Skip to main content

Manfaati cuti yang sehari

Assalamualaikum.
Sekali lagi maq menaip. Sekarang ni maq post entry pun kena yang biasa biasa je.  Kebanyakannya maq copy and paste dari whatsapp group.

Allah hu , sekarang ni susahnya nak bersuara ,walaupun kat blog sendiri. Sikit sikit kena kecam , sikit sikit kena viral . Sikit sikit ada yang terasa ,sikit sikit ada yang nak sentap .

Ntahlah.. Malas dah nak fikir lelebih , hidup  ini bukan lama pun lagi. Entah esok , entah lusa , entah entah kejap lagi. Kalau boleh detik tersisa ni sepenuhnya nak buat baik, nak senantiasa gembira dan ceria disamping ahli keluarga yang disayangi.

Bulan 12 ni anak anak maq yang belajar tu dah berkumpul sebab cuti sem akhir tahun. Selain menghadiri undangan perkahwinan ,maq ada juga bawa budak budak yang bercuti ni bersiar siar. Namun disebabkan encik suami hanya dapat cuti pada hari Ahad iaitu hari "offday" aja, makanya kami tak dapat nak jalan jauh. Keluar pagi balik petang jelah mampu.

Minggu lepas bawa anak anak jumpa Atuk dan mak tuk mereka di Kempas, Johor. Suka orang tua tu sebab anak cucu datang. Badan letih pun ditahan tahankan juga melayan kami. Dua tiga jam jumpa , tak cukup rasanya melepaskan rindu . Hehe sebelum balik , mak tuknya siap pesan lagi , nanti minggu depan datang lagi. Allahhu ,nak nangis rasanya. Apa yang mampu hanya kata kata " insha Allah ya mak , kalau ada masa kitaorang kesini lagi jumpa emak dan abah" 


"😭😭😭 dada sebak Allah je yang tahu"

Kalau emak abah nak tahu , anak emak ni kalau boleh ,hari hari nak datang tengok emak , abah kat sana tu. Kami sebetulnya nak emak abah ada depan kami. Dengan usia yang tersisa kita , kami nak emak abah rehatkan badan , tidur selesa , makan selesa dan sambil sambil tu tambah amalan dengan pergi ke kuliah kuliah di taman taman syurga demi mengisi ilmu didada. Tapi apakan daya , emak abah dah pilih jalan hidup tersendiri. Kami terpaksa  akur. Jika ini jalan kehidupan yang Allah redha , kami terima . Setakat ni hanya doa yang kami mampu hulurkan . Hari hari mohon emak abah diberi kesihatan yang baik agar dapat melakukan tugas harian dan amalan dunia dan akhirat dengan sempurna dan terurus.

Aamiin ya Robbal a'lamiin.


Lepas balik dari tempat emak abah berniaga ,maq dan anak anak dibawa oleh encik suami cuci mata ke Johor Premium Outlet. Sebuah pusat beli belah terkenal diJohor. Pengunjung yang senantiasa ramai dan barangannya yang berjenama terkenal , Johor Premium Outlet ni kebanyakkannya dikunjungi oleh warganegara Singapura. Wah , 'year end sale' lah katakan , shopping sakan diaorang tu. Untunglah nilai matawang mereka lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia. Rezeki ya tak ?

Haish ,bebel tak reti berhenti nampaknya kan , 😂 yok yok kita tengok pula gambar kenangan pada hari Ahad lepas.





Gambar atas antara suasana diJohor Premium Outlet pada Ahad itu.




Gambar atas , antara pengunjung yang bikin kesesakkan jadi lebih sesak.



Wefie dikedai emak berniaga. Asam pedas Batu Pahat, diKampung Sinaran Baru ,Jalan Kempas Lama ,Johor Bahru. Semoga Allah lindungi emak abah dengan sebaik baik perlindungan didunia dan diakhirat.


19.12.2017 -  Happy birthday Emak 😘



Nota maq : banyak lagi gambar kenangan  kami pada hari Ahad tu , kalau nak tengok ,masuklah instagram maq @maqnienurseri . Kat situ banyak maq update gambar kenangan aktiviti maq dan keluarga. 

Popular posts from this blog

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Pantai Puteri ,Melaka

  Bismillah, 10 Ogos ,tanpa dirancang ,tetiba lepas makan malam kami diajak ke Melaka oleh encik suami.Kami tu bermaksud maq dan anak bongsu. Kaki maq yang sakit lepas jalan jauh ke Perak belum sembuh lagi tapi naluri membuak nak ikut suami ke Melaka.Hmm memang spisis suka berjalan kan. Keesokkannya ,11 Ogos,kami pun gerak ke Melaka pada pukul 7.00pagi. Sewaktu sampai ditepi Pantai Puteri ,cuaca dah mendung,angin bertiup kuat dan ombak berlari kencang mengejar pesisir pantai.. Redup dan berangin.Pandang laut dapat pahala. Dibawah ni antara kenangan kami sewaktu di Pantai Puteri tempohari. Gambar atas & bawah : berkembang kembangan kain tudung ditiup angin laut  Berkelah cara maq : 1- beli je makanan yang biasa dijual dikediaman kami.Contoh haritu ,encik suami beli nasi lemak  3 bungkus,sebelum tu kami rebus telur siap siap sebelum tidur. 2-beli atau bawa air mineral & air manis.Kami beli kopi wonda dekat 7E je.Beli juga kuih muih yang sesuai,maq pilih karipap, ok ...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Raikan 1 Shawal 1446H

Bismillah, Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin dari Maqnie sekeluarga. Harini barulah berkesempatan nak update post kat blog selepas beberapa hari sibuk dengan urusan ditinggalkan ramadhan dan urusan nak sambut kedatangan shawal. Post kalini maq nak kongsi momen shawal pertama di kediaman bonda kami di Kampung Parit Balak. Inilah keluarga kecil kami,Alhamdulillah. Moga Allah terima amalan kita disepanjang ramadhan , shawal dan pada bulan bulan yang seterusnya. Allahhumma Aamiin... 🗨️jom selawat.

Sayyidul Istighfar

  Bismillah, Sabtu, 15 Jamadilawal 1446H.  Kata kata motivasi SAYYIDUL ISTIGHFAR -Penghulu Istighfar  Ada sebuah Dzikir yang disebut Nabi sebagai ‘Sayyidul Istighfar’ (Penghulu Istighfar). Keistimewaannya Luar Biasa. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Pagi dengan Penuh Keyakinan, kemudian Meninggal sebelum Datangnya waktu Malam, maka Dia Masuk ke dalam Syurga. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Malam dengan Penuh Keyakinan dan Meninggal sebelum Datangnya Pagi, maka ia Masuk ke dalam Syurga (H.R alBukhari). Bacaan Sayyidul Istighfar itu adalah seperti berikut: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ "Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak Ada Sesembahan yang Berhak Disembah selain Engkau. Engkau Menciptakan Aku, Aku HambaMu, dan Aku a...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Saw Palmetto dari nutrilite untuk orang lelaki

Assalamualaikum. Menurut pakar, segagah manapun kaum lelaki ni, bila dah cecah umur 40 tahun keatas. Mesti ada masalah pada pundi kencingnya. Bau seluar kecik tu ada sikit hancing. Sebab apa??? Ada setitik dua air yg terkeluar lagi tapi tuan badan tak perasan. Jadi cammana solat kita..?? Sebab tulah ada sunnah tertentu lepas kita buang air kan.. Oleh tu abang abang diluar sana disarankan ambil Nutrilite Saw Palmetto ni untuk mencegah permasalahan tu , memang nampak ketara perubahannya nanti. Nak solat pun dah semakin confident.. Insyaallah.. Sumber : copy and paste dari group whatsapp jzt* NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 gel lembut) NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root meningkatkan kesihatan saluran kencing untuk lelaki dan menggalakkan fungsi prostat yang sihat. Saw palmetto membantu melegakan masalah pembendungan cecair. Akar nettle root mampu memberikan sokongan herba untuk aliran kencing. UTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 sg)  R...

Dunia Memburu Masa kita

Assalamualaikum. Minggu ni idea maq liat pulak nak berinteraksi dengan huruf dan ayat didalam blog. Mungkin maq rasa terlalu penat sehingga idea satu apa pun tak menjadi . Atau mungkin terlalu banyak masa dihabiskan dengan urusan dunia sehingga tak sempat nak menaip dan berkongsi cerita? Yang nyata memang idea kering kontang..😞 Ahad dan lsnin lepas maq berada di Kuantan ,Pahang. Selasa hingga ke hari ini maq sudah berada di Batu Pahat. Banyak kenangan yang hendak dikongsi tapi masih kekal semuanya tersimpan sebagai draf didalam hati.  Senja ni , maq tersedar bahawa bila maq  terlalu sibuk dengan urusan dunia ,memang maq akan kehilangan banyak masa . Sedar sedar diri ini dah tua .. Semoga Allah tidak membolak balikkan hati ini.. Aamiin. Kata nasihat.

Ainul Mardhiah Suka Lagu Shark Doo doo?

Assalamualaikum.. Tiba tiba maq panggil Ainul  Mardhiah ' my baby shark dudu' . Tapi kenapa? Sebab Ainul minat sangat dengar lagu tersebut. Bukan sahaja dengar malahan turut sama menari ikut step dari video shark dudu tu,bukan sekali tapi hampir setiap hari!  Cuba masuk link ini kalau nak tengok dia punya aksi . Kadang tu tengah makan dikedai pun dia akan menari dan lagi lawak, mama atau papa pun turut disuruh menari sama.  Ainul.. Ainul...semua orang jadi mangsa shark dudu termasuklah tok ayah dia (encik suami) . Masa ni dia sedang menghayati  lagu selamat pengantin baru kat rumah orang kawin. Kalaulah D. J.  tu pasang lagu shark dudu, maq rasa terbang lah nasi beryani dan ayam masak merah yang ada atas meja tu.  Bulan April 2020 akan datang , Ainul dah masuk 2 tahun. Tapi yang jadi masaalah sekarang ni, tabiat memuting dia tu.  Makin hari semakin menjadi jadi. Maq tak tahu bagaimana nak hilangkan tabiat memuting tu. Sebab ikut pengalama...