Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

 

Bismillah,

Hari Sabtu yang lepas,Encik suami bawa Maq dan Aida balik ke kampung halamannya di Parit Yusuf ,Muar.


Tujuan pertama nak ziarah abang ipar encik suami yang diuji kemalangan.Alhamdulillah, pesakit sudah pun beransur sembuh.Moga Abang 'biras' Maq tabah dengan ujian kali ini.


body guard Ayah.


Rumah putih kat depan tu adalah rumah peninggalan ibu mertua.Mesti encik suami  sayu hati lihat rumah pusaka tu dah sunyi sepi.Sebab sebelum berkahwin,disinilah encik suami membesar.Terlalu banyak kenangan beliau bersama adik beradik dirumah itu.Semua hanya tinggal memori.


Selepas ibu mertua meninggal dunia pada akhir tahun 2025,rumah tersebut sudah pun beralih tuan.So sekarang kami cuma mampu pandang je rumah tu dari kejauhan sahaja.


Lepas balik dari ziarah abang iparnya ,encik suami bawa kami jalan jalan ke kawasan sawah Sarang Buaya.Sawah ni luas dan diusahakan sendiri oleh orang orang kampung berhampiran sejak zaman 80an lagi.


Ada sarang buaya ke kat situ? Oh, itu hanya nama kampung .Buayanya ada tapi kadang kadang je muncul.Itupun buaya yang dah generasi yang ke 7 kot.













Kalau zaman sekolah dulu,maq sangka sawah padi tu cuma ada di negeri Kedah je ,rupanya kat Muar dan Melaka pun ada sawah padi ek.Cumanya kawasannya tu takda lah seluas kat Kedah nun disana.


Dah plan dah,nextime nak bawak sauk,nak tangkap ikan sawah pulak lepas ni ceh.


Tak sabar nak tunggu 'pokok nasi' ni berbuah dan maq jugak teringin nak tengok aktiviti pesawah tuai padi.Moga Allah makbulkan hajat maq,Aamiin...


Harini 8 Zulhijjah 1447H.

Hari Tarwiyah. Didoakan moga moga Allah terima semua amalan kita di sepanjang 10 hari zulhijjah tahun ini.Dan pada tahun tahun akan datang.Allahhumma Aamiin.


Bytheway Maq ada buat video pendek tentang pemandangan sawah padi di Sarang Buaya tu ,tapi tak boleh pulak nak masuk dalam blog.Korang kalau nak tonton klik je Link tiktok Maqnie

Comments

  1. Wak kecik2 dulu pun kerja nyawah.
    Sekarang sawah dah jadi kebun sawit.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Julai ❤

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Hari ini PRN 2026 JOHOR

Bihun Goreng Putih

Menjelang PRN 11 Julai 2026

Kerabu Magie Thai

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Siapa Orang Yang Layak Kita Hargai

Orang Hidup VS Orang Mati

Harapan seorang emak