Skip to main content

Jiran perihatin


Assalamualaikum.

 Esok dah muncul 2018 . Di negeri Johor tak semua perkerja meraikan tahun baru. Esok ada warganegeri yang berkerja dan ada yang bercuti. Dan begitu juga dengan hari  Jumaat yang dianggap cuti hujung minggu . Namun hakikatnya tak semua Johorean bercuti pada tiap hari Jumaat. Ternyata kerjaya telah memaksa manusia nampak berbeza walaupun hakikatnya mereka berpijak dibumi yang sama.

Cewah ayat kemain lagikan.

Zaman sekarang manusia bebas bersuara. Rata rata orang sekarang boleh dikatogerikan sebagai orang yang berani! Ya semua sudut mereka sudah berani . Termasuk berani jumpa isteri orang ! Opss

Tempohari rumah maq didatangi seorang hamba Allah yang berani. Beliau mengadu perihal kelakuan anak maq . Alhamdulillah , ini merupakan perkara terbaik yang dilakukan oleh sesaorang yang sangat perihatin. Maq terima semua kata kata beliau. Maq kenal perangai anak maq , maka aduan beliau memang maq terima . Malahan maq berterima kasih kepada beliau kena sudi menegur silap anak maq itu.

Rasa sangat rugi bila berlakunya satu pertelingkahan antara kejiranan. Ini kerana hidup kita bukan untuk sehari dua. Jiran merupakan antara orang yang pertama akan kita jumpa bila kita balik dari tempat kerja setiap petang.

Dalam kes tetamu maq yang berkunjung haritu , beliau sudah pun siap sedia menyusun satu persatu kesalahan demi kesalahan yang anak maq lakukan didepan matanya . Sehinggakan anak maq buang sampah kedalam tong sampah dengan plastik yang tidak diikat pun dia tak berpuashati. Dia kata itu SALAH ! Ya memang salah ! Dan Maq cuma mampu senyum bila dia "complain" macam tu.

Dengan tak tersengaja terkeluar pula ayat dari bibir wanita tua ini :

" mereka tu baru setahun berkahwin , dan belum setahun pula duduk rumah sendiri. Ada banyak lagi rupanya mereka perlu belajar , termasuklah belajar cara buang sampah ditong sampahnya sendiri , kan? Tapi agak pelik , kenapa ya awak cari akak ? sedangkan yang berjiran dengan awak itu anak akak dan kesalahan tu layaknya awak tegur pada dia ,bukan mengadu macam ni dekat akak , sebab akak tak nampak apa yang mereka buat kat rumah mereka tu.."


Sejujurnya , Maq bukan tak terima aduan beliau tetapi maq rasa cara dia tak menepati idea orang tua seperti maq. Jika betul anak maq buat banyak silap, selayaknya dia ( sebagai jiran yang banyak pengalaman dalam rumahtangga dan dah 20tahun lebih hidup berjiran disitu ) tegur lah anak maq dengan bersemuka, bukan datang kerumah maq dan mengadu ! Realitynya mereka takkan tahu kesalahan kesalahan yang mereka buat kat rumah mereka sendiri tu!

Mungkin dia fikir maq akan beritahu kat anak maq tentang semua itu ? Heee kalau anda nak tahu , setiap apa saja cerita yang maq terima, biasanya ianya akan maq akhirkan disitu sahaja. Tiada penyambungan cerita lagi selepas selepas itu. Kenapa? Ya , sebab maq tak suka memanjangkan 'cerita hangat' yang maq dengar.

Persoalannya sekarang :  kenapa orang lain yang buat salah ,orang lain pula yang terima padah?  Yang kena serang dengan kata kata yang tidak menyenangkan? Apakah seorang ibu memang perlu terima padah atas tiap kesilapan anak anak mereka? Walaupun mereka sudah berumah tangga. Anda tuan rumah tersebutkah?

Sebelum tetamu itu balik ,maq ada cakap kat dia , jika bertelagah itu akan menguntungkan setiap pihak , akak akan sokong orang orang yang suka bertelagah. Tapi setakat ini semua pertelagahan hanya sia sia ! Pergilah bawa bincang ,itu lebih nampak lebih matang ...



Nota maq : ini hanya luahan seorang ibu tua. Dan jika anda terbaca luahan ini, lantas anda bercerita kepada sesaorang yang lain ,itu hak anda tetapi kemaafan itu masih kekal jadi hak milik maq. Apa yang maq cuba sampaikan, duduklah dengan konsep jiran yang lebih banyak mengalah,lebih kepada nasihat menasihati.  Lagi lagi jika jiran anda baru berkahwin setahun dua. Mereka itu sedang belajar ilmu kejiranan dan ilmu rumahtangga.

Cuba ingat semula, kisah anda baru nikah dulu dulu , adakah hidup anda sesempurna hidup yang sekarang? Kesalahan itu elok ditegur dengan cara  , orang buat salah pun tak perasan akan kesalahannya. Bak kata perpatah ,tarik rambut dalam tepung, tepung tak beselerak , rambut tak putus.


" Jagalah ukhwah sesama jiran , insha Allah , Allah akan jaga kita dan ahli keluarga kita  walau dimana juga kita berada."

Popular posts from this blog

Ujian Waktu Cuti Panjang

  Bismillah, Semalam 13/9, Maq dah start cuti mengasuh hingga 16/9. Tapi harini 14/9 Kami bertiga terpaksa ke klinik asbab diuji demam batuk dan selsema.Klinik pilihan kami pastinya Klinik Zainab. Aida dapat mc 2 hari kerana doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah.Darah putih lebih dari darah merah.Aida perlu berehat secukupnya dan jangan lupa makan ubat. Maq macam biasalah ,walaupun batuk batuk tetap jugak kena uruskan 'pesakit pesakit' yang lain. Balik dari klinik terus Pasang EO dalam ruang rehat kami. Eo Cengkih,lavender & haruman kasturi Asma' Harun bergabung. Menu makan tengahari,Bubur nasi dan ayam goreng kunyit untuk santapan pesakit. Masa nak makan tuangkan kicap jalen manis sikit.Yummy!! pesakit makan berselera.Bertambah tambah nasi. Ramai kata sekarang ni musim demam,masa di klinik tadi pun semua yang nak dapatkan rawatan pun asbab demam. Moga sakit ini dapat menghapus dosa dosa masa silam,Aamiin... Teruskan berselawat wahai umat Nabi Muhammad ,kitalah um...

Done booster ?

  Assalamualaikum. haaa..done booster 6/1/2022 kat Bp Mall .So apa cerita ? Jom throw back kisah silam itu hehehe padahal baru seminggu lepas . Temujanji maq pukul 6 petang, Temujanji encik suami pukul 11.30 pagi. Kalau encik suami disuntik dulu lepas tu tangannya sakit ,siapa nak hantar maq petangnya ? Dan satu dunia tahu ,maq tak reti drive. Solusi : maq pergi je awal ,sama dengan waktu temujanji encik suami. Semasa dalam perjalanan nak ke bp Mall, maq dah doa banyak banyak supaya tak kena halau dengan petugas kat PPV tu sebab datang lebih awal dari waktu yang diberi. Alasan maq : petang nanti takda sapa nak hantar saya..encikk.. OK ! alasan diterima. Terus dapat nombor giliran. Encik suami pula yang tertinggal kat belakang ,dia dapat nombor 1334. Puncanya mysejahtera dia loading macam siput. Lainkali gunalah umobile,barulah line laju macam kuda! 🤭 06/01/2022 - semua warganegara sahaja yang ambil vaksin booster pada hari tersebut.   Okey jugak sebab sebelum ni ada informer ...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Sebab Degil Dos Ubat Ditambah Lagi

  Bismillah, Kalini saja je nak kongsi kisah 17 Jun 2025 yang lepas.Pada hari tersebut ,maq ada temujanji dekat klinik kesihatan Batu Pahat. Ini adalah rutin 6 bulan sekali. Sebelum itu pada 3 Jun lepas, maq dah diarah ambil sample darah untuk mengetahui tahap kesihatan maq terkini. Lepas raya aidil fitri & aidil adha ,ofkos gaya pemakanan yang sangat buruk! Hahaha tiap tahun memang macam gini. So bila keluar je result darah, maq pun kenalah tahan telinga ni sebab confirm kena bebel dengan doktor.Puncanya? Jujur guys, inilah puncanya. Result yang teruk! Tahap kolestrol naik sampai 7.46! Dan ada juga beberapa lagi keputusan  yang naik termasuk bacaan tekanan darah. Apa pun alhamdulillah berat badan dah turun sekilogram ,tapi tak berbaloi jugak kot kalau yang lain lain semua dah semakin naik. Uuuargh😭 Tapi Doktor dah tahu dah punca semuatu. "acik ni tak makan ubat ea?" ***ye doktor,banyak sangat la ubat yang acik nak kena telan. "dah tu tiap bulan acik ambil ubat nak ...

Punca Rezeki Apa?

  Gambar sekadar iklan, beli dekat beg kuning disini Bismillah, Lama tak menaip.Jarini lebih rajin kongsi hasil salin tampal pulak beberapa harini. Harini Jumaat ke dua dalam bulan Zulkaedah iaitu bulan ke 11 dalam kalender islam hijriah. Alhamdulillah rasa sekejap sangat masa berlalu. Macam baru je beberapa bulan lepas kita sambut awal Muharam ek. Guys betul ke kita kerja ni untuk cari rezeki?Kalau rajin berkerja maka banyaklah rezeki akan kita dapat? Benar kah??? Dihari Jumaat yang mulia ni ,jom guys kita adjust sikit gaya pemikiran kita tentang rezeki. Sebenarnyakan rezeki bukan datang dari berapa kuat kita bekerja tapi makin banyak kita beribadah ,makin banyak rezeki akan Allah bagi. Sebab itulah kalau kita perasan,kerjalah bagai nak rak tapi ibadah dan kewajipan lain terabai ,boleh ke ada rasa cukup dengan hasilnya? Pastinya takkan? Dah ada RM 3-4juta dalam akaun bank pun masih kena kerja keras guys!  Dan katanya takda istilah pencen dalam kerjaya seorang yang sudah pun b...

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

  Bismillah, 12 Rabiul Awal 1447. Biarlah apa pun yang diperkatakan tentang tarikh keramat ini , kami akan setia merindui mu yaa Rasulullah.Terima kasih membawa islam dan semua kebaikannya kepada kami. Perbanyakkan Selawat Ke Atas Rasulullah. اَللّهُمَ صَلّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐌𝐌𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐋𝐈𝐀'𝐋𝐀 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐀'𝐋𝐀𝐀 𝐀𝐀𝐋𝐈𝐈 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 "Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat Kepada Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarga Nabi Muhammad." Miss you yaa Rasul Allaah 😭

Coklat Kunafa Dari Mekah

  Bismillah, Sejak viral dikalangan jemaah umrah pasal coklat kunafa ,maq teringin jugak nak merasa.Tapi malu nak kirim dengan kawan kawan yang pergi umrah.Sebab mereka tu pergi  untuk beribadah bukan nak nyoping. Padahal kat tiktok shop ada je yang menjual coklat kunafa ni namun disebabkan ramai kena tipu dengan seller ,maq langsung tak berniat nak beli kat tiktok shop. Pada maq ,tunggu lama pun takpa asalkan maq dapat yang betul betul dari tanah arab tu. Haaaa biasalah orang tua ni memang cerewet sikit.Tunggu lama tu macamlah esok lusa dia nak pergi ke Mekah kan,hahaha niat dah ada sis ,bajet je belum cukup.Sabar maq sabar... Rezeki aturan Allah.Maq yakin aturan Allah sangat indah. Nak dijadikan cerita,ketika hari pertama Aida kerja selepas cuti hari raya beberapa hari, seorang mutawif ada bawakan Aida ole ole dari tanah suci Mekah dan Madinah. Salah satunya adalah coklat viral itulah.Yes Coklat kunafa ! Alhamdulillah... Orang mengidam ni makannya bukan banyak pun.Dapat rasa...

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Bismillah, Di bawah ini maq kongsikan penulisan mantan menteri dijabatan perdana menteri bahagian hal ehwal islam - Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai isu tabung haji & penjenamaan semula. Maq memang hormati beliau ni sejak dulu hingga ke hari ini,inshaallah.Seorang yang berakhlaq baik dan ilmunya padu. POLEMIK PENJENAMAAN SEMULA TABUNG HAJI 1. Tabung Haji (TH) lahir daripada ilham besar Profesor Diraja Ungku Aziz untuk menghimpunkan simpanan umat Islam di Malaysia, lalu dipayungi undang-undang agar urusan ibadah haji mereka terjamin. Sejak 1963, ia berdiri sebagai institusi kebanggaan negara yang menggabungkan urusan kewangan dengan roh ibadah.  2. Penjenamaan semula adalah sebahagian usaha mengekalkan daya saing dan imej global. Kali terakhir penjenamaan dan penambahbaikan logo dilakukan ialah pada tahun 2009. Namun, apa pun bentuk perubahan, ia mesti berpaksikan kepada maruah agama dan keyakinan umat. 3. Semasa saya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana M...

Susu Cair Ganti Santan

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi .  Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pi...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...