Skip to main content

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal



Assalamualaikum.

Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia?

Pejabat tanah Batu Pahat.
Sekadar hiasan.

Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor


Masalah yang dihadapi ialah :


Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini.



Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau.



Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah :


- mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memiliki tanah tersebut.

Apa yang maq faham , setiap penama hanya layak menerima 1 ekar tanah sahaja (minima). Kalau tanah pusaka tu kurang dari 1 ekar , pewaris² kenalah pilih nama siapa paling layak diletakkan pada geran tanah tersebut. 

So untuk tanah seluas 5 ekar ,hanya 5 nama pewaris jek yang boleh diletakkan dalam geran.


Kurang boleh ,lebih jangan. 


**Minima 1 orang dapat 1 ekar . 

Contohnya kalau 10.5 ekar dan pewaris 5orang ,maka dapatlah seorang 2 ekar+ dan begitulah seterusnya.


- Ok,bila dah settle bincang, boleh lah pergi pulak ke pejabat pusaka kecil.Biasanya pejabat ni sebelah atau dekat je dengan pejabat tanah daerah.Sebelum tu,


- sediakan dokumen dibawah ini dan jangan lupa bawa :

*geran tanah yang asal

*surat akuan mati pemilik asal tanah

*ic pewaris (  isteri /anak )

- perlu isi borang tertentu.

- tunggu panggilan bicara kuasa.

- ada dikenakan bayaran tertentu untuk proses ini.

- dah bicara kuasa ,tunggu surat penilaian berapa kena bayar duti setem.

- dah bayar duti setem, tunggu surat perintah.

- dah dapat surat perintah , bawa surat itu bersama geran asal ke bahagian pendaftaran tanah. Dan daftarlah ikut surat perintah tersebut.


Ingat ,kepada yang berhak pada tanah tu bagilah hak mereka. Memang banyak proses perlu dibuat, takpa . Asalkan diakhirat nanti kita bebas dari azab Allah kerana ambil harta yang bukan hak. Rasulullah ada pesan, sedangkan ambil sebatang kayu siwak pun akan diharamkan syurga buatnya , apatah lagi sebidang tanah. Waallahua'lam..

Ada yang bertanya , kayu siwak itu apa maq??

 
Dibawah ini adalah gambar sebaris gigi dengan kayu siwaknya.


Comments

  1. Good Sharing.. mama.nak share dgn adik ipar mama yg baru kehilangan isteri

    ReplyDelete
  2. Mama : ye sila , Semoga dipermudahkan urusannya

    ReplyDelete
  3. Salam...mcm mana pula urusan utk nama yg dah bertindan ye....maksud sy tanah sudah di waris kan kepada ibu sy..tp kesilapan nya hanya berjanji mulut..nama pada geran adalah nama datuk kepada ibu sy...ibu sy mohon uruskan tp sy xtau nk bermula bgmana...terlalu ralat rasanya...mohon pencerahan meleraikan kekusutan ini

    ReplyDelete
  4. ieda , maaf saya baru baca komen awak. awak boleh terus pergi ke pejabat tanah dimana tanah pusaka itu berada. pegawai disana akn beri keterangan lanjut tentang ini.

    ReplyDelete
  5. Boleh dijadikan panduan kepada yang terlibat

    ReplyDelete
  6. WP : inshaallah..mudah2an boleh beri manfaat

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tuan,

    1. Dalam geran tanah ada 3 nama
    2.Penama pertama sudah meninggal dunia
    3. Penama kedua dan tiga masih hidup
    (Adik beradik)
    4.Penama pertama (Bukan adik beradik)
    5.Pembagian antara ketiga penama
    Penama pertama 1/2
    Penama kedua. 1/4
    Penama ketiga. 1/4
    6.Penama pertama tidak membuat sebarang
    Wasiat kepada pewaris.
    7.Ada 10 org pewaris

    Bagaimana cara untuk sy (pernama kedua)
    Memohon geran untuk penama 2dan3?
    Mahon tunjuk ajar tuan.

    ReplyDelete
  8. Kepada yang bertanya ,maaf ,permasalahan awak berada diluar bidang saya.Adalah lebih baik ,awak pergi ke pejabat tanah yang berhampiran untuk penjelasan lebih terperinci.

    ReplyDelete
  9. Salam...mak saya baru meninggal dan meninggalkan 9 org anak...tanah 6 ekar...nk tanya macam mana nk tukar nama d geran tanah yg asalnya nama arwah mak kepada anak yg 9 org tu...adakah semua waris@anak kena hadirkan diri ke pejabat tanah atas urusan tukar nama @ just bawak salinan ic waris sahaja...tq

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam kepada yang bertanya,maaf pertanyaan awak diluar bidang saya.Cuma saya bermampu nasihatkan adalah lebih baik awak pergi ke pejabat tanah dimana tanah arwah emak awak tu berada.Disana nanti ada pegawai yang boleh beri penjelasan lebih terperinci.

    Untuk pertanyaan ,rasanya lebih elok awak pergi seorang diri dahulu,nanti dah dapat detail, baru pergi ramai ramai dengan adik beradik lain.Kita jaga kita :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji .Inilah kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( tempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Dikhabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak Di Pakistan - pelajar disni ramai dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak disel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang mulia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jumaat ada jugak tuan khatib sampaikan nasihat mel...

Encik Suami Sudah

 Assalamualaikum. Akhirnya... Semalam 21 Julai 2021 ,Encik suami telah divaksin untuk dos pertama beliau. Pfizer ON! Vaksinasi dilakukan di Uthm ,Parit Raja ,Batu Pahat. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar.  -bawa ballpen -bawa fon -bawa air masak Beliau belanja gambar dalam group family kami sebagai kenangan. Sempat selfie .. Semoga beri manfaat. Kata beliau ,dah lengkap  vaksin nanti, boleh lah join qariah masjid semula.Rindu dah rasanya.. Inshaallah..,🤲 Encik suami sudah , maq bila? Hahha  maq belum lagi ,muda lagi kot sebab tu lambat dipanggil ,💕  Encik suami ni jarang nak post apa apa dalam group family . Tapi bila beliau belanja gambar , kami semua jadi teruja nak nyakat beliau ,😂 Mujur anak yang lagi dua tu busy dengan kerja,kalau tak ... 

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesa...

Dunia Bukan Untuk Dunia

Gambar sekadar hiasan Bismillah, Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni, "Hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat. Jangan lupa itu ya ibu ibu..." Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Ye benarlah, Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala. Kita baca quran sebab nak pahala. Kita beribadah sebab nak pahala. Kita buat baik sebab nak pahala. Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini. Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat. Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha. Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia. Terlalu yakin diri hebat. Sehing...

Santai bersama Generasi Mohd Salleh 2016

Assalamualaikum .. Bila sebut pasal silaturahim dalam keluarga , dengan senyum maq akan kata , kasih sayang dalam keluarga tiada batasan dan garisan sempadan. Darjat ,pangkat adalah milik peribadi yang tak boleh dibawa mati , tapi apa yang kekal sampai mati ialah kasih sayang ahli keluarga dan silaturahim yang harus dipelihara kerana semua ini bakal menjadi penyambut kita dipintu syurga . Sabda Rasulullah s.w. " tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturahim" - Hadis dari Al Imam Muslim. Sehubungan dengan itu , pada 8hb julai 2016 ,keluarga maq sebelah ibu , telah mengadakan majlis..  * SANTAI BERSAMA GENERASI MOHD SALLEH 2016* Acara yang julungkali diadakan oleh generasi Mohd Salleh  ( moyang maqnie sebelah ibu ). Ianya disertai 4 generasi ,iaitu anak , cucu , cicit dan piyut allahyarham Mohd Salleh. Kami berasa sangat bertuah kerana idea ini bakal mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli keluarga .in sha Allah ,itulah harapan semua orang. ...

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

  Gambar sekadar hiasan Bismillah, Andai kata dunia makin tak stabil,jangan panik.Tapi jangan juga kosong. Kita di Malaysia mungkin tak dengar bunyi bom.Tetapi kesan perang jauh dari tempat kita masih boleh sampai ke rumah kita dalam bentuk harga barang, gangguan bekalan, perjalanan yang terganggu, tekanan emosi, berita palsu, dan rasa cemas yang makin menebal. Jadi apa persediaan paling waras? 1.Simpan duit kecemasan ikut kemampuan. Tak semestinya terus 3 bulan.Mulakan dengan sasaran kecil yang realistik. Asalkan rumah ada sedikit ruang bernafas kalau harga naik atau urusan harian terganggu. 2.Simpan sedikit tunai di rumah.Bukan untuk berlagak prepper.Tetapi untuk keadaan bila sistem terganggu, line down, atau urusan kecil perlukan tunai segera. 3.Ada stok asas untuk beberapa hari. Air minum.✅ Beras.✅ Makanan ringkas yang keluarga memang makan.✅ Makanan bayi jika perlu.✅ **Jangan panic buying.Cuma jangan terlalu kosong. 4.Pastikan ubat jangan putus. Ubat darah tinggi.✅ Ubat kencin...

Produk Paling Rare Nak Beli Masa PKP

Baca doa dulu sebelum teruskan membaca...  Assalamualaikum. Sejak PKP wabak Covid19  ni,  part shopping  menyopping ni 100% adalah kerja encik suami selaku ketua keluarga kami. Bila dah masuk tahap 3 PKP, ( lebih sebulan) bermakna ada beberapa  barang keperluan peribadi maq dah mula menyusut. Alaaa.. Ni yang lemah ni. Maq : bang, bila abang ada keluar lagi beli barang ? Encik  suami : Minggu depan la. Abang kan keluar seminggu sekali je. Maq : bang,  boleh kirim tak? Encik  suami : nak beli apa? Maq : ala,  takut salah beli pulak nanti. Hmm. Encik Suami : cakap je, tunjuk gambar, nanti abang carilah. Maq : okey, belikan ni.. Barang rare ni, boleh?  Tapi check  betul betul sebab dia ada banyak jenis dan pattern. Ni haaa.. Maq : ada wings ,saiz 32cm ,maxi night ,lain lain produk jangan beli. Nanti tak selesa pakai. Encik suami : aduu  apa cerewat sangat ni???? Maq : dah agak dah.. Tapi itulah ...

Ayat pelembut hati

Assalamualaikum, Melembutkan hati yang keras dan degil memang sukar. Kadang-kadang macam nak terkeluar air mata darah rasanya tapi perangai tu tetap ada.Entah kat mana silapnya. Penyesalan bukan penamat,tetapi usaha menghindarkan tu yang perlu diteruskan.Kan? Dalam blogwalking hari ni. Allah dah menemukan maq dengan satu blog yang akan beri sedikit ilmu untuk maqnie dan semua. Tak salah kiranya kita panjang-panjang kan ilmu yang terdapat diblog beliau . Ini juga untuk manafaat semua,insyaALLAH.. Semoga anda semua dapat menjadikan blog ini sebagai informasi dalam kehidupan seharian. okeyh? InsyaALLAH...jika diizinkan... Sila klik  DISINI  dan selamat berilmu dan beramal la ya.. *** sesungguhnya yang buruk datangnya dari kita, dan yang baik itu datang dari ALLAH hanya untuk kita..waallahua'lam... Dah senyum belum?

Wish 27/11 dari GBGS

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dapat menaip lagi . Hampir 10hari pintu blog tutup . Tuan rumah sibok katanya hehe. 27.11.2017 - genaplah 24tahun maq dan encik suami menjadi pasangan suami isteri. Terima kasih Allah. Meraikannya? Takda pun , hanya ucap syukur sebab Allah dah bagi banyak sangat nikmat disepanjang perjalanan 24tahun ini. Insha Allah , anak anak balik berkumpul nanti , ajak lah mereka sambut reramai. Tak janji , tapi hanya mampu merancang jek ni. Apa yang lagi buat maq terharu pada tarikh keramat tersebut. Kawan maq dari group whatsapp sekolah menengah dan sekolah rendah sudah pun berpusu pusu beri ucapan. Malah bukan je ucapan anniversery malah terselit jugak ucapan selamat hari lahir ,😂. Masa tu awal pagi kot , maq pun belum sempat jengah whatsapp tapi mereka dah meriah dah ! Allah hu terharu sangat sangat. Apa kata anda baca screenshoot yang maq dapat dari group tu. Nota maq : Bukan nak ...

Koktel Sumi Jelly mudah.

Assalammualaikum. Pernah makan  koktel sumi jelly? Apa tu? Haa sejenis dessert yang sangat mudah disediakan.  Dan rasanya pun sedap. Kanak kanak pasti sukakannya. Kalau nak buat open house ,menu ni sangat simple dan sedap! Bahannya: 2 tin susu cair . Nata de coco 1 mangkok. Maq guna perasa laici. Pudding mangga . Maq beli yang dah siap punya, yg ada dijual di kedai kedai biasa. Potong potong  bagi saiz kecil sikit. Sumi jelly 2 bungkus. Ini pun potong potong juga. Air gula. Ais. - caranya : campurkan semua bahan. Adjust kemanisan gula nya. Letak ais. Koktel sumi done ~ Puding mangga yang ada dipasaran. Sumi jelly dan susu cair. Abaikan susu krimer tu. Gambar dari google jek hehe. Nata de coco.  Kat bawah ni video ringkas koktel sumi jelly versi khairul Ameng . 🙊.. Selamat mencuba ... Pengesan sedap oleh beberapa orang tukang rasa  😂: Anak saudara. Anak menantu. Anak sendiri terus tanya resepi ! 😂 ...