedikit sebanyak pasal faraid ni,kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercukur Sah Tapi Rugi

  Masjid Dato Bentara. Bismillah, Semalam maq join kursus asas haji untuk minggu ke 8.Orang Batu Pahat memang lambat sikit sebab kami mula kursus pun lambat. Maq nak kongsi apa yang pembimbing kursus kongsikan semalam.Ianya berkaitan bertahallul bercukur /bergunting bagi jemaah lelaki haji dan umrah. Jemaah perempuan dah confirm bertahallul cara bergunting sahaja so korang dah boleh bertenang tenang sekarang ye. Dan jemaah lelaki yang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bercukur pun dah boleh tenang tenang. Entri ini fokus pada jemaah yang nak bertahallul cara bercukur sahaja ( botak ). Ok macamni.Semalam kata ustaz pebimbing KAH ,orang lelaki kalau nak dapatkan ganjaran pahala sebanyak jumlah rambut yang ada dikepala,adalah lebih afdal bercukur.Kerana dosa dihapuskan dan derajat akan dinaikkan sebanyak jumlah rambut yang gugur selepas dicukur. Kalau ikut pengalaman maq semasa 2 kali pergi umrah ,apa yang mutawwif kami waktu tu jelaskan, jemaah lelaki boleh gunting dahulu sedik...

Healing Di Pantai Minyak Beku

  Bismillah, 'Healing' ke Pantai Minyak Beku pada Sabtu 21/11/2026.Lepas solat asar kami bertiga gerak ke pantai ini semata mata nak lihat keindahan alam ciptaan Allah. Pantai. Awan hitam yang berarak. Langit petang yang indah. Cahaya Matahari yang semakin samar. Perahu dan bot bot nelayan. Air laut & ombak kecil. Batu batan berbagai rupa dan bentuk. Pohon pohon ditiup angin pantai. Burung burung gagak. Pengunjung. Kaki kaki pancing. Masyaallah,indahnya ciptaanMu yaa Allah. Bila dah nak masuk waktu maghrib,kami pun siap sedia untuk balik. Nak 'healing' ni,tak perlu pun kena pergi jejauh. Melihat dengan rasa syukur pada alam semulajadi yang berhampiran sahaja pun dah satu nikmat. Bertarung dengan kenderaan lain yang banyak diatas jalanraya yang sesak untuk satu perjalanan yang jauh bukannya dapat merehatkan minda ,malah makin buat jiwa jadi semakin stress.Tak caya cuba!  Dah,jom kita balik!

Kisah 'Saya'

  sekadar hiasan. Bismillah, Saya ada pengalaman lebih 2 tahun sakit lutut. Masa memula kena tu,saya rasa pelipat lutut rasa ketat,rasa berat nak melangkah.Tapi belum rasa sakit cuma rasa sengal sengal. Waktu tu saya sedang uruskan jenazah arwah Abah dibilik mayat HSNI.Abah meninggal selepas waktu asar dan jenazah abah diuruskan pada waktu hampir Maghrib . Masa saya buat surat pengesahan kematian dan permohonan mandi jenazah, kat luar hujan turun kejap lebat ,kejap gerimis.Dan ianya berulang ulang dan tidak berhenti. Masatu saya dan suami je ada disitu.Ustaz dan petugas je yang buat proses mandikan manakala saya disuruh talipon mana mana van jenazah dikawasan berhampiran bandar Batu Pahat yang boleh berurusan pada waktu tu.Bila Azan maghrib ,akhirnya saya berjaya dapatkan van untuk membawa jenazah abah balik ke rumah kampung. Masa solat maghrib kat surau hospital pun saya makin rasa ketat pada pelipat lutut tapi saya buat degil je,solat je macam biasa. Selepas siap solat maghrib, u...

Selawat Sampai Kiamat

  Bismillah, Harini Jumaat 20hb November 2026.Ye,semua orang yang masih hidup sudah tahu yang hari ini adalah hari Jumaat. So? So,takda yang terlebih afdhal dilakukan oleh lelaki islam dan wanita islam bila hari Jumaat selain dengan berselawat keatas junjungan nabi Muhamad SAW ,ahli keluarga baginda dan sahabat sahabat baginda dengan sebanyak selawat yang mampu. Jom berselawat kejap. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Guys,korang tau tak.Amalan wajib korang seperti contoh solat,puasa,sedekah,pergi haji atau umrah dan yang lain lain tu belum tentu Allah terima 100% tapi kalau korang berselawat dengan keadaan terpaksa sekali pun ,Allah janji Allah akan terima.Malahan diganda dengan 1 selawat bersamaan 10 ganjaran pahala.Nak tak? gambar dari telegram ❤ Kenapa Maq kerap sangat ulang point suruh berselawat dalam blog ini? Semua dengan izin Allah,Guys.Maq pun tak tahu kenapa.Yang Maq tau,Maq akan sentiasa bertanya dengan orang yang Maq sayang; "you dah selawat...

Kata Nasihat Hari Ini

  Nasihat Ustaz. Sumber : Telegram❤

Brisk walk 24 November 2026

  Jalan Rahmat,Batu Pahat. Bismillah, Ini trek baru kami brisk walk sekarang.Jalan tepi Parit Dhobi tu dah tak lalu lagi. Kenapa? Kadang kadang ada anjing berkeliaran disitu.Mungkin anjing anjing tu ikut tuannya brisk walk jugak kot. So minggu ni kami try kat Dataran pulak.Sekali tu nak jadikan cerita ,ada 4 ekor anjing berkeliaran pada hari kedua kami brisk walk disitu. Aduhhai... Merata rata dah haiwan ni sekarang ek.Antara alasan maq dan encik suami tidak brisk walk ditaman kami pun disebabkan banyak anjing berkeliaran disitu.Pernah ada kes orang jogging 'dikerjakan' anjing.Kami pun rasa seram! Mercu tanda Bandar Batu Pahat. Satu je maq pelik ,pagi tadi belum pun pukul 7.30 pagi tapi orang orang dah mula kurang dikawasan dataran ini.Kereta pun tak banyak yang parkir tepi jalan tu.Kenapa ek?Harap harap tidak hal buruk belaku. Maq tanya kat encik suami,kenapa agaknya harini sepi? Apakah ada yang dikejar anjing? Tapi kata beliau mungkin mereka dikejar masa. Melawak pulak dia ny...

Dulu ,Sekarang Dan Fake

  Bismillah, Gambar diatas ini adalah hasil kami jalan jalan hari ini. Bermula dari bulan Mei 2026.Harini 21hb November 2026.Hasilnya belum  nampak ketara sangat sebabnya tengah syok berjalan jalan,diuji dengan jerebu yang paras bahaya pada bulan September dan Oktober .So terpaksalah 'skip' selama hampir lebih 5-6 minggu. Gambar bawah ini pulak ,rekod masa mula mula belajar berjalan jalan satu masa dahulu. Semoga usaha untuk kesihatan diri ini Allah beri kan kami pahala.Aamiin. ❤ Dan gambar dibawah ini adalah 'fake result' sebab maq lupa nak stopkan aktiviti kat aplikasi brisk walk tu.Luncur je naik motor sampai rumah.Kehkehkeh sorry 😂

Khasiat Bulu Jagung

  Bismillah, Semalam maq ada jumpa satu posting kat fb berkaitan bulu jagung yang ada dijual dipasaraya.Pemilik fb tu bertanyakan soalan,apa fungsi bulu jagung sampai boleh dijual dipasaraya? Ada beberapa orang netizen balas dengan berbagai komen yang menarik. Ada yang kata di Korea ,pengusaha buat teh bulu jagung dan dipacking dalam uncang.Macam teh uncang yang biasa kita jumpa dipasaran dinegara kita.Mereka jadikan teh bulu jagung sebagai minuman herba. Ada yang lain beritahu,bulu jagung banyak khasiatnya.Tapi ramai yang tak tahu,mereka ambil jagungnya sahaja ,bulunya dibuang. Tapi Maq tertarik dengan 2 komen dalam posting tersebut.So Maq pun salin dan tampal dalam blog ini.Kalaulah ianya bermanfaat, biarlah komen mereka jadi jariah dan beri kebaikan yang berpanjangan. Photo dari google ⭐⭐Netizen 1- Selalunya orang beli bulu jagung bukan untuk makan macam sayur, tapi untuk buat air teh. Manfaatnya, 1. Untuk kencing yang lawas - paling famous. Orang yang susah kencing, kencing tak...

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena.. 

Sisa makanan dalam mulut ketika solat.Sah kah solat?

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian mengenai sisa makanan yang tiba tiba ada dalam mulut ketika sedang solat. Persoalan ini telah ditanya oleh seorang netizen dan telah dijawab oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Menteri diJabatan Perdana Menteri ( hal ehwal Agama) Soalan netizen : Salam @drzul_albakri . Ketika kita sedang solat, tiba-tiba terdapat sisa makanan di dalam mulut. Adakah masih boleh terus solat? Terima kasih. Berkenaan dengan makanan yang lekat dicelahan gigi, Imam Nawawi menyatakan:  “Sekiranya makanan yang terlekat di celahan gigi kemudian ditelan makanan tersebut dengan sengaja atau sesuatu yang turun daripada kepala kemudian ditelannya secara sengaja maka batal solatnya tanpa khilaf fuqaha’.  "Selain itu, sekiranya menelan sesuatu yg sukar dihalang seperti bercampurnya air liur dgn makanan, tanpa sengaja / menelan kahak yang sukar utk menghalangnya, maka tak membatalkan solatnya”.  (Lihat al-Majmu’, 4/90) (2/4) Dalam hal ini, Dr. Muhammad al-Zu...