Skala Gempa Bumi Dan Kesannya

 



Bismillah,

Sangat tak dijangka minggu lepas bila daerah Segamat ,Johor telah belaku gempa bumi.Biarpun pada magnitud yang lemah tapi bagi maq ia tetap dipanggil gempa bumi.


Bawah ni maq kongsi skala gempa bumi dan kesannya kepada kawasan kejadian.


**Gempa bumi skala kecil :

Magnitud 1 - gegaran tidak dirasai

Magnitud 2 - objek ringan dan tergantung akan bergoyang

Magnitud 3 - gegaran dirasa di dalam rumah dan bangunan



**Gempa bumi skala sederhana :

Magnitud 4 - pintu akan bergegar dan kaca akan berdenting

Magnitud 5 - gegaran akan dirasa oleh semua penduduk disitu

Magnitud 6 - kebanyakkan orang akan berlari keluar bangunan.Siling retak ,perabut bergerak



**Gempa bumi skala besar :

Magnitud 7 - bangunan dan struktur kurang baik akan retak

Magnitud 8 - kerosakkan pada bangunan yang mempunyai struktur baik

Magnitud 9 - bangunan dan rumah akan berganjak dari lokasi asal

Magnitud 10 - rumah dan bangunan akan musnah dan ada rekahan dalam tanah


Guys,dunia ni bukan milik kita.


Kita cuma ditumpangkan sahaja disini.Bila Allah berkehendak ,siapapun kat atas dunia ni tak boleh nak halang sesuatu itu belaku.So,sebagai hambaNya apa je yang kita boleh halang?Ye ! kita boleh halang kemungkaran ,maksiat dari  berterusan belaku!


1447 - jangan letih berzikir & berselawat