Blogger Pada Pandangan Maq
Assalamualaikum
Setiap masa kita disuruh berfikir untuk maju , disuruh berusaha tanpa jemu . Dengan menganggapkan bahawa kita akan hidup 1000 tahun lagi di bumi Allah ini . Manakala kita diwajibkan membuat amal ibadah sepertinya sebentar lagi kita akan mati. Subhanaallah
Sebagai blogger yg baru beberapa tahun membebel diblog sendiri , maq sangat berbangga bila mana ramai dikalangan kawan blogger maq dah semakin maju .
Kalau dulu ramai dah maju , sekarang ni lagi la ramai yg dah maju . Syukur sangat sangat.
Mereka yang asalnya hanya berceloteh diblog sendiri ,sekarang sudah pun diberi kebenaran untuk berceloteh diserata pelusuk tanah air! Kepercayaan ini yg dinamakan HEBATnya dia.
Ada yg bersuara di kaca tv ,dimajalah , disurat khabar tempatan dan mungkin aja di surat khabar antara bangsa ? Mungkin saja ,sebab maq tak pernah baca surat khabar luar negara. Hehe surat khabar tamil pun belum pernah baca lagi ...
Perkembangan sihat buat arena blogger ! Lagi lagi buat anak anak muda yg baru keluar IPT tu , sementara anda menanti peluang pekerjaan , cuba aktifkan diri anda dengan dunia blog ini . Paling tidak pun , dapat la juga meluahkan apa perasaan yg orang selalu cakap " penantian satu penyiksaan" .
Sambil asah bakat , tak salah menceduk ilmu dari kawan kawan lain . Dapat juga pengalaman dan pengetahuan tambahan .
Macam maqnie ni , perjalanan sudah singkat , entah bila ke masanya tibalah waktu untuk pulang kepadaNya semula . Lagipun kehadiran maq dalam dunia blog ni umpama sebagai tukang sibuk sibuk je , haha macam kat tempat rumah kenduri tu ,kan nanti akan ada sorang dua jadi tukang sibuk sibuk , buat kerja tak seberapa tapi sembangnya yg lebih.
Tapi syukur alhamdulillah , dengan aktiviti blog ni lah maq kenal apa itu #dashboard #layout #editblog #bloggwalking #follower #google+ #nuffnang dan ada banyak lagi . Paling maq seronok bila dapat kenal ' code ' untuk edit mengedit blog dan link .
Tahniah buat yg sudah berjaya menempah nama dari dunia ini , buat yg baru menceburi dunia blog, perjalanan anda masih jauh dan rajin kena bawak selalu , jangan ditinggal tinggalkan nanti jadi malas pulak .
![]() |
Insan yang sudi follow blog ini |
Nota maq : BUKAN BLOGGER NAMANYA KALAU TAK SUPPORT BLOGGER LAIN..😁