Skip to main content

Makanan Tambahan Untuk Jemaah Haji

 


Bismillah,

Maq ada terjumpa satu status facebook.Beliau update tentang makanan tambahan ,vitamin dan fungsinya untuk jemaah haji.


Yelah kan, duduk negara orang 40-50 hari.Dalam keadaan cuaca yang berbeza dan tidak menentu.Pergi pulak nak buat ibadah.Badan kena sihat.Waktu tu bukan ada ahli keluarga yang boleh jaga kita.Masing masing fokus pada ibadah yang dibuat sekali seumur hidup.


So sebelum pergi haji,elok lah persiapkan badan dengan pengambilan vitamin untuk jadi kekal sihat.( Dengan izin Allah )


Jomlah kita baca teks tersebut.

===============================

Ubat itu memang perlu, cuma kadang kadang ubat itu hanya melegakan simptom sahaja dan bukan memberi kelegaan lama pun. Semasa mengerjakan haji, kesihatan kita mesti kena kuat dan cergas. Sebab ibadah disana memang memerlukan kita kuat mental dan fizikal.


sekadar hiasan



4 supplemen yang perlu anda bawa:


1. Magnesium

Magnesium bantu fungsi otot dan saraf, serta membantu badan lebih relaks.


Kenapa penting untuk Haji:

Kurangkan kekejangan otot & cramp kaki (terutamanya masa tawaf & saie).

Bantu tidur lebih lena walaupun badan penat.

Kurangkan rasa tegang & stress.

Bayangkan berjalan jauh, tiba-tiba kaki cramp,memang boleh ganggu ibadah. Magnesium bantu elakkan situasi ini.



2. Vitamin C menguatkan sistem imun badan dan elak kita dari penyakit berjangkit, seperti selsema batuk dan demam


Kenapa penting untuk Haji:

Lindungi dari batuk, selsema & jangkitan.

Persekitaran ramai orang → risiko virus tinggi.

Bantu badan recover lebih cepat bila penat.

Di sana, bila kita sakit walaupun sikit sahaja, ia boleh ganggu banyak ibadah kita. Jadi pencegahan dari awal sangatlah penting.



3. Untuk mereka yang cepat penat Vitamin seperti B-Complex ini dapat membantu penghasilan tenaga dan fungsi saraf.


Kenapa penting untuk Haji:

Kurangkan cepat penat & lesu.

Bantu kekalkan tenaga sepanjang hari.

Sokong fokus & stamina.

Ibadah Haji bukan sprint — ia maraton beberapa hari. B-Complex bantu badan “consistent”, bukan drop di tengah jalan.



4. Omega-3 dapat membantu dari segi kesihatan jantung, sendi dan juga mengurangkan keradangan. Keradangan ini sangat2 lah penting untuk dikawal kerana ia merupakan antara punca kepada kelemahan sistem imun badan


Kenapa penting untuk Haji:

Kurangkan sakit sendi & badan sengal.

Sokong kesihatan jantung dalam keadaan aktif.

Bantu badan adapt dengan tekanan fizikal.

Bila badan kurang sakit dan kurang keradangan, ibadah jadi lebih lancar.


 Sumber facebook.Credit to Dr Linda



Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...