Posts

Showing posts from October, 2025

Info Haji 2026

Image
  Bismillah, Banyak info yang masyarakat kena tahu perihal yang berkaitan haji yang dikelolakan oleh pihak tabung haji tentang haji 2026 . Info dibawah ini maq dapat dari group fb jemaah haji Malaysia.Hasil salin tampal** 🔥1. Tawaran Haji (P1) ✅️ Setakat ini 3 batch tawaran telah dikeluarkan: 24, 29 & 30 Oktober 2025. ✅️ Proses tawaran masih berjalan dan belum dimaklumkan tarikh akhir. ✅️ Calon dalam THiJARI bertanda “Tersenarai 1447H” akan menerima tawaran secara berperingkat. 🔥2. Rayuan Haji ✅️ Dibuka mulai 3 November 2025. ✅️ Kategori rayuan mahram: suami/isteri perlu sahkan tawaran dahulu. ✅️ Rayuan lain: boleh terus buat permohonan dalam THiJARI. ✅️ Tabung Haji akan menilai purata baki simpanan sebelum meluluskan rayuan. 🔥3. Syarat Simpanan Minimum RM15,000 ✅️ Bermula 1447H, tawaran hanya diberi kepada jemaah dengan minimum RM15,000 dalam akaun Tabung Haji. Hanya ~60% calon dalam senarai asal memenuhi syarat ini. ✅️ Ini bermakna masih banyak kekosongan kuota untuk merek...

Bahan semulajadi yang boleh kawal gula dalam darah

Image
  Bismillah, Ramai tak sedar, gula dalam darah bukan naik sebab makan manis je. Kadang-kadang, badan kita sendiri tak pandai ‘urus’ gula tu. 👉 Bila insulin tak cukup sensitif, atau sel tak nak ‘buka pintu’ untuk gula masuk, maka gula pun berkeliaran dalam darah.   👉 Akibatnya? Letih, kabur mata, cepat lapar dan mood pun swing macam cuaca sekejap panas, sekejap hujan. Ada 3 bahan ciptaan Allah yang terbukti dapat bantu stabilkan sistem ini: - Daun mulberi: bantu lambatkan penyerapan karbohidrat. - Halba: galakkan sensitiviti insulin. - Ekstrak kayu manis: bantu gula masuk ke dalam sel dengan lebih efisien. Ini bukan ubat. Tapi ini nutrisi yang disokong kajian klinikal. Sesuai untuk mereka yang nak kawal gula secara semula jadi. semoga beri manfaat. Sumber : facebook

Majlis Pernikahan Sepupu di Ulu Kinta ,Perak

Image
  Bismillah, 17/10/2025 yang lalu,maq sekeluarga telah menghadiri majlis pernikahan sepupu maq ,Siti Nur Atikah di masjid Ar Rashid ,Ulu Kinta Perak. Acara Akad nikah berlangsung pada pukul 9.45malam.Dengan sekali lafaz je ,Atikah dah sah jadi isteri orang,Alhamdulillah. Selesai majlis nikah,tetamu dari pihak lelaki dan dari ahli keluarga Nur Atikah menjamu selera dikediaman pengantin perempuan di Taman Hiburan ,Ulu Kinta. Bawah ini antara momen yang mampu maq semadikan pada kenangan indah malam tersebut. Bersama si bongsu Bersama Angah Meriah malam tu.Ahli keluarga pihak pengantin lelaki yang datang dari Kedah dan keluarga pengantin perempuan telah berkumpul untuk meraikan detik bahagia kedua mempelai. Tetamu dari keluarga Mak Long Koris, tema maroon♥️ Suasana dalam masjid sangat menarik Bersiap di homestay sebelum ke majlis akad nikah Tengahari tu kami berhenti makan  di RNR Tapah sebelum teruskan perjalanan ke Ipoh  Acara kemuncak majlis seterusnya  berlangsung pa...

Fast Track Pemeriksaan Haji 2026/1447H

Image
  Assalamualaikum kepada Bakal Jemaah Haji 2026. Saya nak share beberapa tips bagaimana hendak memperlancarkan pemeriksaan kesihatan berpandukan pengalaman yang saya perolehi sebagai doktor pemeriksa Jemaah Haji pada tahun-tahun yang lalu. Tips yang saya kongsikan ini adalah sesuai dengan Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Jemaah Haji Edisi 11. Tips No 1: Lakukan pemeriksaan kesihatan di kinik terdekat untuk mengetahui status kesihatan anda sebelum menjalani pemeriksaan perubatan bakal haji. Pastikan tekanan darah, paras gula darah, dan SpO2 anda berada dalam keadaan stabil. Pastikan juga BMI anda dibawah 37.5kg/m2. Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika belum terkawal. Tips No 2: Jika anda mengidap penyakit kronik, pemeriksaan yang bersuaian dengan table yang saya sertakan boleh dilakukan. Senang nak kata buat sahaja general examination seperti FBC, FBS, HbA1c, FSL (cholesterol), CXR (x ray dada), dan ECG (jantung). Secara umum laporan lab boleh diguna pakai jika pemeriksaa...

Ubat Yang Tiada Di Pasaran

Image
  Ubat-ubat yang tidak dijual di Farmasi. 1. Bersenam ialah ubat. 2. Puasa ialah ubat. 3. Makanan sihat ialah ubat. 4. Gelak tawa ialah ubat. 5. Sayuran dan buahan ialah ubat. 6. Tidur yang cukup ialah ubat. 7. Sinar matahari pagi ialah ubat. 8. Menyayangi insan lain ialah ubat. 9. Menyayangi diri sendiri ialah ubat. 10. Syukur ialah ubat. 11. Elak perbalahan ialah ubat. 12. Tafakur ialah ubat. 13. Membaca ayat ayat Allah ialah ubat. 14. Cara dan masa makan yang betul ialah ubat. 15. Husnuzhon (berfikiran positif) ialah ubat. 16. Takwa ialah ubat. 17. Saudara-mara & sahabat sahabat yang baik ialah ubat. 18. Memaafkan diri sendiri dan orang lain ialah ubat. 19. Minum air secukupnya ialah ubat. 20. Punyai hati yang tenang ialah ubat. 21. Berdamai dengan takdir ialah ubat. 22. Sabar ialah ubat. Dan ubat ubat ini tiada kesan sampingan dan perlu diamalkan. Credit to owner📌

Nasihat Bikin Hati Pedih

Image
  Jadilah miskin. Kerana bila kamu miskin , orang hanya akan mencari kamu saat mereka perlukan pertolongan. Saat mereka senang dan tenang, kamu sudah tidak diperlukan lagi...

Kata Kata Pilihan Hari ini

Image
  Bismillah, Wahai Adik adik perempuan, Wahai Anak anak perempuan, Wahai Sahabat sahabat perempuan, Bila sesuatu hukum Allah itu kita dah tahu dan dah faham,ia telah menjadi kewajiban kita untuk patuhinya. Orang lain tak boleh mengubah kita kecuali diri kita sendiri sebab oranglain tak akan tanggung dosa dosa kita. Diakhirat nanti,dosa kita itu beban untuk kita.Beban untuk ayah kita, pasangan kita dan beban juga untuk saudara lelaki kita. Selagi diberi masa dan peluang,paksa diri untuk lakukan yang wajib dan tinggalkan yang haram. Jika sayang ayah,sayang suami,sayang saudara lelaki, fikirkan dalam dalam kata kata ini. Rasa malu dekat Allah bila kita diberi akal yang waras tapi kita balas anugerah itu dengan kedegilan dan kesombongan kita denganNya. Maq pun pendosa. Maq hidup sebagai mahluk yang tak pernah sempurna.Tapi selagi ada ruang dan peluang,maq takkan berhenti untuk berpesan pesan. Pesanan ini untuk diri sendiri dan untuk anda wanita wanita hebat yang dimuliakan. Salam Jumaa...

Amalan Buat Syaitan Takut

Image
  Bismillah, Ini adalah petikan dari salah satu ceramah dari Ustaz Amin. 3 amalan yang syaitan paling takut kalau kita buat, 1.Ibubapa yang berjaya didik anak soleh. 2.Ilmu yang dikembangkan. 3.Sedekah yang berterusan pahalanya. waallahua'lam

15 Oktober Dan Cerita Masa Silam

Image
  Bismillah, Harini 15 Oktober 2025 . Harini hari lahir abah.Kalau abah masih ada kat dunia ni,tahun ni umur abah dah 83 tahun.Tapi dah 3 tahun abah 'balik kepada Penciptanya'. Yang tinggal kini hanya kenangan semasa kami membesar disamping abah. Itulah hakikatnya sebuah kehidupan. Bertemu,bersama dan berpisah. Akhirnya yang tinggal cuma memori. Maq ingat lagi kenangan menjadi anak perempuan sulong abah.Namun banyak juga kenangan yang maq dah tak ingat.Bukan buat buat tak ingat tapi memang dah tak teringat langsung. Masa maq masih di zaman kanak kanak belum baligh ( belum bersekolah lagi) abah kami berkerja sebagai pekerja buruh binaan di Singapura. Sebulan sekali abah akan balik jumpa isteri dan anak anak.Pernah abah kena rompak sewaktu menaiki bas nak balik dari Singapura.Kesan dilibas pisau perompak menjadi parut kekal ditubuh abah. Sejak peristiwa tu,ibu suruh abah berkerja dikampung sahaja.Kerana ibu bimbang keselamatan abah ulang alik dari Singapura ke kampung kami di Kor...

Tambah ilmu berkaitan haji

Image
  Gambar sekadar hiasan Bismillah, ini adalah hasil salin & tampal 𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐇𝐀𝐉𝐈. Ibadah haji hanya dapat difahami ketika mengerjakan haji. Namun, ilmu yang diperolehi semasa kursus haji sangat berguna untuk memastikan ibadah haji sah dengan sempurna. Jangan risau jika sepanjang kursus haji, terlalu banyak perkara yang diceritakan oleh penceramah. Para jemaah haji tidak perlu menghafaz dengan bersungguh-sungguh - seperti nak masuk exam - semua maklumat yang diberikan. Cukup terlebih dahulu membiasakan diri dengan segala istilah dan penerangan yang diberikan. Pada pandangan saya, apa yang perlu diketahui sebelum daripada kursus haji ialah perjalanan ibadah haji berdasarkan jenis-jenis haji. Ini penting agar para bakal jemaah dapat membuat pilihan dan memberi perhatian yang khusus terhadap jenis haji yang dipilih. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭𝐭𝐮’. Masuk ke Mekah dengan niat umrah. Selesaikan ibadah umrah terlebih dahulu. Kemudian, tunggu hari untuk mengerjakan...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

Image
  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Gencatan Senjata di Gaza

Image
  Bismillah, 10/10/2025 - Gencatan Senjata di Gaza. Rujuk pada  gambar*** Mereka ini semua dihalau secara paksa. Bukan sekadar dengan kekerasan fizikal tapi dipaksa dengan peluru dan bom. Terpaksa lari meninggal rumah.  Dipaksa tinggalkan semua yang mereka bina bersama keluarga. Ada yang berpisah dengan ahli keluarga. Ramai yang terbunuh. Hancur semuanya.  Ditinggalkan tanpa ada berita apakah masih ada sisa untuk mereka kutip.  Lari jauh-jauh tanpa kenderaan.  Sejak semalam mereka mula berjalan kaki. menghala ke arah ‘rumah’ mereka yang dulu. Bersama harapan yang sangat tipis untuk mereka bina kembali.  Kita sendiri pun boleh tahu yang tinggal mungkin kenangan. Gambaran rumah yang dulu. Sekarang cuma ada runtuhan. Air tak ada, elektrik tak ada. Malah duit pun mesti dah tak ada.  Namun mereka punya semangat. Yang bertunjangkan iman.  Mereka yakin Allah pasti akan membela mereka. Kalau bukan di dunia, pasti di akhirat sana. Aaminn 🤲🏻 Credit t...

Palestin di Gaza - Oktober 2025

Image
  Bismillah, Keadaan Gaza pada Oktober 2025 Gaza kini hampir musnah sepenuhnya selepas lebih 700 hari pengeboman berturut-turut oleh rejim Israel dengan 90 peratus infrastruktur wilayah itu dimusnahkan dan kerugian dianggarkan melebihi USD68 bilion (RM320 bilion), menurut laporan rasmi Pejabat Media Kerajaan Gaza (GMO). Dalam satu kenyataan pada Isnin, GMO menyatakan bahawa serangan berterusan Israel sejak Oktober 2023 telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 76,600 penduduk Palestin terbunuh, manakala 9,500 lagi dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan. Daripada jumlah korban itu, lebih 20,000 merupakan kanak-kanak, 12,500 wanita, serta 2,700 keluarga telah terhapus sepenuhnya daripada daftar penduduk. Selain itu, 1,670 petugas kesihatan, 248 wartawan, 139 anggota pertahanan awam, dan 173 pekerja majlis perbandaran turut menjadi korban. Lebih 162,000 lagi dilaporkan cedera, termasuk ramai yang mengalami kecederaan kekal seperti kehilangan anggota badan, lumpuh, dan buta akibat s...

Belanjawan Madani 2026

Image
  Bismillah, Belanjawan Madani 2026 📌Bantuan Khas Kewangan penjawat awam 📌Pendidikan percuma PTPTN 📌Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 ***Sempena sambutan Deepavali: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah diawalkan, diskaun tol 50 peratus Sumber : PMX Anwar Ibrahim📌 Semoga semua warganegara Malaysia dapat manfaat melalui hasil pebentangan belanjawan 2026 kali ini.

Berapa Lama Air Selamat Dalam Botol Plastik?

Image
  Bismillah, Air adalah sumber penting untuk kehidupan di Bumi, dan penting untuk memastikan ia kekal selamat untuk dimakan. Ramai orang lebih suka menyimpan air dalam botol plastik kerana ia mudah dibawa dan digunakan. Namun, persoalan timbul, berapa lamakah air boleh kekal di dalam botol plastik sebelum ia menjadi tidak selamat untuk diminum? Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) telah menyatakan bahawa air botol komersial mempunyai jangka hayat yang tidak ditentukan jika disimpan dengan betul. Walau bagaimanapun, mereka mengesyorkan bahawa ia dimakan dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembotolan. Ini kerana plastik yang digunakan dalam botol air boleh merosot dari semasa ke semasa, dan ini boleh menyebabkan larut lesap bahan dari botol ke dalam air. Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan kepada cahaya matahari dan perubahan suhu boleh mempercepatkan pecahan plastik, menjejaskan kualiti air yang disimpan di dalamnya. Contohnya, jika botol air dibiarkan di dalam...

Apa Nak Buat Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang?

Image
  Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang. 1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang. 2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas. 3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda. Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam. 4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi. 5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya. 6. Tanyakan kepadanya...

Ikhtiar Pesakit Kanser

Image
Bismillah, Kat bawah ini hasil copypaste yang Maq dapat dari group whatsapp.Salah satu ikhtiar seorang pesakit kanser yang akhirnya Allah bagi kesembuhan dan bebas kanser.Semoga perkongsian ini mampu mengubah nasib seorang pesakit kanser. Assalamualaikum wbt kepada semua dlm Group Ini. Saya nak share amalan ex-staff saya seorang Cancer Survivor. Dia pernah keluar di WHI, TV 3 dulu. Di temuramah bersama sama dgn suami nya. Berkongsi  pengalaman mula2 di diagnosed, melalui Chemo, bedah, makanan sihat, follow-ups hingga di beritahu she is free from cancer cells end last year.Now she is an active Volunteer kepada pesakit pesakit cancer/survivors. Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.  Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan ,baca dulu surah dibawah :  1. Istighfar 10x.  2. Salawat N...