Anak anak dan lesen memandu

Assalammualaikum

LESEN MEMANDU : keperluan atau permintaan perasaan je?

Maksud keperluan itu sangat sangat perlu dalam kehidupan seharian manakala maksud permintaan perasaan tu ialah sesaja nak ambil ujian dan kalau lulus ,lesen tu simpan je buat pekasam dalam beg dompet ,cukup tahun update lagi ! lahai ruginyaaa

Anak maq yang berdua tu ( nombor 1 dan nombor 2 ) dah ada lesen  motosikal sejak mereka di tingkatan 6 rendah lagi . Sebab pada maq itu satu keperluan untuk mereka bila membawa motor ke sekolah setiap hari. Jangan suka langgar undang undang, sendiri padah nanti. 

Dan tahun ini pulak ,anak maq yang pertama sudah pun lulus lesen memandu kereta pulak ! Alhamdulillah ...berkat kesabaran nya maka lesen kereta kini menjadi milik beliau !

maq ! akak nak beli kereta lah ... ( satu hari dia bersuara )  ada lesen tapi takde kereta tak best la maq ,nanti lelama akak lupa step nak drive kereta . 

amboiyai alasan dia memang kelas !

Tapi maq jawab selamber ,

"kalau akak beli kereta ,nak parking mana ek ? kereta ayah yg satu tu pun masih takde jalan penyelesaian lagi dikalangan jiran tertangga ,  ni nanti akak nak tambah kereta lagi sebijik ? kerja je dulu elok elok ,simpan dulu duitnya , insya allah satu hari nanti akak dapat kereta idaman itu. Insyaallah.. "

hurm.... dia mengeluh hampa*

Nota maq : Nak, jika Allah dah izinkan untuk awak dapatkannya, insya allah satu hari nanti pasti awak akan dapat. Sebab rezeki awak hak awak.  Banyakkan berdoa dan bersabar. 

Lepasni maq nak suruh mereka ambil lesen kapal terbang pulak lah, hehehehe.. 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Kad kena telan mesin Atm

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Result pemeriksaan darah sangat mengejutkan

Susu sejat ganti santan kelapa

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Doa Amalan Neelofa

Melepaskan rindu dalam kereta

Pesanan SMS dari MKN

Mimpi Orang yang dah tak ada.