Tambah Ilmu Dalam KAH

 


Bismillah,

Bermula Oktober 2026,setiap hari Ahad,Maq akan join kursus asas haji.Maq dah dapat tawaran haji? Belum.


Tujuan asal semata mata nak tambah ilmu tentang ibadah haji & umrah.Tapi bila petugas Tabung Haji Batu Pahat beritahu ,Maq dah layak untuk buat rayuan haji. Maq pun buatlah jugak rayuan tu pada 2 Oktober 2026.Saja nak mencuba nasib.


Maq yakin pada rezeki Maq yang Allah dah aturkan sejak azali. Sekarang ni masa untuk Maq berusaha tambah ilmu dan merayu kat Allah. Moga Allah Makbulkan semua hajat & doa hambaNya yang banyak dosa ini...


Masani baru sampai masjid,niat beriktikaf dan menuntut ilmu kerana Allah


Masani dah selesai kursus.Bagi ruang sahabat muslimat gerak dulu.Masjid sini tangganya boleh tahan tinggi.Biarlah lambat asalkan selesa. 



Korang kalau ada program macam ni kat tempat korang,join je.Banyak benda yang kita boleh belajar.Tak dapat nak 'catch up' 10,dapat 2 pun dah ok.


Jangan berhenti nak belajar ilmu akhirat.Sebab resultnya nanti keluar kat padang Mashyar bukan kat dunia.Kita takkan tahu berapa peratus pahala kita dan berapa peratus dosa kita.Suspen betul.😢




Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji Diuji Lagi

Tabung Haji Dah OK Ke Tu??

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu