Skip to main content

Maq kena tegur dengan pelajar KKM


Assalamualaikum.


Alhamdulillah,kejap jek kita dah masuk ke bulan Safar 1439H. Usia bertambah dari sehari ke sehari. Makin laju masa berjalan,makin perlahan kita melangkah. Sebab usia semakin meningkat otot  tubuh makin cepat letih.

Ternyata Allah dah tarik sikit nikmat kecergasan yang dah diperolehi di zaman muda dulu. Masa muda ligat kemain, dah tua gini kalau masih nak meligat ,nanti orang cakap orang tua dah buang tebiat. Dah tak sedar diri ,haa tu yang taknak tu.

Makan minum diusia 48tahun pun dah makin kena kawal. Kalau dulu membujur lalu melintang patah , sekarang membujur ke melintang ke ,apa pun tak pandang lagi dah. Mahunya ketenangan dan kedamaian.

SubhanAllah.

Baru baru ni maq termengidam nak pekena minuman segera produk yang dah lama terlajak laris. Family maq minum minuman tu berbelas tahun dah. Daripada nenek maq sampailah kepada anak cucu beliau ,semua minum perl cafe ni.

Dulu pernah juga maq minum tapi maq berhenti sebab kadang anak dara maq pun join minum ,tu lah punca maq berhenti. Disebabkan kandungan kacip fatimah ada dalam tu , maq tak galakkan anak dara maq minum.

Apakah minuman yang dimaksudkan? Tengok gambar bawah ni.

Perl cafe kacip fatimah ,
kalau orang dah kahwin sesuai kot. Anak dara ni macam tak sesuailah pada maq, sebab? Anda bacalah kesan dari kacip fatimah  dirumah pak google. Sekali sekala mungkin takpa ,kalau hari hari? Huh , risiko besar tu .

Tapi nak jadikan cerita. Bila maq update gambar tu kat instagram maq , seorang pelajar dari kolej kejururawatan telah menegur maq. Baca komen bawah ni.

Tu dia. Hehehe direct jek dia menegur. Allah hu , dia yang tak dapat minum tu , emak dia pulak yang dia kenakan ya. Nasib maq pandai menjawab kalau tak sia sia jek dah beri sepeket perl cafe .

Sebenarnya dia tak tahu. Minuman ni maq ambil bukan setiap masa pun. Cuma setiap awal pagi.Sebelah petangnya pulak maq dah minum milo O , dan sebelah malam pulak maq ambil minuman herba (halba+madu) ,selebihnya memang air masak memanjang sampai naik gendut perut yang dah sedia gendut ni hehe. Apa pun lepas minum air perl cafe , seharian kita memang aktif ,takdalah nak lemau semacam.

Untuk pengetahuan anda ,pelajar tu lah anak maq yang nombor dua . Dah merangkap jururawat peribadi maq dah dia tu ,padahal ada lagi satu sem nak tamatkan pengajian. Tapi beri nasihat dah ngalahkan doktor ,😂.. Terima kasih cik misi ya.


Nota maq : apa pun yang kita buat jangan lah berlebih lebihan. Kerana setiap yang berlebihan itu bakal memudaratkan. Selain minum , makan,gelak ,tidur ,buat kerja ,bercakap atau apa jugalah halnya , buatlah secara bersederhana. Tak payah nak over over sangat  ,😂.

Nanti maq kongsi apa itu air herba (halba madu ) yang maq minum di post akan datang ya. Insha Allah.


Comments

  1. Comelnya anak no 2. Tentumya dia sangat sangat Sama mama dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , dah jadi bff emak dia sekarang ni.. Hee

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji .Inilah kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( tempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Dikhabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak Di Pakistan - pelajar disni ramai dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak disel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang mulia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jumaat ada jugak tuan khatib sampaikan nasihat mel...

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

  Gambar sekadar hiasan Bismillah, Andai kata dunia makin tak stabil,jangan panik.Tapi jangan juga kosong. Kita di Malaysia mungkin tak dengar bunyi bom.Tetapi kesan perang jauh dari tempat kita masih boleh sampai ke rumah kita dalam bentuk harga barang, gangguan bekalan, perjalanan yang terganggu, tekanan emosi, berita palsu, dan rasa cemas yang makin menebal. Jadi apa persediaan paling waras? 1.Simpan duit kecemasan ikut kemampuan. Tak semestinya terus 3 bulan.Mulakan dengan sasaran kecil yang realistik. Asalkan rumah ada sedikit ruang bernafas kalau harga naik atau urusan harian terganggu. 2.Simpan sedikit tunai di rumah.Bukan untuk berlagak prepper.Tetapi untuk keadaan bila sistem terganggu, line down, atau urusan kecil perlukan tunai segera. 3.Ada stok asas untuk beberapa hari. Air minum.✅ Beras.✅ Makanan ringkas yang keluarga memang makan.✅ Makanan bayi jika perlu.✅ **Jangan panic buying.Cuma jangan terlalu kosong. 4.Pastikan ubat jangan putus. Ubat darah tinggi.✅ Ubat kencin...

Dunia Bukan Untuk Dunia

Gambar sekadar hiasan Bismillah, Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni, "Hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat. Jangan lupa itu ya ibu ibu..." Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Ye benarlah, Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala. Kita baca quran sebab nak pahala. Kita beribadah sebab nak pahala. Kita buat baik sebab nak pahala. Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini. Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat. Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha. Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia. Terlalu yakin diri hebat. Sehing...

Persiapan Menghadapi Bencana Alam Atau Perang

  Bismillah, Berikut merupakan antara persiapan yang boleh kita ambil tahu dan boleh diberi tunjuk ajar kepada  anak anak andai kata negara diuji perang. Mungkin ada sesetengah berpendapat ini tak perlu diambil peduli,mungkin masa perang tu nanti, kita semua dah takda lagi.Ye betul la kot perang tu lama lagi, tapi bagaimana anak cucu kita dan waris keturunan kita nanti? serba sedikit mereka juga perlukan ilmu untuk persiapan diri mereka termasuklah  ahli keluarga mereka. Jomlah kita tengok apa ilmu yang kita perlu tahu untuk persiapan hadapi perang. PERSEDIAAN TEMPAT TINGGAL    • Kenalpasti kawasan yang paling kukuh dan selamat di dalam rumah anda. • Bina bilik bawah tanah jika  berkemampuan - Bunker. • Simpan sedikit stok makanan, air dan keperluan lain di dalam bilik tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh 72 jam. • Maklumkan kepada ahli keluarga anda lokasi dan fungsi bilik tersebut. • Lakukan simulasi menghadapi kecemasan untuk memudahkan dan melancark...

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

-السلام عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاته- Hari Jumaat yang indah , datang pula rasa berminat nak join giveaway ini..inshaallah. Semuga semua urusan dipermudahkan. Sebelum tu baca info menarik bawah ini ya. PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus , Puan Zamzana Mohd Arifin: “ Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan. ” Kini, boleh ‘ booking online ’ Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita . Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang t...

Mangsa Perang Adalah Mangsa Keadaan

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.Yang bersalah masih rasa dia dipihak yang benar... **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

Santai bersama Generasi Mohd Salleh 2016

Assalamualaikum .. Bila sebut pasal silaturahim dalam keluarga , dengan senyum maq akan kata , kasih sayang dalam keluarga tiada batasan dan garisan sempadan. Darjat ,pangkat adalah milik peribadi yang tak boleh dibawa mati , tapi apa yang kekal sampai mati ialah kasih sayang ahli keluarga dan silaturahim yang harus dipelihara kerana semua ini bakal menjadi penyambut kita dipintu syurga . Sabda Rasulullah s.w. " tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturahim" - Hadis dari Al Imam Muslim. Sehubungan dengan itu , pada 8hb julai 2016 ,keluarga maq sebelah ibu , telah mengadakan majlis..  * SANTAI BERSAMA GENERASI MOHD SALLEH 2016* Acara yang julungkali diadakan oleh generasi Mohd Salleh  ( moyang maqnie sebelah ibu ). Ianya disertai 4 generasi ,iaitu anak , cucu , cicit dan piyut allahyarham Mohd Salleh. Kami berasa sangat bertuah kerana idea ini bakal mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli keluarga .in sha Allah ,itulah harapan semua orang. ...

Ayat pelembut hati

Assalamualaikum, Melembutkan hati yang keras dan degil memang sukar. Kadang-kadang macam nak terkeluar air mata darah rasanya tapi perangai tu tetap ada.Entah kat mana silapnya. Penyesalan bukan penamat,tetapi usaha menghindarkan tu yang perlu diteruskan.Kan? Dalam blogwalking hari ni. Allah dah menemukan maq dengan satu blog yang akan beri sedikit ilmu untuk maqnie dan semua. Tak salah kiranya kita panjang-panjang kan ilmu yang terdapat diblog beliau . Ini juga untuk manafaat semua,insyaALLAH.. Semoga anda semua dapat menjadikan blog ini sebagai informasi dalam kehidupan seharian. okeyh? InsyaALLAH...jika diizinkan... Sila klik  DISINI  dan selamat berilmu dan beramal la ya.. *** sesungguhnya yang buruk datangnya dari kita, dan yang baik itu datang dari ALLAH hanya untuk kita..waallahua'lam... Dah senyum belum?

Melepaskan rindu Bersama Ainul Mardhiah

Assalamualaikum.  Bila lama dah tak jumpa,  rindu tiba tiba datang tanpa diundang. Bila diri ini dipelawa keluar bersama, hati terus beria ria nak keluar. Tak sampai 20 minit semua dah siap!  Hehe seronoknya  jalan dimusim pkp, tak perlu nak touch up muka berlebihan, biasa biasa sudah .  Sejak kebelakangan ni jarang dah dapat keluar date dengan kesayangan ni. Maklom dah berjauhan. Masa pun terbatas. Masing masing sibuk dengan komitmen masing masing. Kena banyakkan sabar. Tak nak bebel lebih lebih lah,  bawah ni  antara kenangan bersama si dia melepaskan rindu dalam kereta. What? Dalam kereta je?  Melepaskan rindu??  Hmm jadilah..  Budak jenis tak reti diam ni, lebih 10 hari dah dia tak jumpa tok mak. Bila dah jumpa macam macam dibuatnya. Ainul Mardhiah dah pandai berinteraksi dengan baik sekarang ni. Berangan pun boleh tahan. Macam perangai tok mak dia kecik kecik, maklom dua dua anak sulunglah katakan.. Kemana tumpahnya kari kalau tak k...

Khasiat Biji Halba

  Sebelum tidur jom minum air halba. Bismillah. KELEBIHAN HALBA Rasulullah saw bersabda: Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas. Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad Bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad Bin ABu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Kurma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda: 'Gunakanlah Halba sebagai ubat'  (Qamus Al-Tibb) Kegunaan Halba: 1. Diminum sebagai teh untuk: - Melancarkan haid - Menghilangkan kembung, sebu dan senak - Pencuci perut - Menguatkan jantung - Menghilangkan lendir tekak - Melegakan sakit kepala/migraine - Membuang angin - Menyembuhkan buasir - Sengugut - Meransang rahim - Kegemukan - Kurang berat badan - Mengawal kencing manis - Radang kulit dan bisul 2. Teh Halba + Madu - Kurangkan ketagihan merokok da...