Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Makan Buah buahan sewaktu perut kosong .

Assalamualaikum .. Maha suci Allah yang mengizinkan kita menambahkan lagi satu ilmu diminda . Terima kasih Allah . Harini maq kongsikan serba sedikit perihal buah buahan yang sering kita ambil sebagai makanan serat dan pencuci mulut . Mungkin ada yang sudah tahu namun bagi yang masih belum tahu , marilah sama kita baca artikel dibawah . MAKAN BUAH-BUAHAN SEMASA PERUT KOSONG Ini akan membuka mata anda! Baca hingga akhir; dan kemudian, hantar kepada orang lain dalam senarai anda seperti yang saya lakukan! Dr Stephen Mak merawat pesakit  kanser terminal dengan cara yang "un-ortodoks" dan ramai pesakit pulih. Sebelum dia menggunakan tenaga solar untuk membersihkan penyakit kepada pesakitnya, dia percaya pada penyembuhan semula jadi dalam tubuh daripada sebarang penyakit. Lihat artikel beliau di bawah. Ia adalah salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser. Sehingga kini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%. Pesakit  kanser tidak aka

Kesalahan dalam berdoa

 Assalamualaikum .. Sedikit perkongsian buat rujukan kita bersama. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد TANYALAH USTAZ TV9 (Ustaz Salahuddin Muhammad) KESALAHAN DALAM BERDOA. •••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Antara kesalahan berdoa kerana tidak memuji kebesaran Allah,tidak berselawat kepada Nabi(doa yg tidak diawali dgn selawat,doanya akan tertahan)serta berdoa dgn hati yg lalai. ADAKAH BERDOSA,JIKA DIA TIDAK TAHU TATACARA BERDOA? Org jahil yg tetap hendak berdoa, itu hak Allah utk menerima doanya kerana Allah suka org jahil yg hendak bertaubat dan Allah sangat suka org yg suka berdoa. Org jahil yg tidak inginkan kebenaran (bodoh sombong) ia berdosa jika berdoa tidak kena dgn caranya (tidak menerima apa yg diajarkan dan suka² mengikut cara sendiri) Menjadi kesalahan berdoa sehingga meninggikan suara. Jangan berdoa perkara² yg buruk utk diri sendiri dan jangan berdoa keburukan utk anak²,jangan berdoa kecelakan ha

Kelebihan membaca dan menghayati alQuran

Assalamualaikum . Segala puji bagi Allah pentadbir sekelian alam . Syukur sangat sangat , selepas diundang ke group whats app  Group Pengajian AlQuran banyak ilmu yang indah maq terima  . Sebenarnya group itu ahlinya sama je dengan ahli group ex student SMKS ( GBS SMKS )  cuma jika sebut group  pengajian , group ini lebih kepada perkongsian ilmu . Manakala group GBS SMKS tu lebih kepada sembang santai je . Functionnya sama je sebenarnya ,mengeratkan silaturahim sesama ex student SMKS 68,69. Ukwah terjalin ummah bersatu .. inshaa Allah. Kalini ,maq kongsilah salah satu ilmu yang admin group kongsikan bersama. Semoga menjadi panduan sesama kita. Terima kasih kat admin kerana berkongsi , semoga kehidupan kami digroup sentiasa  diberkati pada tiap amalan dan perbuatan dibawah kawalan admin admin group . Aamiin .. yok teliti satu persatu gambar dibawah ini . Ilmu tak boleh dijual tapi ilmu boleh buat kita bernilai . In shaa Allah . Nota orang tua :  bend

Persiapan awal

Assalamualaikum .. Tarikh majlis sedang bergerak satu ke satu hari. Kehidupan maq makin bertambah sibuk sekarang ni . Sambil urus dua orang anak asuhan yang masih dihantar hingga akhir bulan november ni , maq turut sama membuat satu persatu persediaan nak dapat menantu. Alhamdulillah , biarpun pertama kali ,namun dengan bantuan anak anak dan suami , serta kaum keluarga terdekat, maq dapat tanganinya dengan tenang. Terima kasih semua , terima kasih Allah. Mohon semua urusan dipermudahkan lagi ..aamiin. Harini , waktu ini , maq sedang sibuk menghias cenderahati buat para tetamu. Maq buat sendiri ? Ye.. mana yang maq mampu buat ,maq akan lakukannya sendiri . Kalau semua nak order , tokeh balak pun boleh bankrup dik oii . Hehehe Hasil keras tangan 😊

Pukau

Assalamualaikum .. Minggu ni rata rata group whats app yang maq join , bagi info tentang kes PUKAU yang terjadi  di daerah Batu Pahat baru baru ni . Ini maklumatnya . *Assalamualaikum. Mohon perhatian sahabat taman semua.... Sekiranya ada orang perempuan yang datang ke rumah kalian dengan niat tuk ajar kelas jahitan. Mohon call polis atau sekecil2 usaha ignorekan sahaja. Kerana maklumat yang saya terima dari Taman Wira , perempuan ini apabila diberi peluang mendengar penjelasannya, dia akan meminta puan2 mengisi borang dan akan MEMUKAU puan2 dan mengambil barangan berharga dirumah puan2. Hari Sabtu lepas modus operandinya di Taman Wira...saya khuatir dia akan ke taman kita juga. Mohon juga jaga anak2 kecil supaya tidak keluar tanpa pengawasan kita. Sekian, terima kasih. Wallah hualam.* **Copy paste dari group whatss app .  Tapi betul ke tidak kes ini ada terjadi ? Mesti ramai yang was was kalau ada info datang dari group whats app . Takut kes tidak sahih ,termasuklah maqn

Jumpa pada usia 47

Assalamualaikum .. Bila usia dah mencecah lewat akhir 40an. Apa je yang ada dalam minda?  Amalan dan keluarga itu merupakan fokus utama . Dan bila application whats app maq sudah aktif , maq dikesan oleh kawan kawan sekolah menengah kemudian dimasukan dalam group whats app bekas pelajar sekolah menengah - SMKS  , ramai tak kenal maq kerana maq yang dulu bukan maq yang sekarang. Kehilangan selama 30 tahun ,bukan kejap . Ye ,maq menyepi dari kawan kawan sekolah selepas berkahwin. Fokus 200% kat keluarga sahaja. Lagi pun usia sweet 17teen nak disamakan dengan sweet 47 , ketara sekali penampilannya kan? Namun pada maq ,dalam usia yang makin singkat ini , hidup kena lebih tenang dan santai . Tak perlu dibebani dengan tekanan dan masaalah yang remeh yang hanya mengusutkan minda . Hilang dan muncul maq dalam 2 dunia yang berbeza . Remaja dan dewasa . Pastinya ada yang tidak suka , ada yang nak manja manja , ada yang setia dijiwa , ada yang teruja , ada yang kerap menyakat , ada yang

Akhirnya kita jumpa siapa kita

Assalamualaikum .. Persoalan : ADA SEGOLONGAN ORG YG KUAT BERIBADAH TAPI 'BERAKHLAK BURUK' &  ADA  SEGOLONGAN ORG YG TIDAK BERIBADAH LANGSUNG TAPI 'BERAKHLAK BAIK' , YANG MANA LEBIH BAIK ?? "Wahai Syeikh, MANAkah yang lebih baik, seorang MUSLIM yang KUAT berIBADAH tetapi AKHLAKnya BURUK dan seorang yang TIDAK berIBADAH LANGSUNG tapi amat BAIK AKHLAKnya !!", tanya seorang pemuda... "SUBHANALLAH !! KEDUA2nya BAIK", ujar Syeikh sambil tersenyum... "MENGAPA boleh jadi BEGITU ??", desak si pemuda tadi... "KERANA orang yang TEKUN berIBADAH itu boleh jadi nanti akan diBIMBING Allah untuk berAKHLAK MULIA bersebab IBADAHnya. Dan kerana ORANG yang BAIK PERILAKUnya itu boleh jadi nanti akan diBIMBING Allah untuk semakin TAAT kepadaNYA ." "Jadi SIAPA yang LEBIH BURUK ??", desak si pemuda tadi... AIRMATA mengalir di pipi  Syeikh. "KITA... wahai anak muda ",  ujar beliau. "KITAlah yang seLAYA

Proses Nikah Tahun 2016

Assalamualaikum Setiap tahun satu persatu sistem di Malaysia diperbaiki dan diperbaharui disemua sudut . Ini mengikut keperluan mengikut peredaran masa dan keperluan semasa. Alhamdulillah. Bila anak sulung maq makin hampir menamatkan zaman bujangnya hujung tahun ini , PERTAMA kali maq lalui detik menjadi 'emak pengantin ' . Pengalaman ? Maq takda pengalaman jadi emak pengantin , tapi jadi pengantin pernah lah 23 tahun yang lalu. Dan ini merupakan pengalaman pertama kali bagi maq sebagai emak pengantin. Mohon dipermudahkan ya Allah. Aamiin.. Ternyata jadi pegantin dan emak pengantin tu jauh bezanya ya. Dulu cuma tahu cakap nak itu ini je dari orang tua ,sekarang .. haa berpeluh otak nak fikirkan serba serbi nak di siapkan . "Slow and steady maq" ( bisik kat diri sendiri ) Untuk permulaan proses , bakal pengantin wajib mengambil krusus pra perkahwinan terlebih dahulu . Yang tak tahu nak bernikah bila pun boleh menyertainya. Yang nak bernikah kali ke dua  ?

Tips menyelamatkan pesakit yang diserang stroke

Assalamualaikum.. Stroke boleh menyerang kita dimana mana dan kepada sesiapa sahaja . Terutama pesakit diabetis , stroke sering menguji . Kesan stroke amat tidak dijangka , semua bergantung pada izinNya. Maq ada jumpa tips bila mana kita menemukan seseorang yang terkena stroke dihadapan mata kita. Lebih lebih lagi ketika berada dirumah. Tips ini dikongsi oleh seorang nitezen difacebook , dan diruangan komen beliau , ada beberapa orang nitezen lagi tampil  dan menyokong kenyataan beliau ini . Rata rata mengatakan mereka pernah mencuba tips itu , dan hasilnya memang memuaskan dengan keizinan dari Allah s.w.t. Bawah ini tipsnya : Jika ada di antara keluarga kita yang terkena stroke, jangan panik. Itu kuncinya. Sebab, jika anda panik, justru akan memburukkan lagi stroke yang dialaminya. Ada 1st aid (langkah pertama) dijamin sangat berkesan. Cara ini sudah diperkenalkan secara meluas, agar menjadi pertimbangan masyarakat sebagai alternatif pertolongan pertama bagi orang yang t