Skip to main content

Kita itulah Kita



Assalamualaikum ..

Alhamdulillah , sekali lagi masa diperuntukan untuk berblog. 


Sambil tunggu mesin basuh mencuci kain baju  , sambil bersarapan , sempat lagi maq blogging.


Nah , perempuan kan, banyak hal boleh di buat dalam satu masa. Lagaknya seperti sebuah robot comel lagi manja gitu.


**Maq takda kerja lain nak buat ke , saya tengok asyik lah nak membebel kat blog tu?


**Ala apa aje faedahnya maq kongsi hal peribadi maq kat dunia maya ni , ada ke orang berminat nak tahu ?


**Banyak lagi benda yang lebih bermanfaat maq kalau nak buat selain berblog ni. Dah tua kot, huhhu .


Okey , itu kata orang yang tidak ada blog dan tidak langsung minat blog. Dan pada maq , itu hak mereka , maq gak apa apa kok.


Sebenarnya bila dah minat,benda susah pada orang lain akan jadi senang pada kita.


Hal remeh pada orang akan jadi hal penting pada kita.


Makanya bila maq rasa blogging ini antara salah satu cabang rutin hidup maq , apa sekali pun cakap cakap orang luar yang tak minat blog tu , sikit pun takkan buat maq frust.


Malah maq hanya ucap Alhamdulillah pada kebolehan yang maq dah ada.


Apa anda fikir naip blog ni macam buat plan rumah ? Ada lakaran atau design ? TIDAK ! 

Semua idea ini on the sport .Ia datang sendiri. Bukan idea yang perlu dikarang karang . Ianya datang secara automatik ,kalau entri yang copy paste tu barulah idea manual .


Ingatlah ,kita adalah kita. Anda ada hak untuk hidup anda dan maq juga ada hak untuk kehidupan maq.


Apa saja kebaikan yang maq kongsi , moga dapat beri manfaat kat pembaca ,mana yang kurang tu anggap lah sebagai angin hujan yang sesekali bertiup lembut ke pipi .


Cewah berpuitis pulak orang tua ni.

Dan nanti kan bila maq dah takda , anda akan rasa yang ayat maq ini akan jadi peneman anda kala sunyi. 


Terutamanya buat anak anak , suami , kawan kawan serta ahli keluarga . Anggaplah blog ini bagai tanda peringatan  dari seorang insan yang bergelar  Maqnie ..




Nota hak : Siapa kita nak nilai perbuatan orang lain , sedang itu hanyalah hak Allah yang lebih maha mengetahui.




Comments

Popular posts from this blog

Tips Nak Dapat 190 Pahala Dengan Mudah

  Bismillah, Mungkin ada yang dah tahu tips yang dimaksudkan pada tajuk entri maq kalini. Tapi untuk mereka yang belum tahu atau yang dah ingat ingat lupa.Jom amalkan tips ini. Cara untuk dapatkan 190 pahala dalam sekelip mata ialah dengan membaca ayat dalam gambar dibawah ini. Satu huruf yang disebut dalam Al Quran ,Allah dah janji akan diberi 10 pahala.So bila baca bismillahirohmanirohim dalam huruf hijaiyiah ( huruf dalam quran) bismillah itu ada 19 huruf.Korang buatkan je kiraan matematik (19x10 =190) so sekelip mata 190 pahala dah transfer ke akaun pahala korang! Seronok kan? Itu untuk sekali bacaan.Kalau setiap perbuatan kita mulai dengan bismillahirohmanirohim? Nak duduk ,baca Nak tidur ,baca Nak keluar rumah,baca.. Menyapu ,baca Memasak,baca Makan ,baca Minum,baca Pegang fon,baca  Senang cakap ,semua perbuatan dimulai dengan bismillahirohmanirohim. Setiap hari,sepanjang usia.Korang rasa berapa juta pahala korang boleh kumpul ek?Buanyaaaakkk tu!Masyaallah.. Allah maha b...

Jalan Santai Pagi Sabtu

  Bismillah, Sabtu 14 November 2026.Alhamdulillah awal pagi tadi sempat juga kami curi masa untuk brisk walk santai santai di dataran Penggaram. Hasil; Kalau ditanya apa seronoknya ek brisk walk bagi wargamas macam kami ni.Sukacita maq nak maklomkan disini,kami rasa fresh dan seronok bila lakukan brisk walk. Sejujurnya memanglah ada rasa sedikit letih,badan melekit peluh,nafas pendek, termengah mengah,tapi lepas dapat melepasi masa yang dah di 'setting' kan.Allahhu, nikmatnya rasa. Siapa percaya kalau makcik pakcik yang umur dah nak hampir ke 60 tahun boleh berjalan sejauh 3.5km tak sampai 60minit? Semua dengan izin Allah.Kalau Allah tak izinkan,kami memang tak mampu. Lebih 30 tahun kami abaikan kesihatan kami.  Encik suami keluar kerja dari pagi baliknya malam.Maq pulak bekerja dirumah melayan karenah anak sendiri dan anak anak asuhan dari pukul 7.00pagi sampai 7.00malam.Kadang kadang bersambung tengah malam sebab parents overtime atau outstation atau pergi makan makan 😁 202...

Start Brisk Walk Untuk November

  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah,setelah beberapa ketika tak dapat nak brisk walk. Harini 09/11/2026 dengan izin Allah,akhirnya dapatlah kami aturkan langkah brisk walk kami semula. Pukul 6.35am Maq dan encik suami dah sampai dilokasi.Rindu sangat suasana kat sini actually 😢 Alhamdulillah,cukuplah hasil jalan jalan untuk permulaan bulan November ini. Selain dapat keluarkan peluh peluh malas, dapatlah jugak melepaskan rindu pada bau pokok pokok ,suara burung burung dan menghirup udara segar dikawasan tasik "kenapa" .❤

Doa Petang Jumaat 5 Shawal

  sekadar iklan, tudung ada jual  dalam beg kuning video ini Bismillah, Hujan lebat turun waktu azan asar tadi.Harini Jumaat pertama dalam bulan shawal 1446H. Lepas asar hingga sebelum azan maghrib jangan lupa panjatkanlah doa.Kerana ini adalah antara waktu mustajab doa. Petang ni jomlah sama sama berdoa dengan Maq.Mungkin doa maq tak sama macam doa korang tapi maq nak jugak kongsi doa maq pada petang Jumaat kali ni. Bismillahirohmaa nirohim... Yaa Allah, cabut semua keburukan yang ada pada diri aku ,yang Engkau tidak suka.Dan tinggalkan kebaikan sahaja yang ada pada diri aku yang Engkau suka .Semoga semua keburukan yang ada pada aku akan terhapus sebelum aku mati. Yaa Allah, Kurniakan aku akhlaq yang baik, Kurniakan aku rezeki yang baik, Kurniakan aku redha Mu, Kurniakan aku syurga firdaus Mu.. Robbanaa Aatina fiddun yaa hasanah,wafil aahiroti hasanah wakina Azabbannar.  ( tutup dengan selawat ) Aamiin Yaa robbal Alamiin..

January Giveaway by Awesome Dreamer

Assalamualaikum, hai.. Untuk pembuka 2020 ,maq dah join  January Giveaway  dari Blogger Awesome Dreamer.  Pembuka tirai ni tau!  Anda boleh masuk je link Awesome Dreamer tu. Ikut je arahan owner blog. Ok done!  Masuk link ini jika anda berminat nak turut serta. Good luck!

Gadget Baru

Assalamualaikum.  Sejak doktor dah sah kan bahawa maq ada  masalah tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi, pertamakali apa yang penting ialah jangan meremehkan rutin MAKAN UBAT. Untuk elakkan pisang berbuah 2 kali. Ye,  setiap sebelum tidur kena pastikan makan ubat dan setiap selepas sarapan juga kena makan ubat.  Untuk kawal keadaan maq ada 2 gadjet  yang dah jadi peneman setiap masa. Benda tu ialah,  pemotong ubat alat periksa tekanan darah Setiap pagi dalam pukul 9.00 keatas ,maq akan buat pemeriksaan tekanan darah.  Yang menghairankan,sejak balik dari klinik tu, maq tak jumpa lagi tekanan darah naik sampai 160-170 !  Yang maq  jumpa paling tinggi pun 135/78. Selebihnya biasa biasa, 127/80-122/79-120/72  Persoalannya kenapa dekat klinik kesihatan haritu bp maq tinggi mendadak???  Bila maq tonton di youtube.Ada seorang doktor jelaskan, ada terdapat waktu waktu sesuai nak ambil tekanan darah ni rupanya.  - awal pagi dapat b...

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Hari Jumaat yang indah , datang pula rasa berminat nak join giveaway ini..inshaallah. Semuga semua urusan dipermudahkan. Sebelum tu baca info menarik bawah ini ya. PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus , Puan Zamzana Mohd Arifin: “ Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan. ” Kini, boleh ‘ booking online ’ Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita . Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang t...

Telaga wakaf Adam Danish

  Assalamualaikum. Hampir 4 bulan kami kehilangan Adam Danish. Anak saudara maq yang dah pergi lebih awal dari kami untuk menemui penciptanya. Al Fatihah... Gambar sekadar hiasan. Selepas beberapa minggu arwah pergi, ibu Adam berhasrat untuk manfaatkan wang simpanan arwah yang terkumpul di bank. Selain berinfaq atas nama arwah , buat umrah badal untuk arwah bapa saudara ,ibu Adam ada plan satu lagi cabang infaq jariah,iaitu buat perigi dikawasan terpencil di negara Kemboja. Sebuah negara islam termiskin di asia tenggara.  Aktiviti berjalan pada bulan 12/2021.Program tu dinamakan telaga wakaf. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Hajat ibu Adam telah pun terlaksana dengan izin dari Nya. Alhamdulillah. Semoga perigi yang diinfaq atas nama keluarga dan atas nama Adam Danish,Allah beri ganjaran pahala yang berpanjangan sampai bila bila dan memberi manfaat kepada penghuni rumah dan pendudul disekitar kawasan disitu.I nshaallah, aamiin... Al Fatihah  Buat Adam Danish...?...

Pfizer ,EO dan Encik suami

 Assalamualaikum. Hari Rabu ,bersamaan 11 Ogos 2021. Maq ikut encik suami ke pusat ppv, di Uthm,Parit Raja. Ini dos ke 2 untuk beliau. Kat Dewan Sultan Ibrahim ,Uthm ,Parit Raja,Batu Pahat. Maq tunggu sini jek. Ntah kenapa kalini beliau ajak maq teman pergi vaksin. Haritu dos pertama elok je pergi sorang.  Ambil gambar kat tempat parking. Kenapa? Dikawasan photobooth vaksin tu orang ramai sangat bergambar,encik suami tak selesa. Selepas beberapa hari beliau lengkapkan vaksin Pfizer ,kesannya cuma badan ada dedo dan demam sikit. Tapi  bila maq buat mandian guna EO lemon dari young livings tu , beliau kata rasa dedo tu hilang dah. Alhamdulillah ,sekarang beliau dah aktif  seperti biasa. Tentang pfizer. Semalam 14/8/2021- beliau hantar maq pulak ambil vaksin dos 2 ditempat yang sama. Semoga vaksin ini beri kebaikan buat kami didunia dan diakhirat. Apapun harini 15/8/2021 badan maq rasa seram sejuk .Hingga saat entri blog ini dipostkan disini. Satu badan rasa hangat dan ...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...