Skip to main content

Pesanan Dihari Ibu 2019



Assalamualaikum.

Salam 7 Ramadhan 1440 H. Ada sedikit pesanan yang ingin maq kongsikan kali ini. Mungkin kata kata ini je mampu dikongsi . Nak kongsi juadah berbuka dah la tak dapat.Anda disana ,maq disini dan mereka disinun..



Dalam diam tak diam , hidup ini ternyata tinggal sisa dan saki baki yg kita  sendiri tidak tahu bila ianya akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. Kerna hidup ini hanya seketika.


Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.


Pengajaran buat kita tentang betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

❤jangan bertangguh utk menjadi anak yang baik.

❤jangan bertangguh utk menjadi isteri yang baik.

❤jangan bertangguh utk menjadi suami yang baik.

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. Maaf kan sahaja. Jadilah org yg memberi manfaat pada org lain.Kerana kematian itu sangat rapuh. Oleh itu ...


" jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan "

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan  sebuah kematian.


*Moga bertemu di syurga.

*Uhibbukum fillah.

*JomToJannah

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Olahan : Mardhiah Mustapha



Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yang dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5.Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7 Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...


Ketahuilah....

Hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka, senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yg menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu ,bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini...

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat org tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yg sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini sebelum kesempatan berlalu pergi )



**Copypaste dari page Madam and the kids

Comments

  1. Sebak rasanya baca coretan kali ini. Moga kita di antara ibu yang baik, isteri mithali, wanita solehah, berbahagian dunia dan akhirat. Aamiin ya Allah.

    ReplyDelete
  2. InshaaAllah Amie..Aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Malam Terakhir Dalam Kenangan

Gambar sekadar gurauan  26 Ramadhan 1447H Bismillah, Lama sangat blog ni sunyi.All out untuk ramadhan guys hehehe konon konon lah kot. Padahal tuan badan busy dengan tanggungjawab hakiki.Itu yang pasti. "Allahhumma Balighna lailatul qod" Malam ni dah masuk malam ke 27 ramadhan bagi umat islam di Malaysia. Dulukan masa zaman maq memuda dulu  ,orang tua kami bercerita,10 malam terakhir kalau jumpa hal pelik pelik itulah tanda kehadiran lailatul qodar.Mintalah apa pun,pasti maqbul. Pernah satu malam tu,maq tolong abah mengecat anjung rumah.Rasanya umur antara 12/13/14 tahun kot,lupa dah. Dalam pukul 10 macam tu,tengah ralit sapu cat, tetiba sekor lipan besar yang warna hitam kemerah merahan lalu betul betul depan maq.Lipan tu berhenti dan terdiam depan maq dalam beberapa saat. Maq pulak sejenis budak yang tak geli pun lipan (maklomlah budak kampung tulin) cuma maq tak nak dia mengigit je.Tapi yang lawaknya tetiba dalam otak  muda maq boleh pulak terfikir , " eh,tah tah inil...

Tukar Jenama Ubat Darah Tinggi

  Bismillah, Sehingga hari ini, Maq masih lagi ambil ubat untuk stabilkan tekanan darah tinggi. Semalam masa ambil ubat difarmasi KK Batu Pahat,ubat darah tinggi maq telah bertukar jenama lain. Jika sebelum ni maq makan ubat yang ni, Tapi semalam, farmasi dah tukar ubat keluaran kilang lain pulak.Macam ni haa rupa ubat dan kotaknya, Nama pun dah lain.Bila ditanya ahli farmasi,apakah ini ubat baru? Beliau jawab , "masih ubat yang sama tapi dari kilang yang berlainan..." Okey, jadinya tadi sebelum makan ubat ,maq buat siasatan di google.Ini maklumat yang maq dapat. Perindopril adalah perencat ACE yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensil),penyakit arteri koronari yang stabil dan kegagalan jantung. Ia merendahkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan jantung, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Kesan sampingan yang biasa termasuk batuk kering ,pening dan sakit kepala. Masa sahur tadi maq dah makan sebiji ,so kita tunggu hasilnya.Kalau sebelum...

Jadi Mangsa Keadaan - Perang

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan. **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

Permintaan Aida

Assalammualaikum.. Harini Jumaat. Anak anak tak ke sekolah.Walaupun anak maq yg bercuti ni cuma dua orang tapi pepagi lagi dah riuh rendah rumah kecik maq ini. Kalau si Aida sibuk dengan search  hanset baru digoogle.Manakala si Etty pula asik melayan kan aja karenah adiknya yang sorang tu.Itu belum lagi pegang duit ( bekerja ) dah ada macam macam angan dia . Tapi bila  suasana riuh rendah jadi makin kacau bilau tiba tiba Aida menjerit ! Katanya ... '' MAK !! AIDA NAK ADIKKKKK !!! " ahhh sudahhhh....  Agaknya dia search adik kat google tapi tak jumpa ke?? Masyaallah bukan memain permintaan ni !?  Dah macam takde benda lain dia nak mintak ek?  Maq tahun ni dah 45 tahun ... Ingatkan malas dah nak belai baby kecik kecik ni.Yang ada ni pun dah cukup bagi maq rasanya.  Anak sendiri , anak asuhan.Maq pun baru tolak 2 permintaan orang nak hantar anak baru baru ni.Bukan sombong atau memilih.Tapi dalam usia 45 ni , rasanya tiba dah waktu mencari ker...

Kisah Anak Anak Maq Berpuasa

Bismillah, Harini Jumaat. Semoga segala usaha kita hari ini diberi keberkatan dan berjalan lancar. Diam tak diam sudah hampir seminggu bulan sya'baan 1440H. Mana yang belum habis bayar puasa tahun lepas tu cepat cepatlah buat qada'. Tak elok melambatkan bayar hutang tau. Tapi kata anak bongsu maq : " eee ..leceh betul lah puasa kalau  orang lain tak puasa , dugaan tu kuat sangat,kadang tak daya nak menahan . Lagi lagi kawan sekolah tu. Sedap dia je makan minum depan kita. Dah elak macamana pun tetap nampak dia orang makan minum. Makk..esok Aida puasa tau.." *dengan nada perlahan Aida beritahu ,esok dia nak bayar hutang puasa tahun lepas.. Maq cuma senyum bila dia mengeluh gitu.Nak tergelak pun ada Itulah pandangan orang yang terlalu muda dalam rumah maq ini. Maq cuma nak dengar je apa pendapat dia. Ternyata dia  masih jenis yang banyak alasan . Padahal nanti bila dia dah kerja ,lagi besar dia punya dugaan bayar puasa. Dan masa tu dia nak salahkan siapa? Orang jual...

Kek Span Hitam Manis

  kek Span Hitam manis. Bahan bahannya. 300gm tepung gandum 10 biji telur ayam gred A 500gm butter 200gm horlicks 1 tin kecil susu pekat 1 kotak/tin kecil nestle cream 1 tin kecil serikaya 400gm browning sugar sedikit esen vanilla Cara caranya: Pukul butter sampai kembang. masukkan telur satu per satu. Kemudian masukkan horlicks, nestle cream, susu, kaya & tepung gandum dan masukkan juga sedikit vanilla esen. Akhir sekali masukkan browning sugar. gaul rata.Kukus 4 jam menggunakan loyang 8x8. Tapi kek dalam gambar tu guna loyang 7x7- adunan bahagi 2. Kukus 3 jam tapi kukus 2 jam pun dah masak. 3 jam boleh buat kek tahan bila disimpan lama.So terpulang. p/s: utk memudahkan korang mengeluar browning sugar dari botol-rendam botol browning dalam air panas. note: untuk mndapat hasil kek yg cantik gaul sebati dulu setiap bahan sebelum memasukkan lagi bahan bahan lain yang seterusnya. Credit to owner📌

Hati sakit punca sakit mata

Assalamualaikum .. Bila kita dikecam atau disalah anggap oleh sesaorang, jangan  bangkitkan rasa benci untuk dia , tapi cubalah jauhkan darinya supaya hati kita tenang ,mata pun terang. Dalam masa yang sama , bila dah tak nampak batang hidung kita lalu dihadapan mata dia ,besar kebarangkalian , dia juga sukar nak buat apa apa andaian atau  spekulasi tentang kita. Andainya dah jauhkan diri pun dia masih nampak buruk kita , ternyata kita memang hebat!  Sebab diperhatikan pada setiap sudut , walaupun pada jarak jauh . Ketika itu kita dah boleh bajet retis huhu. Ini satu penyakit hati yang menyerang manusia. Dia tak berani bertindak sorang tetapi dia bangkitkan isu yang kadang sepertinya tidak masuk dik akal . Ajak membenci orang secara berjemaah . Arh kejam sekali ini. "Biarlah luncai terjun dengan labu labunya you.. "   ltu lah pesan pak pandir kepada mak andir sambil mendail handphone anaknya yang tertinggal dirumah. " aduh ! dah lenguh jari i  me...

Jangan jadi pokok pisang

Assalamualaikum Salam jumaat yang penuh kebarokatan .  Syukur jika kita masih lagi menjadi manusia yang dipandang mulia oleh manusia disekeliling apatah lagi disisi Allah .Amat berduka cita bila mana kita menjadi manusia yang terpinggir oleh masyarakat dan orang ramai hanya kerana perangai tak elok milik kita . Oleh dengan itu , hargai setiap penghargaan dan penghormatan yang diberi oleh manusia kepada kita . Dan elakkan perangai pokok pisang , kerana .. Kerana perangai seperti yang diatas itu ,bukan saja kita dipandang rendah ,tetapi setiap hari kita akan dibenci oleh manusia lain hanya kerana kita punya jantung tetapi "tiada hati ".  Na'uzunilla hii min zaliQ . Pesanan ini buat diri maQ sendiri juga . Selamat Beramal ~

Majlis Graduasi STPM Aida

Alhamdulillah, pada 18/08/2022 akhirnya Aida menghadirkan diri pada majlis gaduasinya .STPM yang diduduki sejak Julai 2020 menjadi pelajar tingkatan 6 kemudian diuji dengan Covid 19 .Pelajar tingkatan 6 paling lama tempuh pembelajarannya. Rupanya dah lama sekolah Dato Bentara Luar tak buat majlis seperti ini. Tapi disebabkan STPM tahun 2021 kalini ramai pelajar yang dapat keputusan cemerlang, sekolah berbesar hati untuk meraikan pelajar pelajar nya.  Alhamdulillah.. Tahniah Aida atas pencapaiannya. Maq doakan semoga Aida akan terus berjaya didunia dan akhirat. Inshaallah ,Aamiin.. Maq dan encik suami merupakan ibubapa pelajar yang pertama sampai kemajlis tu ,so peratikanlah suasana sekolah waktu tu, hehehe sunyi sepi je sis ... Lepas ni Aida nak sambung belajar kat mana? Ramai yang bertanya soalan seperti ini.Memandangkan Encik suami pun dah pencen,maq serah semua pada aturan Allah untuk masa depan Aida.Apa yang mampu maq buat sekarang ni,mendoakan kejayaan Aida untuk kehidupannya ...