Skip to main content

Kisah Sejadah Kecil




Sejadah saiz kecil ini pemberian seorang tuan rumah yang maq hadiri majlis tahlil dan yasin dirumah beliau. Sebelumni maq hanya guna bila keluar berjalan jauh. Untuk permudahkan diri sendiri kalau nak solat dimana mana sekalipun.

Sejadah biasa biasa je . Made in Turkiye. 

Memang takda yang pelik pun, tapi ketika dihadapan Kaabah ,satu kisah pelik sudah berlaku.. 



Kisahnya macamni..


Bila ditanah haram , antara barang yang sentiasa perlu ada bagi diri maq sendiri ialah beg kasut , sejadah kecil , spray berisi air bersih untuk whuduk dan pengenalan diri . ( tags yang ejen buatkan ,disangkut pada leher )

Ketika maq dan keluarga lain nak solat di depan pintu Kaabah pada satu petang. Kami pun tercari cari ruang untuk penuhkan saff. Dan akhirnya , maq , ibu serta adik perempuan dapat penuhkan saff yang berhampiran dengan tong air zam zam.  Dalam 2/3meter jarak dari tong.



Maq pun bentangkan sejadah disitu , untuk lakukan solat sunat masuk masjid. Ketika siap solat , tiba tiba seorang wanita pakistan yang duduk dihadapan maq , menoleh kepada maq( maq kenal cara pakaian mereka tu menunjukan mereka asal dari mana) .

Perempuan tu terus tersenyum mesra. Pandang muka maq sambil tangan dia meraba raba sejadah kecil maq tu. Dia tarik tarik sejadah tu. Macam nak ratakan permukaan sejadah sedangkan sejadah tu elok aje.

"Mommy ... Mommy ..." dan dia terus bercakap  guna bahasa dia!  But i don't know sepatah harammm..

"Mommy .. Rial? " dia bagi isyarat jari dan sebut rial! Adeh..maq pandang muka adik.

"rasa rasa dia tanya apa ni ek? " Maq soal adik maq.

"Agaknya dia tanya akak beli berapa rial kot.." kata adik sambil senyum.

"Tapi ni akak bawak dari rumah, hadiah orang bagi"  - maq beri penjelasan kat adik pulak.

*perempuan tu masih senyum senyum pandang kami dan tangan dia masih meraba raba sejadah tu lagi.

"dia minat kot kat sejadah tu. Akak cakap je berapa rial , biar dia dapat jawapan" . - adik maq bagi idea.

Terus maq teringat , masa di Jabal Uhud , ada peniaga jual sejadah seperti tu dengan harga 5rials.

"Five rials ! Five!"  Maq buat isyarat 5 jari ( macam high 5 tu ) 😂

"aahha five rial... ' Perempuan tu terus angguk anggukkan kepala tanda paham. Dan dia tersenyum simpul lagi..

Maq pun makin simpul senyuman maq jugak, hehe.

 Adik kata " haa kan..dia tanya pasal harga"


Tapi...apa yang bermain difikiran maq.

Macamana perempuan tu tahu maq ada sejadah kecil tu sedangkan dari awal kami dibelakang dia , dia tak tolehkan muka pun. Bila dia panggil mommy dengan senyum simpul dia, dia raba raba sejadah kecil tu berkali kali  ,serta mesranya percakapan dia,maq rasa macam kami dah kenal lama.


Allahhu , Siapa dia ni ? Sungguh indah ciptaan Allah yang maq jumpa ini. Budi bahasa , riak muka , senyuman mesra , subhanallah menarik sekali.

Persoalan terhenti bila bilal dah laungkan azan maghrib.  Dan kisah perempuan tu hilang macamtu aja.

Bila datang awal , sinilah port kami.Disinilah juga tempat perempuan baik tu maq jumpa..


Bila dah sampai bilik hotel , maq belek lagi sejadah kecil maq. Apa menariknya sejadah kecil ini? Waallah hua a'lam..

Comments

iam.umifuzy said…
Masih dok fikir ala yg dimaksudkan oleh perempuan Pakistan tu agaknya..

Salam kenal dari www.umifuzy.com
iam.umifuzy said…
Masih dok fikir ala yg dimaksudkan oleh perempuan Pakistan tu agaknya..

Salam kenal dari www.umifuzy.com
Maqnie said…
Ya ,masih.. Waalaikumusalam,salam kenal jugak, ok maq ontheway ke sana.
mrhanafi said…
wow..kisah yang misteri dan menakjubkan..

semua ini menunjukkan kekuasaan Allah
Maqnie said…
Mungkin sampai bila bila maq akan ingat kejadian ini. Bersangka baik dgn Allah ,inshaa Allah ..

POPULAR POSTS

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik s

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana para jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda. Ianya ialah , *memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki *memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki *menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki *memakai wangian bagi lelaki dan perempuan *memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku *membunuh haiwan *nikah atau menikahkan *mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar *bersetubuh / bercumbu cumbuan *merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur. Kata ustaz :  Dalam ihram , yang dilarang, -gunting rambut , -cabut rambut , -cukur rambut. Atau dengan kata lain kita bua

ILTIQA’ SAKINAIN

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang tu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Baris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Surat 190 Surah At Tauba

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey ,dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,Untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memiliki tanah t

Susu sejat ganti santan kelapa

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi . Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pilih susu ni

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi - ada sebuah warung untuk para pengunjung  dan 

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Assalamualaikum. Banyak kawasan istirehat di daerah Batu Pahat ni tapi ada beberapa tempat yang maq belum pergi. Antaranya Bukit Tanjung ( Tanjung Hill ). Kenapa maq tak pernah pergi sedangkan kawasan tu terletak hanya 1kilometer dari kampung halaman maq ( Pekan Koris) 1- kawasan tanjung ni jauh jaraknya dari jalanraya utama.  Untuk kesini kena naik motosikal atau kereta. Zaman maq muda muda mana ada kereta dan motosikal, basikal pun tak punya. Yang ku punya hanya cinta.. Huhu melalut sudah.. 2-  Dulu dulu, disini merupakan kawasan tentera tentera buat latihan,jadi agak mustahil ibubapa maq nak lepaskan anak dara sulung dia kesini.  Bahaya! 3 - ada kawasan perkuburan lama kat sini.  Bila sebut kawasan kubur, sebagai remaja masa tu, kami lebih kepada seram.  Padahal kuburlah tempat terakhir kita disemadikan nanti. Semalam sempat maq cari lokasi tersebut.  Tanjung Hill atau Bukit Tanjung. Tapi maq tak naik pun atas bukit tu sebab keadaan terlalu sunyi, cuma ada, 2/3 orang

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah. Dalam rehat yang penuh kerehatan dah masuk hari ke enam.  Maq baru tahu kisah ini. Rupanya selama ini ada keturunan Rasulullah di Batu Pahat ini.  Malangnya Wali Allah itu sudah pun meninggal 10 tahun yang lalu. Habib Syed Ali bin Ja'far Alaydrus. Dalam seminggu ni maq dah selongkar hampir kesemua  google dan youtube yang berkisah mengenai arwah habib ni. Allahhu sayang nya maq tak tahu semua tu sebelum ni. Menurut penjaga makam arwah habib,  wali Allah memang takkan dikenali oleh orangramai ketika hayatnya, mereka hanya akan terkenal setelah mereka meninggal dunia. SubhanAllah.. Keturunan Rasulullah ini mempunyai ilmu yang tinggi. Wali Allah ini mempunya syafaat yang Allah izinkan untuknya. Hidup serba sederhana dan sangat merendah diri dan beliau sangat memuliakan tetamunya. Bila dah tonton banyak video  mengenai beliau, timbul rasa malu dalam diri maq. Allahhuakhbar. Hamba Allah yang punya banyak ilmu,  puny

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Assalamualaikum. Ini hanya perkongsian pengalaman maq. Biarpun kejadian dah hampir setahun berlaku.  Maq hanya berkongsi untuk kebaikan.  Semoga beri manfaat buat readers.  Maq tahu readers maq ramai yang positive. Harap harap post kali ini boleh membantu. Masa pergi umrah, Apakah cenderahati dari maq untuk mereka yang di Malaysia? Sebetulnya untuk memikirkan benda yang maq kena beli sebagai cenderahati, memang bingung. Sebabnya ramai sangat!! Alhamdulillah  keluarga kami besar! Ketika berada di Madinah ,maq cuma mampu beli 3 pasang jubah hitam untuk 3 puteri maq. Sepasang 60.00rials dan maq rasa tu yang paling murah kot sebab di Madinah, jahitan dan kain dia berkualiti.  Kupiah benang kait  untuk encik suami dan anak menantu kesayangan yang berharga 15 rials sekeping. Ternyata ketika maq pergi Madinah,  semua orang kata harga barang barang adalah tinggi! So maq kata mungkin cukuplah beli itu dulu untuk cenderahati. Namun bila lihat duit yang berbaki didalam purse,  hati be

Doa Amalan Neelofa

Assalamualaikum. Maq jumpa doa atas ni kat twitter. Budak budak twitter seronok mengedit doa ini. Macam macam pattern mereka edit doa panjang ini. Mereka kata Lofa amalkan doa ini , siapa yang tak percaya , diaorang suruh masuk instagram  naurashares.   . Dan , ye memang  betul ada! Ok , benda baik tak salah dikongsi... Nota maq : berdoalah yang baik baik kerana itu  sesuatu yang sangat baik. Kerana apa yang kita dapat dalam hidup ini  datangnya dari doa doa kita dan doa dari orang lain untuk kita. Inshaallah ❤