Skip to main content

Perempuan



Assalammualaikum

ada satu kisah yang maq ingin sangat nak kongsikan diblog ini . bukan nak mengaibkan sesiapa. tapi sama sama kita buat panduan dalam kehidupan kita pada perkara nya yang baik ,dan pada hal yang tidak elok , sama sama kita abaikan .

harap sangat ~ sangat !


perempuan itu ...
dilahirkan dalam suasana keluarga yang sungguh sederhana . tidak kaya dan tidak papa kedana . dia punya ayah ,dia punya ibu . dia hanyalah ahli keluarga bagi orang kampung yang tidak terlalu maju ketika itu .

perempuan itu ...
diwaktu kecilnya , merupakan anak kesayangan semua orang . ibu ayah sayang dia , datuk nenek sayang dia , makcik pakcik sayang dia , sepupu ,saudara mara semua sangat sayang padanya ,kerana dialah antara insan yg ditungu tunggu oleh semua orang selama beberapa tahun ibu ayahnya bernikah .

perempuan itu...
biarpun kelurganya tidak kaya ,namun dia tidak pernah kelaparan ,dia tidak pernah tidak berbaju, dia tidak pernah demam kesejukkan . kerana apa? kerana dia ada semua nya itu sebagai nafkah dari ayahnya yg juga bukan seorang jutawan .

perempuan itu...
pernah dipesan oleh aruah datuknya supaya diajar mengaji al~Quran sehingga khatam , kata aruah datuk ,hanya itu harta yg kekal sampai ke lubang kubur nanti . dipesan lagi ,agar perempuan itu dijaga dengan didikan agama supaya tidak menyusahkan kedua orang tuanya bila sudah dewasa nanti . makanya ibu lah perantaraan antara pesan aruah datuk kepada perempuan itu . alhamdulillah kini perempuan itu sudah beberapakali khatam al-quran bersama tajuid yg sahih !


perempuan itu ...
ketika remajanya sangat diuji dengan berbagai kejutan budaya ,akhirnya perempuan itu leka seketika dengan dunia asalnya . sehinggakan di gagal dalam peperiksaan SPM dengan mendapat keputusan yg kurang memuaskan  semua orang . dan disebabkan  keupayaan keluarganya untuk meneruskan pengajiannya , perempuan itu terpaksa bekerja untuk menampung persekolahan adik adiknya yang ketika itu sedang belajar . walhal gajinya ketika itu hanya rm3.50 sehari .dia tidak boros kepada benda yg tidak berfaedah ,malah dengan gaji rm3.50 sehari dia dapat  membantu ibu ayahnya menyara keluarga ketika itu . dan perempuan itu masih kekal bersabar .


perempuan itu ...
zaman remaja nya diakhiri dengan menjadi isteri kepada suaminya pada ketika usianya 24 tahun ! itu pun setelah adik adiknya tamat pembelajaran  . dengan tekad dihatinya :  aku berkahwin dengannya sebab aku tak mahu dosa ku berterusan dalam bercinta sahaja  ,dosa ibubapaku berpanjangan ketika melepaskan aku bercinta  dan disebabkan aku sayang akan kekasihku seadanya .maka aku relakan diri ini menjadi isterinya yang halal lagi sah ! walaupun aku sedar dia tidak memiliki harta didunia ini .namun aku yakin ,akan datang rezki kami selepas ini ,kerana Allah selalu ada untuk kami ..insya Allah .


perempuan itu...
apabila sudah bergelar isteri ,tidak lagi dibenarkan oleh suaminya berkerja diluar rumah . dengan alasan banyak mana rezki yang suaminya bawa pulang , itulah yg mencukupi buat mereka berdua dan anak anak . suaminya selalu berpesan ,jangan mengeluh ,jangan banyak runggut,jangan banyak bunyi . duduk dirumah ,awasi anak anak ,didiklah mereka sebaik mungkin dan akhirnya isterinya kena akur pada tiap arahan insan yg disayangi nya itu . sambil dihatinya berdetik : aku relakan semua ini kerana ini pilihan ku menikahi kamu , jika ini mahumu ,sepedih mata hidup ini , aku akan terima kesakitannya sendirian ,tanpa kamu sedari .


perempuan itu ...
sering aja menangis dalam tidurnya , sering aja menangis dalam mimpinya . sering aja menangis dalam sedarnya . kerana pada dirinya apa yang di alami sekarang ini ,mungkin aja balasan dari dosa dosa masa silamnya ( ketika remaja ) dan apa bila air matanya kering ,dan dia pun tersedar , makanya dia tak akan  menyesali ! jauh daripada pemikiran hina dinalurinya ,dan  terus aja dia berfikir secara positif bahawa : inilah takdir ku ! yg telah direncanakan dari azali ! apa lagi mahunya aku ? anak? aku ada ! suami ? aku punya ! rumah ,kereta ? aku miliki walaupun ianya tidak sehebat macam orang lain ,tapi ye ! aku miliki semua itu ! barang kemas aku walaupun  tidak sampai ke siku tetapi aku masih miliki walau cuma selembar gelang tangan dan sebentuk cincin pemberian ibu dulu ! ye ! syukur ! syukur ! ya Allah ..alhamdulillah aku miliki semuanya disini ! hurmm  tapi ....



perempuan itu akan sebak ,sedih dan sayu bila dia mana dia berkata yg dia miliki semua yg dia mahukan  , dia miliki kasih sayang ibu ayah ,anak anak ,dan suami  dan semua orang disekelilingnya ,namun dia terpaksa hidup dalam delima '' api cemburu yg kekal menyala di hati pasangannya '' . dan bila semua ini dikenangkan oleh perempuan itu , hatinya menangis ,meronta ronta , seakan mahu aja dia pergi jauh dari dunia nya yg sedia ada sekarang ! kerana pada perempuan itu , cemburulah yang bakal mengugat rumah tangga dan kasih sayangnya  yg telah pun dia semai selama ini .


mohon  sangat Allah selamatkan rumah tangga  perempuan itu hingga keakhir hayatnya ...aamiin

siapa perempuan itu ? dia ada dimana mana ,disisi kamu ,disisi maq ,disisi siapa saja yg membaca luahan ini. maka hati hati dengan perempuan itu ,mungkin saja dia tersenyum ,tapi dihatinya dia sudah cukup kerap menangis ....



Popular posts from this blog

Solat Jenazah,Ramai Tak Ambil Peduli

  Bismillah, Kalini Maq nak sentuh pasal isu solat jenazah.Solat ini hukumnya adalah fardhu kifayah.  Kalau kita tengok,kebanyakkan yang buat solat jenazah adalah kaum lelaki.Sedangkan kaum wanita yang datang hanya duduk dan bersembang sembang santai. Padahal solat jenazah ini bukan kena guna sejadah atau telekung labuh pun.Cukup dengan; *suci dari hadas kecil & besar *berwhuduk *tutup aurat sempurna seperti aurat dalam solat fardhu Dan andai kata kita adalah waris kepada jenazah yang akan disolatkan itu bukan saja kita dapat pahala,tetapi apa yang lebih penting lagi adalah doa kita yang Allah makbulkan secara langsung. Waktu kita baca doa dan mengaminkan doa ,waktu yang sama itu juga Allah makbulkan doa doa kita untuk simati. Antara doa yang tiada berhalangan   ------------------------------------------- Doa anak untuk kedua ibubapanya. Doa emak untuk anaknya. Doa isteri untuk suaminya. Lagi hebat lagi ganjaran Allah bagi,bila mana 40 orang lakukan solat jenazah seca...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Tanda Tanda Awal Serangan Jantung

  Bismillah, Sekarang kerap sangat kita dengar kematian yang berpunca dari serangan jantung. Dulu dulu orang tua je yang kerap dapat serangan jantung,zaman sekarang orang muda pun dah ramai yang kena. Gambar atas tu maq dapat dari mana pun dah tak ingat tapi rasa tak salah kalau maq simpan dalam blog ini untuk buat tambah ilmu pasal serangan jantung tu. ------------------------------------------------------ TANDA AWAL SERANGAN JANTUNG ------------------------------------------------------- *Rasa sakit pada bahagian dada *Rasa susah nak bernafas *Pening kepala *Berpeluh tiba tiba *Rasa kebas,rasa sakit pada bahagian bahu kiri,lengan kiri ,leher atau dagu *Rasa loya dan muntah *Rasa berdebar debar Korang,andaikata korang atau ahli keluarga korang ada tanda tanda awal tu ,cepat cepat buat sesuatu.Jangan dipandang remeh. Mencegah itu lebih baik. Dapatkan rawatan segera! Biasanya tanda tanda awal tu dah ada tapi disebabkan kita takda ilmu tentangnya maka bila dah jatuh baru nak dapatkan...

Ayat Quran Yang Jadikan Maq Rasa Tenang Dan Senang

  Nasihat** Bismillah, Sejak masuk tahun 2026 ,baru minggu ni mood blogging maq datang.Sebelum ni terlalu banyak 'urusan' yang perlu dilakukan hingga mood berblog hilang ghaib entah kemana. Tahun 2025 - banyak kejutan yang belaku dalam kehidupan peribadi maq.Semua nya tidak dirancang tapi maq sangat yakin aturan Allah sangat indah.Apa yang belaku telah disenaraikan sejak azali lagi. Korang tau tak apa yang dah buat maq jadi sebegitu tabah nak hadap semua ujian tu? Alhamdulillah,tafsiran 2 ayat terakhir surah Al Baqarah yang telah mendidik jiwa maq. Awalnya maq cuma dapat baca sikit sikit,kemudian maq dapat menghafal dan sekarang 2 ayat tu dah sebati dalam setiap denyutan nadi maq.Lepas solat baca,sebelum tidur baca dan bila maq free,maq baca. Jom kita baca makna 2 ayat tersebut dan fahamkan apa yang maq dapat untuk meneruskan kehidupan ini dengan tenang. Bismillahirohmanirohim... (2:285) ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ ب...

Amalan Sementara Masih Bernyawa

  Amalan yang dianjurkan untuk kita  lakukan. 1) Baca QulhuAllah 10x setiap pagi. 2) Baca Al Mulk sebelum tidur. 3) Sedeqah subuh hari hari. 4) Baca Ayat Qursi lepas solat. 5) Selawat pada hari Jumaat melebihi zikir zikir lain. 6) Berwudhu 10minit sebelum azan, off hp dan berzikir untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dlm solat. 7) Satu doa utk setiap satu sedekah subuh. 8. Seindah indah ibadah - membaca istighfar 10minit sebelum azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis. (waktu sahur) 9) Mencari kawan kawan soleh untuk dapat kan shafaat mereka - amalkan,   "وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين "  "wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin"  Ertinya: jadikan kami dalam rahmatMu bersama para solihin. 10) Setiap kali masuk masjid carilah Al Quran dan bacalah walau 1 ayat untuk tambah saksi di akhirat. 11) Jika mohon syurga, mohonlah syurga Firdaus Al A'la.Mohon yang paling tertinggi 12) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sebelum sola...

20 Nasihat Untuk Wanita 2026

Pesanan : Jika nak lebih jelas ,sila tekan pada gambar. Credit to photo's owner. Lisa Sara.♥️ Thank you. Guys ,Jangan lupa selawat📌

Antara Ibu,Isteri dan Anak,siapa paling utama?

Assalamualaikum. Baca tajuk tu. Kalau anda sebagai seorang lelaki yang hebat siapakah lebih anda utamakan? Ibu? Isteri? Anak? Okey ,katalah dalam satu pelayaran keluarga tiba tiba kapal anda nak karam. Dalam masa yang sama anda cuma ada satu boat penyelamat yang mampu memuatkan 3orang.  Masalahnya sekarang anda berempat! Haaaa..  Nak pilih siapa untuk diselamatkan? Ibu -  Orang yang telah melahirkan kita. Jaga kita ,menyusukan kita.  Beliau dah beri kita segala apa yang dia mampu. Sampailah besar kita dijaga nya hinggalah dah bekerja dan berkahwin. Doa ibu mustajab sebab tiada berhijab.Anda berada dalam pengawasan ibu hinggalah anda dah berkahwin barulah isteri pula ambil alih tugas tu. Isteri - selepas bernikah , dialah tanggungjawab anda. Anak perempuan orang yang mana walinya telah mewakilkan anda menjaganya. Jaga makan minum ,jaga tempat tinggal selesa, sediakan pakaiannya. Segala kemudahan dia adalah tanggungjawab anda. Syurga dia pada anda, menjaga dan me...