Terus Jadi Tawar Hati
Bismillah,
Jumaat 28 Safar 1447.
Hati tua ini terus jadi tawar dan hambar,bilamana isu semasa yang hangat viral telah memecahkan rahsia sebenar.
Rebranding Tabung Haji oleh syarikat non muslim!?
**Dinyatakan ini usaha untuk memperkenalkan tabung haji kepada rakyat Malaysia dengan konsep baharu dan terkini.
Allahhu,beria ria lah kitanya buat entri kat blog konon nak suruh orang menabung dan daftar haji dekat tabung haji.Secara tak langsung untuk kemudahan dan demi masa depan umat islam Malaysia nak menunaikan haji bila sampai waktunya.
Sekali tu tetibe je hangat dipertikaikan tabung haji telah buat satu isu yang mengecewakan pendeposit.Sejumlah peruntukan yang besar telah diberi pada beberapa syarikat non muslim semata mata untuk "rebranding". Simpanan dari 9 juta pendeposit katanya telah dilibatkan.
Menteri agama sudah pun buat kenyataan tentang isu berkaitan.Ada pihak sudah berpuasati dengan kenyataan tersebut,tapi masih ada yang kecewa dan tidak berpuasati.Ada yang pakat pakat keluarkan wang mereka di akaun TH.
Guys, macamana nak memperkenalkan dan mengiklankan haji jika yang buat "rebranding" tu dari pihak yang tak pernah pun pergi haji ataupun umrah, apatah lagi nak cakap tentang hal hal berkaitan haji?Jatuh maruah muslim Malaysia guys!
Rasanya melambak kat Malaysia syarikat muslim yang layak buat rebranding ,tapi apa pasal pulak boleh ada idea yang sangat pelik untuk promote TH.
Kot ye pun mahu TH berwajah baru sekalipun, biarlah diusahakan oleh orang muslim sendiri.Kenapa nak guna kepakaran non muslim? Idea siapakah ini ?
Lagi sedih,bila keluar kenyataan,
![]() |
Padahal dulu kata PMX rundingan terus dah tokleh diguna pakai lagi ,tapi tetiba terguna pulak ek? Astaghfirullah ,waatubuilaiih, Hasbunaallah waneqmal wakeel. |
Actually Maq tak berminat langsung nak kaitkan isu ini dengan politik.
Maq ambil tahu pasal isu ni pun sebab maq adalah salah sorang pendeposit tabung haji.Dan sebab lain adalah kerana maq bersimpati dengan pendeposit lain yang seagama dengan maq.
Maq faham macamana struggle mereka menyimpan wang semata mata nak buat ibadah haji. Hujung hujung duitnya digunakan ke lain pulak.
Kerajaan dari parti mana sekalipun ,maq tak kesah tapi sebagai warganegara maq harap kerajaan dan menteri yang muslim yang dipertanggungjawabkan dengan orang islam silalah peka pada kebimbangan rakyat.
Tabung haji bukan bank atau syarikat milik kerajaan 100%, ia adalah berbentuk seperti koperasi orang islam Malaysia yang simpan duit mereka untuk memudahkan mereka lakukan ibadah haji.Rukun islam ke lima!
Bukan cikai cikai punya nawaitu tau!
Lillahiitaala tu!!
Satu soalan : tabung simpanan agama lain taknak kena rebranding pulak ye?
**haaa tanya je...
Kami pun tak salahkan sesiapa dalam hal ini.Tapi mereka yang membenarkan semua ini belaku ,dialah yang bertanggungjawab atas semua yang belaku. Taknak mengaku didunia ,menjawablah nanti diakhirat.
Seperti maq pernah kata sebelum ni "tangan tangan ghaib" itu! Yes ,mereka sekarang sedang tersenyum lebar bilamana orang orang melayu islam di Malaysia, sudah semakin kecoh dan huru hara ,sana sini bertelagah sesama sendiri.
Guys,korang masih tak sedar lagi kah?Perangkap dipasang dimana mana sekarang ni,hati hati.
1447- terus berselawat & berzikir,
**jangan lupa juga bacakan doa qunut nazilah.Tak salah kita minta tolong kepada Allah sebab Allah sentiasa tunggu doa doa dari hambaNya yang dizalimi.