![]() |
| kata nasihat* |
Bismillah,
Baca al Quran itu hukumnya sunat.Walau bagaimanapun kita wajib baca al Quran dengan tajwid yang betul.Terutama pada surah Al fatihah yang merupakan salah satu rukun qauli dalam solat.
Untuk belajar tajwid al Quran kita perlukan guru yang betul. Kita tak boleh belajar dengan sekadar membaca buku rujukan sahaja.
Seperti contoh belajar makhraj huruf.Atau dalam bahasa melayu 'tempat keluar huruf'.
Semua orang boleh sebut "ha".
Adapun dalam al Quran " ha" ada 2 tempat keluar huruf yang berbeza.
Bunyi Ha Bulat (ه) keluar dari pangkal halkum.
Bunyi Ha Pedas (ح) keluarnya pada tengah halkum.
Dalam Al Quran ,bila sebut " اَلْحَمْدُ لِلَّهِ " kita sebut dengan bunyi ha pedas itu bermaksud segala puji bagi Allah.
Tapi jika kita sebut kalimah alhamdulillah tu dengan bunyi ha bulat,makna ayat sudah jadi lain makna!
Bagaimana pulak kalau berzikir ,berselawat ,bertakbir atau bertahlil? Salah makhraj lari maksudnya nanti.Nauzubilla himinzaliq.
Cuba korang masuk link ni,kita berguru dengan pakar tajwid.
Maq belajar tajwid dari ' kosong'.Masa ngaji ditahun 70an dulu,kitaorang baca dengan mengeja saja.Takdanya hukum tajwid terperinci macam sekarang ni.
Bila pelajar dah kenal huruf dan boleh hafal surah surah lazim,pengajar terus suruh baca Quran.Bacalah kami sampai khatam tanpa tajwid yang betul.
Pak imam baca doa pun asal baca.Tapi Maq tak salahkan mereka pun.Zaman dulu belajar dari mulut ke mulut,takda rujukan mana mana media pun.Yang terang hati,khatam lah quran awal.Jenis pick up slow,dah nak kawin pun belum khatam lagi.
Zaman maq kecil dulu,nak kawin kena khatam quran.Zaman now? Dah bercucu pun tak sempat nak buka quran.Jangan salahkan siapa siapa dalam hal ni.Jika diri sendiri malas nak usaha,itu bukan salah oranglain.
Korangggg...janganlah malu nak belajar tajwid quran.Umur kita dah tak lama je lagi.
Tepuk dada tanya diri sendiri.Apakah usaha yang mampu dibuat dihujung usia?

Comments
Post a Comment