Skip to main content

Posts

Batas Berchatting

Assalamualaikum .. Whats app !  Ianya merupakan salah 1 application paling popular dan menjadi keperluan dihampir seluruh penduduk di dunia ini. Selain berhubung dengan sembang sembang, whatsapp juga antara cara perniaga perniaga online berniaga  .  Okey itu semua orang sudah  tahu ! Dan galeri whatsapp juga merupakan galeri yang save gambar paling banyak dalam handphone kita . Betul ke bohong ? Waallah hualam Harini hari ke 8 maq deaktif whatsapp . Kenapa ? Maq online whats app guna tablet , Adeh , letih lah asyik kena update tiap bulan dan kalau lambat nanti whatsapp maq diblock ! Lama lama maq give up , biarpun pakar gadjet ada beri tunjuk ajar supaya setting whats app di playstore , tapi keputusan maq muktamad  , merajuk dan uninstall whatsapp tu . Konon nya marah dan sentaplah ni  heheee .. Dalam whats app banyak yang maq nak kongsikan diblog ni. Antaranya ialah  perbualan antara suami orang dan isteri orang. Jika anda ditemukan digroup whats...

Susu badan yang dibotolkan

Assalamualaikum Bila ditugaskan untuk mengasuh baby Qisya pada januari 2016 , tulah pertama kali maq belajar tentang penyusuan susu badan yang dibotolkan . Kerana baby Qisya merupakan pengamal minum susu badan  sepenuh masa ( amboi ayat skemah habis ) . Alhamdulillah , dengan kerja sama mama dia ,maq boleh uruskan  minum susu badan dalam botol dengan mudah sekali. Susu dalam botol ada 3 jenis Susu frozen Susu chill Susu fresh Susu frozen ialah susu yang dibotolkan kemudian didingin bekukan ditempat pembeku dipeti sejuk. Susu ini bila sudah beku dengan sempurna , kualitinya boleh bertahan selama 2-3 bulan , tapi pastikan tiada kejadian " blackout " dirumah anda ! Bagi kes baby qisya ,setiap pagi mama dia akan bekalkan 5 botol susu yang dibotolkan kerumah maq . 1 botol susu fresh 4 botol  susu chill Susu fresh merupakan susu yang dipam pada hari yang sama , iaitu 1 jam sebelum pergi kerumah maq . Dan susu ini boleh tahan selama 4 jam jangka hayat nya . ...

Kolam Air Panas Jasin ,Melaka

Assalamualaikum Sempena cuti sem yang baru berlalu , bila anak yang bongsu cuti sekolah dan kolej pun cuti seminggu ,peluang untuk panjangkan langkah amat cerah . Sasaran kali ini ialah negeri Melaka ! Apa menarik di Melaka kali ini ? Ye kali ni kami pergi mandi manda dikolam air panas Jasin ! Siapa yang pernah pergi tahu lah kan lokasinya dimana . Kalau kami yang firstime pergi ni , terpaksalah guna map google, padahal Jasin tu sempadan antara Melaka dengan Johor je ,dah tak tahu kan google je la. Search  : kolam air panas Jasin 1 . Kalau anda 'search ' , google akan tunjuk ada banyak tempat kolam air panas Jasin ni , ada kolam 1 ,kolam 2,kolam 3, dan beberapa lagi kolam air panas .Tapi kali ni kolam 1 jadi pilihan maq dan family. Pemerhatian mata maq untuk tempat riadah ini : boleh la kalau nak bagi 4 bintang dari 5 bintang. Elok pergi bersama ahli keluarga. Makan : pengunjung boleh bawa bekalan dari rumah , bawalah banyak  mana mampu ,asalkan kebersihan tu...

Rumah Nenek dimasuki air

Assalamualaikum .. Bila bumi Batu Pahat disirami hujan lebat melebihi 30 minit seperti tengahari tadi ,apa yang menjadi kerisauan sebilangan  penduduk Kampung Parit Amat ,mukim 5, Batu Pahat , Johor ? Ye, tak lain tak bukan ialah rumah mereka dimasuki air parit yang melimpah melebihi paras taliair tersebut. Antara penduduk kampung itu yang menjadi mangsa keadaan ialah nenek maqnie sendiri iaitu Puan Hajjah Fatimah binti Mohd Saleh. Isu ini bukan baru harini ,tapi sudah makan tahun ,bukan setahun dua malah bertahun tahun . Bayangkan tiap kali hujan lebat ,ini hasilnya  ..  ... 😭😭😭 Rumah yang didiami seorang wargaemas bersama seorang anak perempuannya . Dipenuhi air disetiap sudut rumah ! Perabut berendam air , peralatan elektrik , tikar getah terapung , kain baju , bahan makanan ,peralatan dapur hampir kesemua basah dan perlu diselamatkan ditempat lebih tinggi.Banjir kilat ini kadang kadang  makan berhari hari apabila air sungai mulai naik ...

Sembang kosong

Assalamualaikum .. Lama blog maq sunyi tanpa apa apa post . Mungkin faktor usia ? Hee bukan .. maq sekarang lebih fokus pada anak anak asuhan yang makin membesar . Melayan karenah ahli syurga ni kadang boleh buat kita rasa naik hangen , tapi  kadang tu lebih kepada seronok ,lucu dan  akan timbul rindu bila mereka tak datang . Semalam ( 8 september 2016 ) maq sempat melayan kawan kawan seperjuangan di group PENGASUH ANAK  di facebook . Dengan menyatakan satu pengalaman maq sebagai pengasuh dirumah selama 20 tahun , maq kongsikan ini .. *** Selamat pagi semua. Pernah tak BS perasan , bila kita jaga anak asuhan ,bukan je nak " melepas hajat"  tak puas , nak makan tengahari pun kadang kadang tak sempat sampai bawa ke petang tunggu sampai anak asuhan semua tidur , kadang tu sampai terlupa dh makan ke belum ,kadang nasi sampai kembang dipinggan sebab baru 2, 3 kali suap nasi ke mulut , anak asuhan panggil . " maa ..adik  yaaakkk ..  " ... 😅 #sajakon...

Cerita hari raya 2016

sekadar nasihat Assalamualaikum, Shawal sudah hampir kepenghujungnya . Tahun ni merupakan tahun paling meriah buat maq dan keluarga. Banyak kenangan kami bersama yang sempat maq semadikan dalam video atas tu. *Taqabbalallahu minna wa minkum.. Sebelum Syawal melangkah pergi meninggalkan kita,maq menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya pernah menguris hati pembaca blog maq ini dan pada semua. Sesungguhnya yg baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri maq sendiri. Selamat Hari Raya Minal Aidil Wal Faizin, Mohon Maaf Zahir dan Batin.  Jika ada rezeki panjang umur ,berjumpa lagi di Ramadhan serta Syawal yang akan datang. In sha Allah ..

Fikirkan mana perlu

Assalamualaikum, Bila baca tajuk ini ,  Persediaan 6 bulan sebelum menjadi pengantin  pasti kita akan cakap ,banyaknya yang perlu disediakan. Tapi apakah senarai yang dalam 6 bulan itu benar benar perlu ? Pada maq ada 1 hal lagi yang jauh lebih perlu. Persiapan yang makan puluh ribu itu hanya untuk sehari dua majlis saja,lepas majlis habis semua dah, terus tak diperlukan lagi, selebihnya jadi kenangan je. Hal yang jauh lebih perlu yang maq maksudkan ialah  tahap persediaan  bakal pengantin untuk menjadi seorang isteri ataupun suami. "Persediaan mental dan fizikal " . Ingat ye bukan sesuatu yang mudah. Menjadi suami atau pun isteri bukan urusan yang sekejap tetapi seumur hidup , malahan ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata . Makanya kemampuan anda makin teruji. Bagaimana nak uruskan keluarga mengikut landasan agama , nak hidup selesa , dan mahukan rumah tangga anda tu aman damai ? Ye, baik fikirkanlah elok elok. Hidup mewah bukan tiket bahagia, didikan...