Bismillah. Sambungan percutian kami ke Kuala Lumpur. 12/07/2025 Selepas hadirkan diri ke majlis perkahwinan di Grand hall Haji Jamaludin,kami balik semula ke hotel untuk solat zuhur dan jamak asar. Alhamdulillah, Allah beri kemudahan bagi hambaNya yang musafir. Plan asal nak ke Klang ( rumah besan maq ) tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan,kami tukar plan - pergi Klang lepas check out pada keesokan harinya. Pukul 4 petang kami ke KLCC .Ini pertamakali maq kesini.Kesian kan? Tun M pun dah berumur 100 tahun, masa beliau buat idea KLCC tu maq muda belia lagi.Alhamdulillah akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke KLCC. Sampai sampai je, terus rasa nak ke toilet pulak... Naah,kat Batu Pahat kena bayar RM0.50 je pun dah bising bising,sekali masuk KLCC ,disuruh bayar RM2.00 reti pulak diam ko ek maq? Hahaha,anggap je lah sedekah. Antara kenangan kami pada 12 Julai 2025 yang sempat dirakamkan. Lepas beriadah dekat KLCC,kami gerak pula ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur.Nak bagi...